Selamat belajar + jaga diri, Naufal!
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Rabu lepas, kami sekeluarga turun ke KLIA T2 untuk hantar Naufal.
Alhamdulillah... hajat Naufal nak terus sambung belajar kat luar negara (tanpa belajar bahasa asing or ikuti apa-apa kursus @ Malaysia terlebih dahulu) tercapai jua. kami melompat tumpang happy bila dapat berita ni masa cuti Maulidur Rasul bulan lepas.
bersama wakil pegawai (4 dari kiri) dari KPTM (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia). kumpulan ni cuma 14 orang je (11 lelaki, 3 perempuan) dan semuanya menerima biasiswa penuh tajaan yayasan pelajaran negeri ***.
p/s salah seorang student perempuan☝tu anak kepada schoolmate umi Naufal dulu. hai... kecil betul dunia ni😀
short video - check in luggage. sebelum tu umi Naufal ada cakap... berat luggage mungkin lebih 24KG (limit untuk 1 pelajar). so anies suruh Naufal timbang sekali lagi. takut timbangan kat rumah tak sama dengan kat airport. haa... memang betul. dah terlebih 0.3KG. then umi Naufal menyampuk, tu laa nak bawa sangat ikan bilis! macam laa kat Maghribi tu tak ada ikan bilis😂
bila dah terlebih muatan tu, terpaksa laa keluarkan apa-apa yang patut termasuklah kasut dan segala casing laptop, iPad etc. dan yang kelakarnya, time tu jugalah abah Naufal mencelah: "ooo patutlah cari stand laptop tak ada!" kantoiiii😂😂
once dah keluarkan barang-barang, Naufal timbang semula. turunlah sikit 1.1KG😂 then barulah buat wrapping luggage sebelum pegawai (yang uruskan diorang) panggil untuk check in luggage.
usai check in, ada sesi taklimat ringkas daripada pegawai KPTM & yayasan. then, diorang luangkan masa dengan family sampai jam 7.15PM sebelum diminta berkumpul semula untuk mendengar amanat terakhir + bacaan doa. lepas tu, 'sesi' yang mengharukan suasana... apa lagi kalau bukan bersalaman dengan ahli keluarga yang hadir.
30 tahun lepas, kami hantar abah Naufal ke airport Subang untuk sambung belajar @ Syria. dan minggu lepas... kami hantar 'anak' abah Naufal pula ke Maghribi. how time flies... masa salam dengan ahli family lain, Naufal boleh bergelak ketawa lagi. tapi bila salam & peluk umi, abah dan adik-adik dia...😭😭😭
tak apa, Naufal. tiga tahun kat sana tu terasa kejap je nanti. tahu tahu je dah nak convo. apa-apa pun tunggu kami datang, tau!😉
scan passport & tiket. flight diorang berlepas pada 9.00PM dan akan transit @ Doha (2 jam) sebelum mendarat @ Casablanca pada pagi hari berikutnya. tiba sana, diorang akan duduk sehari kat kedutaan Malaysia sebelum dihantar ke universiti masing-masing.
short video. bye-bye bang Nopal! selamat belajar, jaga diri baik-baik dan jumpa lagi pada 2028 nanti!
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆