Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam: tempat2 yang sempat disinggah

10:47 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Memang lupa teruk ni... adushhh... (ketuk kepala sendiri)

tapi sebelum tu, kalau korang nak baca cerita jalan2 anies di Brunei, sila klik kat
SINI
SINI
SINI
SINI
SINI. 
jangan malu2 ya...

sebenarnya ada 3-4 tempat yang sempat kami singgah tapi tak banyak gambar diambil. so anies gabungkan dalam satu entry. senang cerita, kan?

The Royal Regalia Museum

ni adalah salah satu tempat wajib dilawati bila dah sampai Bandar Seri Begawan (BSB). terletak di tengah2 pusat bandar BSB dan sangat mudah di access.

tiada bayaran masuk dikenakan tapi korang kena buka kasut, tinggalkan beg kat locker yang disediakan dan tidak dibenarkan ambil gambar kecuali di lobi museum yakni di tingkat bawah.

apa yang menarik kat sini adalah, para pengunjung dapat melihat lebih dekat barang2 milik Brunei royal collections. dari sekecil2 barang hinggalah ke sebesar2 barang, semuanya dipamerkan di sini termasuklah hadiah dan anugerah yang diperoleh / diterima Sultan Brunei daripada pemimpin dan pembesar dari seluruh dunia.

paling mencuri tumpuan pastinya tandu pertabalan diraja (the royal coronation carriage) yang digunakan ketika pertabalan sultan dan dipamerkan di tengah-tengah ruang legar museum. sangat besar, okey!

halaman The Royal Regalia Museum. masa kami sampai, cuaca sangat terik. bila nak keluar, hujan selebat-lebatnya... nasib baiklah ada air cond dalam museum ni...

dalam museum ni berkarpet ya. sebab tu kena buka kasut...

nilah tandu pertabalan diraja... sangat2 besar. saiznya hampir sebesar lori rasanya... jangan tanya anies, badan  tandu tu disaluti emas ke tidak... i have no idea, okey!

payung-payung berwarna-warni yang digunakan ketika majlis pertabalan sultan. anies tak kira pun ada berapa jumlah payung yang ada... yang pasti, budak yang tengah duduk tu dah payungkan korang kah kah...

souvenir shop dalam museum... sekadar info, korang boleh guna Dollar Singapore (SGD) kalau membeli belah kat Brunei ni. ni kerana currency rate Brunei dan Singapore sama je. kalau harga barang BD1, korang boleh bayar guna not SGD1. tak ada masalah. urusan jual beli sebegini juga berlaku di Hong Kong, Macau dan China... maksudnya, kalau korang pergi ke salah sebuah negara ni, cukup dengan membawa satu matawang sahaja...


Istana Nurul Iman

waktu paling best kalau nak masuk istana ni, time Hari Raya pertama. tapi ada ke yang nak beraya kat Brunei semata-mata nak masuk istana? melainkanlah korang berkahwin dengan orang Brunei. setiap kali Hari Raya mesti dapat masuk punyalah... paling untung, kalau dapat duit raya sultan beri...

since kami tak boleh masuk ke dalam kawasan istana, maka cukuplah sekadar dapat bergambar kat depan pintu utama... dah pun memadai. tanda kami dah sampai ke sini...

Istana Nurul Iman. terfikir juga... macam mana kalau kami tengah sibuk bergambar, tiba-tiba kenderaan sultan lalu? adakah kami akan melompat keriangan di situ? hahahaha

close up sikit... no no... pintu pagar tu bukan diperbuat daripada emas... tu warna cat je...

sempat menyelit celah2 taman semata2 nak bergambar kat sini hahaha... tapi kena tunggu turn sebab kawasannya sempit...


The Mall Gadong

kami tak rancang pun nak ke sini. driver van yang tiba-tiba bawa kami ke sini padahal kami nak ke Pasar Malam Gadong. nasib baiklah jarak antaranya dekat dan boleh jalan kaki je.

since namanya The Mall, maka lain tak bukan ia sama macam shopping complex yang lain. kat sini anies perhatikan pengunjungnya memang ramai. mungkin sebab kat sini ada cinema.

kami cuma beli ais krim je bila dah sampai sini sebab lepas tu kami nak makan malam kat Pasar Malam Gadong hehehe... tapi pak cik anies sempat lagi borong coklat. dia cakap coklat kat sini murah.

The Mall Gadong - front view... masa anies snap gambar ni, waktu dah hampir Maghrib...

di tingkat bawah ada pasar raya macam Tesco / Giant...

sorry... gambar blur... tertarik dengan siling The Mall Gadong ni...


lain-lain tempat

ni sekadar selingan je... sambil berjalan, anies snap mana2 bangunan / kawasan menarik...

pintu gerbang Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddin... manakala di belakangnya, mercu tanda Brunei yang tak asing lagi, Masjid Sultan Ali Saifuddin (boleh baca kat SINI) dari info yang anies baca, selalunya kalau ada majlis besar seperti Hari Kemerdekaan, tempat ni selalunya menjadi tapak event...

Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei... lokasinya berdekatan dengan Masjid Sultan Ali Saifuddin...

masa ni, kami on the way ke The Royal Regalia Museum... sebelah kanan bangunan berwarna kuning tu adalah Pejabat Besar Pos (main post office)... traffic lengang kan? maklumlah hari cuti...

Memorial Clock / The Clock Tower / Agong Clock yang terletak di tengah2 simpang. ia dibina sempena lawatan Tuanku Abdul Rahman ke Brunei pada 1959... sekarang usianya sudah 50 tahun! wow! btw, best kan jalan raya lengang macam ni... rasa nak baring je... hahahaa

last but not least... terjumpa dessert ni kat Brunei airport sebelum berlepas pulang... teringin sangat nak rasa sebab tak ada kot menu ni kat Coffee Bean kat sini... so, mohon jangan terliur ya time puasa ni... kalau terbatal, jangan salahkan anies hahaha...

okey tu je perkongsian terakhir anies jalan2 bersama family ke Brunei... insya allah, ada rezeki memang nak repeat lagi... tapi tak tahulah bila...

so, thanks 4 reading
happy weekends
daaa...

p/s menyudahkan BW tertunggak

Kisah Silam Untuk Masa Depan

79 Words of Lo♥e

  1. Bulan puasa ni semua nampak sedap huhuhuuu

    Sedap ke dessert tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sgt. kek pandan di dalam dan isi kelapa diwarnakan hijau sbg aising

      Delete
  2. Gambar yang last tu kijammm... Hahaha..
    semua gambar yang Anies share nie buat Sha teringin nak ke Brunie pula.. warghh!! bilalah nak berani naik kapal terbang nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maafkan patik krn menyiarkan gmbr dessert sedap di bln ramadan... pegi jgn xpegi..try naik flight dkt2 dulu. pastu br g jauh2

      Delete
  3. Ya Allah cantik yer ....
    Dah nama pon kepunyaan istana kan...
    Semoga ade rezeki pi Brunei🌹🌹

    ReplyDelete
  4. syok jln2 tgk tmpt org...dessert kt ocffee bean tu hanya di bruinei je ye hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. so far sy mmg xjupe lg dessert ni kt mn2 coffee beans kt si

      Delete
  5. Siling mall Godong terlihat modern.

    ReplyDelete
  6. Nampak aman je kawasan2 tu...x banyak kereta...bila la nak sampai sana..

    ReplyDelete
  7. Keren sekali museum Regalia kerajaannya, kak.

    Bersih dan rapi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mas... sayangnya saya sempat teroka separuh sahaja. sebahagian yang lain under renovation

      Delete
  8. ahai kak belum lagi sempat ke Bandar seri begawan bandar tempat rangkaya di dunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi dubai lagi kaya...jual emas dlm vending machine je

      Delete
  9. siling mall gadong tu macam dekat one utama! Amboi dessert dia mengancam betul

    ReplyDelete
  10. nak kumpul duit pergi ke Brunei la nanti...

    ReplyDelete
  11. bangunan dan arsitek Khas Brunei,
    museumnya bagus

    ReplyDelete
  12. dah pergi sabah tpi x pernah lagi pergi Brunei hihihi
    Insya Allah ada rezeki boleh pergi sana pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt g labuan boleh pnjg kn langkah ke brunei dkt dah tu

      Delete
  13. wah bestnya,cantiknya berbaju kurung
    si manis anies nie...hihi
    sedap je nmpk desert tu..

    ReplyDelete
  14. Nama Bandar Sri Begawan sudah terdengar di telinga saya, akan tetapi saya belum pernah kesana, jadi gimana nih..... Mbak ? :)

    ohy...tanda merah di dalam gambar itu , fungsinya apa yah...? Petunjuk Posisi Harta Karun' Kah ? :)

    ReplyDelete
  15. Lumayan banyak nih tempat yang bisa disinggahi. Jadinya banyak pengalaman yang bisa dinikmati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya tak cukup 3 hari di brunei😊

      Delete
  16. Yaampun.. keren ya kak.. jadi pengen ke Brunei.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an mas juga bisa ke brunei satu hari nanti

      Delete
  17. Dari semua itu, saya lebih tertarik denan museumnya. Sungguh luar biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. brunei banyak museum menarik kalau explore lebih lama di sana

      Delete
  18. ray teringin nak jejakkan kaki kt brunei. tak pernah smpi lg

    ReplyDelete
  19. Seronok juga menimba ilmu dan sejarah di tempat mcm ni. Sambil tu jalan2 cari inspirasi melihat kehidupan negara org, saudara seagama.. menarik.

    ReplyDelete
  20. Wow...bestnya. teringin juga nak makan angin kat Malaysia timur sana...tapi belum kesampaian

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah suatu hari nnt pasti akn smpi jua

      Delete
  21. Brunei ini lebih dekat dari KL tapi setakaf ini belum pernah jejak kat sana rasanya tengok foto damai nian alam bandar seri begawan ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa yang suka suasana tenang dalam bandar, BSB adalah tmpt nya

      Delete
  22. siapa la yang duduk sopan santun sangat tu..

    penuh budi bahasa hahaha

    ReplyDelete
  23. Wah keren-keren fotonya

    ReplyDelete
  24. Jadi itu alasan kenapa mesti buka kasut karena lantai berkarpet ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya itu alasan kenapa kena buka kasut. mau menjaga kebersihan pun ya

      Delete
  25. Kak Anies, kenapa jalanannya sepi? Apakah memang suasana di sana sepi?

    ReplyDelete
  26. bener bener nyaman ya kak brunei darussalam ini, negara islami yang modern dan bikin betah buat turis untuk singgah, wah kapan ya saya bisa kesana ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sangat nyaman berada di sana. bebas macet... aminnn moga mas akan sampai di sana suatu hari nanti

      Delete
  27. kalau kt Malaysia mau kena curi dh barang2 emas tu. hhaha. rajin pakai baju kurung

    ReplyDelete
  28. Phewitt! Kirim salam sikit kat awek payung tu! :)

    ReplyDelete
  29. musiumnya megah banget teh,..selain itu nampak sangat keren,...bisa jadi referensi buat liburan akhir pekan nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. ini baru sebuah museum. ada banyak lagi museum yang menarik di sana

      Delete
  30. Baguskan Raja Brunei ni, orang biasa pun boleh masuk istana..untung siap dapat duit raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah... dpt duit raya bkn singgit dua tp ribu beb

      Delete
  31. Nampak mewah yea bangunan di Brunei...

    Alahai gambar last tu... pergghhh... 😅

    ReplyDelete
  32. nama je sebelah negeri sarawak, dan ada sedara mara kat sana...tapi tak pernah lagi jejak sana..hahahah

    ReplyDelete
  33. Keren sekali museumnya ada payung warna-warni , di museum harus lepas kasut karna ada karpetnya . dan sedap dessertnya warnanya hijau menggoda selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting seronok berada di sini. banyak perkara baru dapat dipelajari

      Delete
  34. masjid nya megah dan besar, saya malah penasaran sama jamaah nya bisa full atau tidak soalnya mendekati hari raya pada sepi yang sholat tarawih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rezeki nanti mas, datanglah ke sini ketika ramadan / syawal...

      Delete
  35. wah kaca mata nya kak anies keren nih, boleh saya pinjem buat foto-foto saya di indo? :D

    ReplyDelete
  36. Kotanya bersih dan teratur yah. Keren.

    ReplyDelete
  37. tak pernah sampai Brunei lagi..teringin nak sampai sana,

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergilah. naik royal brunei lg murah n selesa

      Delete
  38. wah udah lama nih gak mampir di blog kak anies, ternyata blog nya makin rame aja dan banjir komentar dari pembaca, ikut gabung ya kak disini, agar blog saya ikut ketularan rame juga seperti blog nya kak anies ;)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆