Selamat belajar + jaga diri, Naufal!
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Rabu lepas, kami sekeluarga turun ke KLIA T1 untuk hantar Naufal.
Alhamdulillah... hajat Naufal nak terus sambung belajar kat luar negara (tanpa belajar bahasa asing or ikuti apa-apa kursus @ Malaysia terlebih dahulu) tercapai jua. kami melompat tumpang happy bila dapat berita ni masa cuti Maulidur Rasul bulan lepas.
bersama wakil pegawai (4 dari kiri) dari KPTM (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia). kumpulan ni cuma 14 orang je (11 lelaki, 3 perempuan) dan semuanya menerima biasiswa penuh tajaan yayasan pelajaran negeri ***.
p/s salah seorang student perempuan☝tu anak kepada schoolmate umi Naufal dulu. hai... kecil betul dunia ni😀
short video - check in luggage. sebelum tu umi Naufal ada cakap... berat luggage mungkin lebih 24KG (limit untuk 1 pelajar). so anies suruh Naufal timbang sekali lagi. takut timbangan kat rumah tak sama dengan kat airport. haa... memang betul. dah terlebih 0.3KG. then umi Naufal menyampuk, tu laa nak bawa sangat ikan bilis! macam laa kat Maghribi tu tak ada ikan bilis😂
bila dah terlebih muatan tu, terpaksa laa keluarkan apa-apa yang patut termasuklah kasut dan segala casing laptop, iPad etc. dan yang kelakarnya, time tu jugalah abah Naufal mencelah: "ooo patutlah cari stand laptop tak ada!" kantoiiii😂😂
once dah keluarkan barang-barang, Naufal timbang semula. turunlah sikit 1.1KG😂 then barulah buat wrapping luggage sebelum pegawai (yang uruskan diorang) panggil untuk check in luggage.
usai check in, ada sesi taklimat ringkas daripada pegawai KPTM & yayasan. then, diorang luangkan masa dengan family sampai jam 7.15PM sebelum diminta berkumpul semula untuk mendengar amanat terakhir + bacaan doa. lepas tu, 'sesi' yang mengharukan suasana... apa lagi kalau bukan bersalaman dengan ahli keluarga yang hadir.
30 tahun lepas, kami hantar abah Naufal ke airport Subang untuk sambung belajar @ Syria. dan minggu lepas... kami hantar 'anak' abah Naufal pula ke Maghribi. how time flies... masa salam dengan ahli family lain, Naufal boleh bergelak ketawa lagi. tapi bila salam & peluk umi, abah dan adik-adik dia...😭😭😭
tak apa, Naufal. tiga tahun kat sana tu terasa kejap je nanti. tahu tahu je dah nak convo. apa-apa pun tunggu kami datang, tau!😉
scan passport & tiket. flight diorang berlepas pada 9.00PM dan akan transit @ Doha (2 jam) sebelum mendarat @ Casablanca pada pagi hari berikutnya. tiba sana, diorang akan duduk sehari kat kedutaan Malaysia sebelum dihantar ke universiti masing-masing.
short video. bye-bye bang Nopal! selamat belajar, jaga diri baik-baik dan jumpa lagi pada 2028 nanti!




Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
28 Words of Lo♥e
Wonderful post and photos. Thank you so much for sharing. 😊
ReplyDeleteSebak kita baca bab bersalam dan berpelukan tu. Tahniah, Naufal. Semoga Alalh swt permudahkan urusan Naufal sepanjang pengajian di sana. Betul³, pejam celik kejap jer dah 3 tahun.
ReplyDeleteTahniah Naufal, Aunty tumpang berbangga..
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah Naufal dan seluruh keluarga. Semoga sukses hendaknya 🤲🏻
ReplyDeleteBoleh la Anies menyusul, travel belah² sana pulak kan :)
Alhamdulillah.. Semoga emua urusan Naufal di Maghribi dipermudahkan dan diberikan kelapangan.. Aamiin.. Kejap ja 3 tahun tu kan Anies..
ReplyDeleteTahniah Naufal, semoga dipermudahkan urusan pembelajaran...
ReplyDeletealhamdulillah tahniah Naufal selamat julang jaya
ReplyDeletejarang dengar student sambung belajar kat maghribi berbanding di jordan sana. tahniah buat naufal! jaga diri di tempat orang dan semoga berjaya!
ReplyDeleteTahniah, Naufal awak lelaki so, pasti boleh, anak saya perempuan belajar di luar negara..kini dah bekerja..dia ambil kedoktoran. So naufal good luck. Dapat saya rasa kesedihan berjauhan dengan anak ni..memang keluar air mata..apapun macam dekat ja tu, ada talian hayat,,phone..call anak bila rindu.
ReplyDeleteTahniah dapat belajar kat oversea. Semoga terus maju jaya!
ReplyDeleteSuerte a Nuafal. te mando un beso.
ReplyDeleteAlhamdulillah dan Tahniah. Moga cemerlang dunia akhirat.
ReplyDeleteUncle tumpang bangga!
ReplyDeleteUish... 2028.... lamanya
Boa terça-feira. Com muita paz e saúde. Uma maravilhosa noite..
ReplyDeleteI follow you 1364, maybe follow back?
ReplyDeleteyou have amazing blog
https://myfashionworldbyt.blogspot.com/
very beautiful post, thanks
ReplyDeletetahniah naufal...smoga trus cemerlang di negara org
ReplyDeleteTahniah dan selamat maju jaya buat Nopal! ✌️
ReplyDeleteMaghribi ini di Maroko ya kak?
ReplyDeleteRasa2nya kalau naik full service airlines, kelebihan sedikit 0.3 kg mereka masih maafkan. Saya selalunya naik MAS, Emirates atau Qatar airways, lebih sikit, mereka tak pernah masalahkan. Beda cerita kalau saya naik air asia. Itu baru ditimbang sangat 🤣🤣.
ReplyDeleteApapun, congrats untuk Naufal. Belajar yg rajin, bawa hasil yg bagus saat balik ke Malaysia 😊
ReplyDeleteTahniah Naufal.
ReplyDeletebertuahnya dapat sambung belajar di Morocco. Sebut Rabat dan Casablanca tu teringat kali pertama turun dari flight hujan-hujan di Casblanca. Rabat pula sungguh indah suasananya, dengan Laut Atlantik... banyak bangunan putih.
Alhamdulillah memang genius dr parents turun ke anak. Semoga berjaya
ReplyDeleteMaghribi negara lawa jugak Nis. Casablanca dan Morocco tu subhanallah cantik tgk dlm utube
ReplyDeleteooo mengikut ayahnya la sambugn belajar di oversea.. alhamdulillah terbaik semoga berjaya dan kembali membawa segulung ijazah dan berbakti kepada negara dan bangsa gitu huhuu..
ReplyDeletetu dia kantoi stand laptop pun diangkut .. kantoi di situ.. hihii tak apa lah nak pergi berjuang kan.. tapi kalau airlines besar setakat lebih 0.3kg tu diorang tak kesah la.. lagi2 atas nama student.. sbb kita dulu selalu buat hahahaha... ok dah nampak anies akan ke morocco dalam setahun dua ini hahaha.. amin...!!
ReplyDeleteTahniah Naufal! Bestnya dapat belajar dekat Morocco 🤩
ReplyDeleteAlhamdulillah...tercapai hajat Naufal. Mesti seronok sangat.
ReplyDeleteTak pasal kantoi ada barang yang dicari rupanya dibawa Naufal. hihi...
Selamat sambung belajar dan mendapat keputusan cemerlang. Kejap je tu 3 tahun. Tahu-tahu je grad nanti.
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆