#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #KLSpecialForce

1:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis ringkas:

Lan dan kumpulannya ditugaskan untuk menyiasat geng Anarkis yang sangat licik dalam kegiatan rompakan terutama yang melibatkan institusi kewangan / bank. walaupun ahlinya tidak ramai tetapi mereka sangat tangkas menggunakan senjata dan disebabkan itu ramai anggota polis menemui ajal di tangan kumpulan ini yang diketuai Asyraff.

suatu hari, Lan menerima 'ahli baru' tanpa pengetahuannya. dia agak kurang senang dengan kehadiran Zul lebih-lebih lagi telah beberapa kali menggagalkan usahanya untuk memberkas geng Anarkis. Lan mensyaki yang Zul ada komplot dengan Asyraff manakala Zul pula teramat yakin yang Lan telah disogok oleh Asyraff.

namun, apabila Rizal, yakni adik Asyraff dibunuh oleh Lan, tidak semena-mena konflik yang sedia wujud menjadi bertambah rumit dan Asyraff nekad untuk membalas dendam dengan apa cara sekali pun.

berjayakah tindakan Asyraff itu? mampukan Lan menghapuskan saki baki geng Anarkis? dan siapa sebenarnya Zul yang amat tidak disenangi Lan itu?

my review:

jujur cakap, ini adalah filem Melayu pertama yang anies tonton di pawagam. don't ask me why okey! 😎 macam mana ya nak ulas pasal filem ni? tadi, sebelum up entry ni, anies sempat tengok IG Fattah dan ramai yang memuji penampilan sulungnya ini.

jalan cerita ni mudah dan ringkas. mesej yang dipaparkan juga berjaya sampai kepada penonton. dari segi lakonan, watak yang dibawa Dato' Rosyam Nor memang tak perlu dipertikai. ada kelas tersendiri. begitu juga dengan Syamsul Yusof. watak gengster smart berjaya dihayatinya tetapi rasanya watak kali ini tidak sekuat watak gengster dalam filem2nya yang terdahulu. Fattah pula, dari segi lakonan, memang dah banyak improvement. bagi anies, mungkin kalau dia banyak buat aksi stunt atau lasak, barangkali penonton boleh buat kesimpulan yang ini bukan filem pertamanya. watak2 lain dapat delivery dengan bagus. ada banyak plot twist tapi itulah yang membuatkan penonton mahu tunggu sampai akhir.

dari ⭐⭐⭐⭐⭐ anies beri ⭐⭐⭐⭐

filem ni dah masuk wayang hari ni (8 Mac 2018)! so apa lagi, jom serbu!!!

terima kasih kepada budiey. com atas 2 tiket tayang perdana ini. kalau sebelum ni ada pass istimewa tapi kali ni cuma diberi tiket sahaja. okey laa tu. yang penting semua happy. kali ni kami tengok kat e-Curve, Mutiara Damansara. hujan lebat giler sampai tak nampak jalan.


jeng jeng jeng! sapa sangka Lan muncul di pawagam! kami memang tak sangka yang Dato' Rosyam, Sabrina Ali (baju oren terlindung belakang Dato Rosyamdan Tania Hudson (berdiri - kanan) hadir ke pawagam untuk saksikan tayangan perdana ini bersama2 kami. Dato' Rosyam sempat suruh kami tengok filem dia pada minggu depan yakni filem Lee Chong Wei! 😀😀 oh ya... lupa cakap, mak Fattah dan adik perempuan dia juga ada sama2 menyaksikan premiere ni... diorang duduk belakang kami tapi segan nak ajak bergambar🙈🙈

selain tiket, kami diberi popcorn percuma!

dannnn juga coke FOC!

aksi2 menarik dalam #KLSpecialForce #ConfirmLit

Asyraff menyekat laluan polis dalam usaha mendapatkan cip berharga.

Lan sedaya upaya melumpuhkan geng Anarkis biarpun rakan-rakannya terkorban.

Zul sedang mengejar geng Anarkis.

credit gambar


selamat menonton! thanks 4 reading...

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

46 Your Words of Lo♥e

  1. wah boleh tahan best. kena tonton ni nanti. minat jugak fattah amin tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu dah minat FA makanya wajib laa tgk ;-)

      Delete
  2. First time tgk cite melayu kt wayang dh jumpa pelakon. Hehe. Nampak macam best. Biasa kalau Syafiq Yusuf mmg best filem dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa agk nyer kalu 1st time tgk cite tamil kt wyg dpt jupe rajnikanth kot😆

      Delete
  3. wah bestlah dapat jumpa Dato rosyam

    ReplyDelete
  4. Hana teringin gila nak tengok! T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa pegi laa sblm tamat tayangan ;-)

      Delete
  5. FILEM AKSI MENARIK MSTI HANGAT SAMBUTANNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg hangat pun! hrp box office ;-)

      Delete
  6. waaa. ramai la berebut nak tengok sebab ada fattah amin.hehe. Filem yg ada Dato Rosyam Nor or ada Shamsul Yusof memang bestttt..

    ReplyDelete
  7. Why akak? Hihi ok gurau je.

    Macam mantap je action dia tuu. Hehe

    ReplyDelete
  8. menriknya.....blom berkesempatan tgk....

    ReplyDelete
  9. tampaknya ini film yang sangat menarik dengan ragam aksi luar biasa ya

    ReplyDelete
  10. teringin nak tengokkkk tapi kelantan takde pawagam. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tggu astro first laa nmpk nyer ;-)

      Delete
  11. mantabs nech movie....action,...action...n action....I like that. salam kenal n kunjungan from blogger surabaya.
    Persebaya Surabaya

    ReplyDelete
  12. Wahh bestnya tengok movie je hehee.. menarik movie ni. Mmg nak tonton juga ni nanti :)

    ReplyDelete
  13. wah
    seronok lah jumpa Lan
    hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa x sangka lan dtg tgk ngan bini dia haha

      Delete
  14. wahhh bestnya dapat jumpa Dato Rosyam!

    ReplyDelete
  15. Mrs. A baru je tengok semalam. Okaylah 4 out of 5 star.

    Tapi Dato' Rosyam Nor memang kelas lakonan dia Mrs. A bagi 5 star hehehe...

    ReplyDelete
  16. Seru banget filmnya saya suka sekali mpok anies.

    ReplyDelete
  17. Nak kena pergi tengok ni. Baca review semua puji best!

    ReplyDelete
  18. Belum berkesempatan nak tgk.tgk trailer filem kl special force nih mcm best jer.nti nak ajak la suami n anak anak tgk

    ReplyDelete
  19. Sejujur jujurnya...saya jarang tengok lakonan Fatah Amin..
    Tapi..nampak okey jugak cerita ni..

    ReplyDelete
  20. bestnya boleh tengok premier..

    ReplyDelete
  21. Sana-sini sibuk bercerita tentang filem ini..
    Mesti box office.. Lain watak FA kali ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa dah lama xde filem melayu box office

      Delete
  22. Suka tengok kalau ada Datuk Rosyam berlakon...

    ReplyDelete
  23. so kn mssk dlm list filem ni😊

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆