Majlis akikah untuk Syaheed Dzikry
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Diam tak diam, anak sulung sepupu anies ni dah menginjak 4 bulan. how time flies... so sempena usianya genap 4 bulan pada Ahad lepas, keluarga mak cik mengadakan majlis akikah kecil-kecilan untuk Dzikry.
majlis dimulakan dengan bacaan surah Yaasin & tahlil...
sambil mengalunkan selawat ke atas Nabi SAW, Dzikry diperkenalkan kepada tetamu...
makan time!
👆👇rata-rata tetamu yang datang terdiri daripada jiran setaman dan orang surau selain saudara-mara terdekat...
2 jenis minuman, sirap & sarsi...
dah nama pun akikah, jadi lauknya mesti ada kambing (masak kurma), rendang daging & ayam goreng. di dalam 3 bekas kat hujung tu, ada pacelis (timun + nanas + mangga), anggur dan sambal belacan.
nasi jagung (salah tulis tag😂). nasi, lauk kambing & ayam goreng, mak cik guna khidmat katering... selebihnya masak sendiri (+ pemberian besannya)
side dish: laksa penang & rojak mi. ni pun order katering (jiran setaman)...
aneka kuih-muih pemberian keluarga besan, saudara-mara, jiran setaman termasuklah yang order sendiri...
simple goodies untuk tetamu....
majlis bermula pukul 11.00 pagi dan berakhir sekitar 5.00 petang. cuaca hari tu agak baik tapi panassss membahang. nasib baik laa bawah khemah ada kipas. kalau tak... memang lencun ketiak baju masing-masing...
well, Dzikry... jangan besar cepat sangat... tak puas kami nak cubit-cubit pipi tu😂
that's all for today...
daaa
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆