#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #DeathWish2018

1:43 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis ringkas:

Dr. Paul Kersey merupakan pakar bedah dan memiliki keluarga bahagia. seorang yang sangat penyayang dan mengambil berat terhadap isterinya, Joanna serta anak tunggal mereka, Jordan. suatu hari, merka bercadang hendak membuat majlis hari lahir Dr. Paul. ketika sedang bersiap untuk ke majlis, Dr. Paul dapat oncall dan terpaksa bergegas ke hospital. majlis itu terpaksa ditangguhkan. 

pun begitu, isteri dan anaknya bercadang hendak membuatkan kek untuk Dr. Paul. sewaktu sedang menyediakan kek, tiba-tiba rumah mereka dipecah masuk 3 perompak. mereka memaksa Joanna membuka peti besi sementara Jordan diikat. walaupun perompak berjaya mengambil barang2 berharga, namun malang bagi Joanna dan Jordan. kedua-duanya ditembak dan akhirnya Joanna menghembuskan nafas terakhir.

Dr. Paul seakan tidak percaya dan sukar menerima kenyataan itu. ketika proses 'melupakan' peristiwa tersebut, dia dapat idea bagaimana hendak menjejaki pembunuh isterinya.

apa yang bakal Dr. Paul lakukan? berjayakah dia menjejaki semua perompak tersebut? adakah tindakannya itu berjaya atau sebaliknya?

daripada⭐⭐⭐⭐⭐ anies beri ⭐⭐⭐1/2

filem ini diadaptasi daripada novel karya Brian Garfield tetapi tidak menjadi best seller walaupun filemnya pernah diterbitkan pada 1974.

plot filem aksi penyiasatan ini pada mula 'bergerak' agak perlahan kerana banyak memfokuskan kepada situasi dalam keluarga Dr. Kersey. untuk capai ke klimaks cerita pun memakan masa hampir sejam. jadi penonton mungkin ada rasa sedikit bosan untuk menunggu bilakah Dr. Kersey mahu bertindak sepenuhnya demi menebus kematian isterinya.

lagi satu, anies secara peribadi kurang berminat apabila wujud watak polis yang bersikap 'dungu'. macam tak reti buat apa-apa. just mengagak sahaja dan tak buat apa2 tindakan. so, dari situ akan terbit rasa geram dan menyampah hahahah...

btw, ni cuma pandangan anies je ya. lain orang lain pandangannya.

so, kepada korang yang nak tengok filem ni, ia telah pun menyerang seluruh pawagam tanah air mulai semalam, 1 Mac 2018.
terima kasih kepada budiey.com atas 2 pass tayangan perdana filem Death Wish ini. dah lama rasanya tak tengok / datang ke Jaya Supermarket @ SS14 Petaling Jaya ni.

antara aksi2 menarik dalam Death Wish yang berdurasi selama 1 jam 48 minit.

dua pegawai polis yang bertanggungjawab mengendalikan kes kematian Joanna sedang mencari Dr. Kersey di pejabatnya.

Dr. Kersey sedang mencari barang milik perompak rumahnya yang mati ditembak...

Dr. Kersey 'sedang menyeksa' salah seorang perompak yang berjaya dijejakinya...

Dr. Kersey dan bapa mertuanya sebaik sahaja pulang daripada pengkebumian Joanna dan bapa mertuanya ternampak penceroboh ladang...

Dr. Kersey sedang bersedia untuk menyeksa pembunuh isterinya..


credit gambar
trailer. credit video

tu je. selamat menonton.

daaaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

38 Words of Lo♥e

  1. untung badan dapat tengok tayangan premier

    ReplyDelete
  2. Macam best je nak layan ni. Bestnya dapat free pass! ��

    ReplyDelete
  3. bruce willis kalau berlakon mmg best..

    ReplyDelete
  4. macam menarik
    nak kena tengok nih

    ReplyDelete
  5. Suka juga kisah penyiasatan tapi kalau lembab maybe zumal berdengkur je nanti

    ReplyDelete
  6. Sedih pulakk plot jalan ceritaa diaa.

    ReplyDelete
  7. Akak dah tak tengok wayang anies..

    tempat lama jaya supermarket ini..
    Masa akak kerja kat ss14 pj ni..
    Selalu gak gi sana..
    Tahun 1995-1996.
    Pastu pindah shah alam smpi lah skrg..
    Rupanya masih ada supermaket ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde lg da kak... ni bgnn br. tp gn nama yg sm

      Delete
  8. Cerita omputih sebegini memang layan habis hahah! ^^ thanks for sharing :3

    ReplyDelete
  9. pelakon die cam best..tapi cam baca review tak best lak..hahaha takmo la tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cite best cuma slow pd permulaan je the rest ok

      Delete
  10. dalam masa sekarang...

    wayang dah boleh saya lupakan kecuali menonton online.

    cuma feel berbeza kerana makan pop corn yang fresh..baru kelaur dari oven

    ReplyDelete
  11. Kalau saya..suka cerita romantik..Kalau cerita polis2 ni..jarang siket layan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh ada tmn dlm hati rupanya akk kite ni ;-)

      Delete
  12. dah check kat wayang dekat dengan rumah ni, x ada tayang.. sedih.. hmm..

    ReplyDelete
  13. dah check kat wayang dekat dengan rumah ni, x ada tayang.. sedih.. hmm..

    ReplyDelete
  14. last tengok wayang haritu cite maze runner.. nak kena cuti lagi laa sebab nak tengok cite nie pulak.. hihi

    ReplyDelete
  15. Menarik juga movie ni.. ok, ambil time nak juga menonton nanti :)

    ReplyDelete
  16. macam cerita enam jahanam pulak...hhee

    ReplyDelete
  17. suka movie sangat y? salam kenal from bloger surabaya

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆