#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #RedSparrow

11:21 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Synopsis ringkas:

Karier sebagai ballerina berakhir apabila dia ditimpa kecederaan serius. akibatnya, tempat tinggalnya bakal diambil semula oleh syarikat yang menguruskan kerjanya. pada masa yang sama, Dominika memerlukan wang untuk merawati ibunya yang sakit.

Ivan, pak cik Dominika yang bekerja di Russian Intelligence telah menugaskan Dominika agar menggoda seorang ahli politik Rusia. jika Dominika berjaya melaksanakan tugasan itu, maka dia tidak perlu bimbang lagi dengan bil rawatan ibunya.

Ustinov, ahli politik yang digoda Dominika cuba merogolnya tetapi dia diselamatkan oleh seseorang. disebabkan tidak mahu disabitkan kesalahan, maka secara tidak langsung insiden itu mengheret Dominika menjadi sebahagian daripada Russian Intellegence. jika dia enggan, dia akan dibunuh.

Dominika menerima keputusan tersebut dan sejak itu, dia memulakan 'khidmatnya' sebagai Sparrow untuk mendekati seorang agent CIA yang pernah bertugas di Moscow.

berjayakah Dominika melaksanakan tugasnya itu? atau dia mungkin gagal di tangan musuhnya kerana seseorang?

my review:

filem ini diadaptasi daripada novel karya Jason Matthews. mengekalkan judul yang sama, bagi anies ia sebuah naskhah berat apabila ia berkait dengan kerja-kerja pengintipan dan perisikan yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Rusia dan Amerika.

berdurasi selama 140 minit (agak lama bagi anies), jalan ceritanya agak laju dan mudah difahami kerana 1/2 jam yang pertama banyak berkisar tentang Dominika. setengah jam selepas itu, para penonton mula disajikan dengan pelbagai aksi di mana Dominika mula melaksanakan tugasnya sebagai RI. ketika itu, plot menjadi sedikit lambat kerana penonton tertanya2 siapa sebenarnya yang menjadi sasaran Dominika kerana pihak RI yang lain beranggapan Dominika seperti tidak melaksanakan tugasnya kerana sudah terpikat dengan agent CIA yang tampan.

overall, ceritanya okey dan mungkin lagi okey kalau anda dah baca novelnya terlebih dahulu sebab temanya agak berat selain ada beberapa babak dipotong sebab tak boleh dipertontonkan kepada umum. faham2 je laa yek... ni sekadar pendapat anies je tau... jangan amik serius laa pulak yek 😀😀

so, daripada ⭐⭐⭐⭐⭐ anies beri ⭐⭐⭐1/2.

filem ini menjengah pawagam seluruh tanahair bermula HARI INI!

terima kasih budiey.com di atas 2 pass tayangan perdana ini... ramai betul penonton... macam terasa sesaklah pula GCS malam tu...

babak2 menarik dalam Red Sparrow:

Nate (agent CIA) sedang menanti ketibaan Dominika...

di 'sekolah maksiat' kata Dominika... dia diajar pelbagai skill selain di 'brainwashed' setiap hari oleh Marta...

Ivan, pak cik Dominika sedang berbincang dengan ketuanya...

Ivan sanggup turun ke Vienna untuk mengetahui perkembangan anak saudaranya...

Dominika cuba menelefon ibunya sebaik sahaja dia sampai di Hungary untuk memulakan misinya...

di 'sekolah maksiat'... Dominika dan rakan-rakannya dipaksa untuk 'entertained' askar-askar Rusia yang baru pulang dari berkhidmat di luar negara...

Nate dan Dominika... walaupun bermusuh tak nyata, namun mereka punya sasaran peribadi...

Dominika sedang menunggu Nate di luar kolam renang awam dalam usahanya menjejaki agent CIA itu...

Dominika dan pasangan tariannya sedang bersedia untuk melakukan persembahan. rakannya inilah yang menyebabkan Dominika terpaksa bersara sebagai ballerina.


trailer. credit video

selamat menonton.

thanks 4 reading!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

26 Words of Lo♥e

  1. macam menarik jugak tapi entah bilalah nak gi tengok tu

    ReplyDelete
  2. sokmo g tgk wayang xajak cik nor..xnak kawan dgn anies..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. xnk kwn sudah... nama jiran cik nor pak dolah ;-)

      Delete
  3. owhhhh
    jangan lupa tengok filem Lee Chong Wei
    mesti 5 bintang kasi
    hehehe

    ReplyDelete
  4. SELAMAT MENONTON FILEM MENARIK NI

    ReplyDelete
  5. boleh masuk dalam list laa cite nie..

    ReplyDelete
  6. wuuu...sekolah maksiat.menarik.haha

    ReplyDelete
  7. Menarik juga nampaknya filem ni.. mesti ramai juga yg pergi menonton filem ni. Thanks sharing Anies :)

    ReplyDelete
  8. babak yang kena potong tulah nak tengok..

    tetapi sekali je..

    untuk kedua jangan sekali-kali hahahaha

    ReplyDelete
  9. Sesekali layan cerita penyiasatan and ala2 detektif best jugak.

    ReplyDelete
  10. tak dapat tgk smpai ke habis

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆