Seketika @ Jalan TAR + Lulu Hypermarket

1:15 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bulan Ramadan dan Jalan TAR memang dah sinonim sejak dari dulu. kalau hari2 biasa, suasana kat sini tetap meriah tapi di bulan Ramadan, lebih happening dan seronok!

tapi minggu pertama Ramadan, para pengunjung masih belum ramai dan sesak kalau nak dibandingkan pada minggu terakhir Ramadan. tambah pula, jalan ni dah dibuka semula kepada kenderaan awam (ditutup pada awal April)

so last Saturday, kami berkesempatan ke sini. bukan nak shopping sakan tapi just nak cari tudung je. sambil2 tu, nak tengok jugalah apa trend tudung terkini. biasalah tu... orang perempuan kan... 😁😁😁

turun dari LRT Stesen Bandaraya, tempat pertama kami tuju adalah SOGO. kalau dah ke Jalan TAR, memang tak lengkap kalau tak singgah SOGO.

dan sama macam tahun2 lepas, SOGO memang selalu buat offer raya. tapi kami tak membeli pun kat sini. just cuci2 mata and tengok gelagat para pengunjung.

dari SOGO, terus ke kedai Aidijuma (AJ). sebagai peminat tudung AJ, kedai ni memang wajib singgah bagi anies. cuma tulah... agak sedih tengok keadaan AJ sekarang. tak meriah macam dulu. rindu sangat nak bersesak2 depan kedai AJ semata2 nak grab koleksi terbaru. entahlah... tak tahu nak cakap macam mana...just harap AJ akan kembali bangkit macam dulu...

sebelum ke AJ, sempat jugalah kami memerhati kawasan sekitar Jalan TAR ni sambil menahan telinga akibat bunyi bingit dari speaker yang dipasang di kedai2 tertentu. Alhamdulillah, cuaca tak panas dan kadang kala redup. memang sesuai sangat bagi mereka yang bershopping kat Jalan TAR ni.

keluar dari AJ, kami pun melintas jalan menuju ke laluan di mana bangunan Semua House ditempatkan. kat sini agak busy dengan para penjual makanan (food truck) yang sibuk menyediakan juadah sebelum dijual.

sebaik melewati Semua House, tergerak hati jugalah nak masuk tapi rasanya nanti tak cukup masalah pula. so kami teruskan jalan ke Lulu Hypermarket (LH) yang terletak bersebelahan Jakel Mall.

jarak dari Jalan TAR ke LH ni tak jauh pun. tapi terpaksa menyeberang jalan yang agak sibuk (kat sini tak ada jejantas).

kenapa kami singgah LH ni? sebabnya kami tak pernah sampai sini lagi. asyik tengok iklan kat TV je. lepas tu, ramai yang cakap, LH ni bagus esp. barangan basah. so kami nak try lah dan alami sendiri... betul ke apa orang cakap...

since masa tak mengizinkan, kami just beli barang kat tingkat bawah je yang mana menempatkan barangan keperluan harian, makanan basah, sayur-sayuran, daging, ayam, ikan etc.

menariknya kat bahagian ni, ada kiosk menjual pelbagai jenis kekacang. kalau korang nak rasa pistachio pedas, haa... silalah datang ke sini...

oh ya... barangan mentah macam ikan, sayur dan sotong memang fresh. geram je bila tengok sotong2 segar dan besar2 yang dijual di sini.

selesai membeli, kami kembali semula ke stesen LRT Bandaraya dan terus pulang ke rumah.

insya allah, ada rezeki nanti nak turun ke Jalan TAR. so, siapa nak ikut? angkat tangan!

ruang tengah SOGO. beberapa tahun lepas anies pernah berhimpit sakan kat sini semata2 nak rebut kasut berjenama yang dijual hanya RM39.90 hahaha... masa tu, SOGO buat offer raya macam ni juga...

depan SOGO. tak sah kalau tak ada kumpulan buskers buat persembahan kat sini...

see? cuaca redup kan? memang best shopping macam ni. tak lencun.

sekadar papan tanda, kalau tak ada tindakan... tak guna juga...

kedai mana nak singgah ni ya? tak fasal2 ada yang tersinggah Restoran Insaf hahahaha

flagship Aidijuma store cawangan Jalan TAR...rasanya ni je satu2 flagship AJ kat KL. yang kat The Curve tu, anies tak pasti, ada lagi ke tak... soooo sad....

dalam kedai AJ...tak banyak pilihan... corak tudung pun tak ada yang menarik. banyak jual online sahaja... kesian mereka2 yang tak tahu nak guna Internet. mereka cuma boleh harap kedai macam ni jelah....

trafik kat Jalan TAR yang memang sentiasa sibuk. masih ada yang berdegil parking kereta tepi jalan. hah... jam tu jugalah polis DBKL keluarkan saman.

kalau minggu terakhir Ramadan, kat lorong ni memang sesak gila!

Semua House - bangunan oren

bulan puasa, tengok orang jual kacang pun terasa sedap hahaha


Lulu Hypermarket & Departmental Store... here we come!

terjah rak coklat dulu... menariknya coklat yang selalu jumpa kat Cold Storage turut dijual di sini...

deretan kek dan pastri yang memikat hati... oh ya, manisan Arab macam kunafa tu pun ada jual kat sini tau...

okey, tu jelah anies nak share hari ni.... anies minta maaf tak dapat nak BW hari ni... badan lemau yo sebab tak sempat bersahur tadi... so sad...

thanks 4 reading... dah...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

77 Words of Lo♥e

  1. Berapa harga pistachios pedas disana kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, tak perasan pula saya. rasanya 100gram dalam RM10++

      Delete
  2. Kesan ramadhan pertama sepertinya mirip dengan kota saya ya mbak, masih terasa sepi. Tapi kalau uda menuju akhir ramadhan, cukup padat. Bikin kendaraan susah lewat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya seluruh dunia suasananya begitu tu

      Delete
    2. setahun sekali mas...bila lagi kita dapat lihat suasana begini melainkan ketika ramadan dan hampiri syawal

      Delete
  3. dengan lambakan jenama2 tudung yang baru, memang boleh tenggelam kalau tak berusaha bangkit semula dengan design2 yang lebih trendy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul supposed jagalah jenama sedia ada tu baik2... syg kalau biarkan mcm tu je

      Delete
  4. Banyak kali masuk Aidijuma sebelum ni sebab jual bawal kan, tapi tiap kali masuk mesti balik tangan kosong. Kenapa ye rasa corak dan warna dia macam xmenarik, tak kena dengan taste kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa makin lama makin hambar...kesian sy

      Delete
  5. DULU2 TAHUN 80-AN 90-AN KALAU TURUN KL MESTISHOPING KAT SINI...LA NI NK LALU PUN XLEPAS SIBUK SGT JLNNYA

    ReplyDelete
  6. wah sangat meriah ya kakak, di bulan ramadhan yang penuh berkah ini pasti sangat ramai di hypermat banyak orang belanja untuk kebutuhan puasa dan lebaran ya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah... umpama esoknya akan sambut lebaran hahahaa

      Delete
    2. waduh lebaran hari raya idul fitri masih setengah bulan lagi kak :D
      mungkin bisa persiapan beli barang-barang atau makanan buat persediaan lebaran ya karena biasanya kalau pas hari lebaran banyak toko yang tutup ya ;)

      Delete
    3. yang akan pulang ke kampung lazimnya akan membeli belah lebih awal... di hujung ramadan biasanya warga kota yang memenuhi kawasan ini

      Delete
  7. Saya angkat tangan nih nak ikut, tapi jauh lah...;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. mn ada jauh...sebelah rumah je kan? ;-)

      Delete
    2. yang sebelah rumah mana??

      Takde lah, semak ilalang je..=D

      Delete
    3. aduhhh... salah rumahlah pula😆😆

      Delete
  8. Tak pernah pergi lagi jalan TAR ni time nak raya....mesti meriahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah n sesak tp tulah kelebihannya bln lain xjumpa mcm tu

      Delete
  9. Awal bulan mei dah terjah situ...huhu pra ramadan katanya.

    ReplyDelete
  10. jln tar kalo bln ramadhan mmg meriah...pegi juga tp slalunya malam sbb siang tk brp larat la ngan org ramai nk2 puasa kan..dahaga hehe..kalo mlm penat bole minum tp br2 ni ada tgk kwn update yg tmpt slalu crowded utk beli belah dh pindah kt area dataran merdeka yg lebih selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp kt dataran x berapa nk happening mcm jln TAR...

      Delete
  11. kemain awal shopping raya..baju raya untuk cik nor tak bli skali ke?haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. x shopping cik nor just cari tudung je...

      Delete
  12. Tak pernah singgah Lulu Hypermarket & Departmental Store. Kalau ada coklat2 bagai pilihan tu memang nak kena singgah la..heaven!

    ReplyDelete
  13. Dah lama tak jejak ke Jalan TAR...Lulu tu pun tak pernah jejak...dah tak larat nak menapak kat sana...

    ReplyDelete
  14. ray selalu lalu je kt ctu sbb ramai sgt org

    ReplyDelete
    Replies
    1. sini mana penah sunyi hehe

      Delete
    2. kan. meriah je setiap masa. hi ray singgah lg hehe. klik klik ads lg mmuah

      Delete
    3. ms ni la kita bleh tgk ramai org kita. bkn pati😆😆

      Delete
  15. Pada satu ketika dahulu pernah jugs turun sogo....haaaa merasalah juga lalu jalan TAr...masa tue sampai pon dah petang...hunting karpet jerk wakk...kat sogo just cuci mata jer...sebab baru balik dari Perak dan memang penat yaa amattt

    ReplyDelete
    Replies
    1. bdan penat mmg x syok nk berjimba jimbi ;-)

      Delete
  16. Dulu minat jugak ngan AJ....laa.ni pakai bawal ngan shawl balik...AJ pon pakai jugak kadang kadang pi koje🌹🌹

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg dah byk tudung bawal menyerupai aj...

      Delete
  17. Nostalgia sangat tempat ni buat Mrs. A huhuuu...
    Ternampak kelibat Menara Multi Purpose tu ha Anies tempat Mrs. A kerja-kerja 11 tahun lampau hahhahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya ke... ni mesti time rehat mkn kt insaf atau bilal kn? 😅

      Delete
  18. Waaaaah, make me want to shop everythngg

    done follow back ya sister :)
    Thank youu

    ReplyDelete
  19. ramai banget ya teh tempat berbelanjanya,..kalau disini sepertinya banyak nih teh jualan tudung atau hijab untuk wanita maupun kopiah untuk pria,..keren tempatnya,..bersih banget

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang ramai sebab ini kawasan tumpuan ketika ramadan dan menjelang syawal

      Delete
  20. Fotonya keren-keren kak, jadi pengen main.

    ReplyDelete
  21. pernah menjejaki di sini suatu ketika dulu..

    zaman masih muda dan bujang lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya rakyat malaysia pasti pernah jejak sini wpn sekali

      Delete
  22. Rindunya jalan dekat jalan tar.. memang bestlah cuci mata.. lama tak pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu tgh bulan mmg syok cuci mata kt sini haha

      Delete
  23. ya Allah tiba2 rindu jalan TAR... tahun lepas beberapa kali juga ke sana... tahunni belum lagi... entah kenapa macam kena pergi sana juga kalau nak raya... entah hapa2kan....

    ReplyDelete
  24. Awal2 bulan Ramadhan masih belum begitu ramai, nanti kalau sudah mau Idul Fitri banyak yg berbelanja kebutuhan

    ReplyDelete
  25. bebudak opis angah selalu talk about pasaraya lulu, macam teringin nak pi weekend ni...tambahan dah tengok gambor gambor anies ni..

    ReplyDelete
  26. Ceklattt....bulan posa ni cheq tak terasa nak makan ceklat, tekak lebih memilih nak makan bubur kanji dan makaroni goreng 😆

    ReplyDelete
  27. sekarang lagi nak cari baju untuk berlebaran di negeri orang rasa rindu sangat dengan negeri melayu Indonesia dan Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. datanglah ke sini banyak baju raya murah2 😊

      Delete
  28. Meriah tempat2 ni. Tunggulah nanti dah dekat2 hujung Ramadan, pasti nak jalan kaki pun sesak nanti ni hehee

    ReplyDelete
  29. 2 tempat ni tak pernah yg tak sesak.. AJ dh takda design lawa2 kan

    ReplyDelete
  30. makin meriah dan ramai ya kak menjelang detik-detik hari raya idul fitri, pasar semakin ramai tapi sayang masjid semakin sepi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. semakin dekat lebaran semakin takut nak datang. ramaiiiiiiii orang. jammed!!

      Delete
    2. asyik kak rame-rame ke pasar beli baju lebaran dan jajan lebaran, tak lupa beli oleh oleh untuk sanak family di rumah, cocok bagi anak perantauan kak :D

      Delete
    3. biasalah tu, mas... ketika ramadan inilah waktu yang ada sedemikian

      Delete
  31. shopping raya tahun ni tak pi pun sogo..bangunan sebelahnya iaitu bagunan Mara adalah pi..sebab nak ambil baju tempah

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆