Shenzhen, China: stesen Shenzhen University + Science Park

12:00 pm

✿...السلام عليكم✿

Entry sebelum:
SINI
SINI

usai urusan VOA (visa on arrival), kami pun menonong laa ke stesen subway / metro Lo Wu.


dan benda pertama yang kami kena buat dulu adalah, beli one day pass Shenzhen Subway yang berharga RMB25 (RM15.33 - murah ke cekik darah?). sal cakap dah naik harga. sebelum ni, ikut info yang diperoleh, harganya RMB20.

so dengan pass ni, kitorang boleh turun naik subway 24 jam sampai lebam😆😆 subway sahaja ya. jangan nak memandai nak naik bas ke, teksi ke... no no no...

thank you sal sebab tolong belikan pass... mem besar tolong snap je hahahaha

dah dapat pass, tunggu tren, naik tren... dan masa dalam tren laa kami baru bincang nak ke mana. dalam plan memang dah ada. tapi bila tengok map subway ni, rasa macam banyak je tempat menarik kat Shenzhen ni.

nampak bersimpang siur. tapi once kau dah faham, alaa.... celah gigi je semua ni... lagi pun ada tulisan Roman. boleh baca... no big deal laa...

sama macam gerabak LRT kat sini kan? apa nak heran... diorang (gerabak tren) ni mungkin lahir di tempat yang sama iaitu CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co (CSR) 

since subway yang kami naik ni berada di lane hijau, maka ada beberapa tempat yang kami rasa nak singgah sekejap. lagipun masih awal lagi. kami bukannya nak shopping. kami nak jalan2 cari mangsa seterusnya hahaha...

hai cik adik... nak pi mana? ooo balik kampung Manchester ya... ye lahh.. abam Sanchez kan dah tak duduk London lagi...

jadi kami putuskan untuk turun di stesen Shenzhen University. kenapa stesen ni? sebab kami congak2 mungkin kami akan jumpa signage universiti or main entrance universiti ke...anak2 ikan ke... so boleh laa snap gambar seketul dua hahahhaah

tapiiiii... bila dah sampai... haaa... nak kat signage universiti or main entrance... satu habuk pun tak ada... maka pusing2 laa kami kat situ... hahaha...

kami tak sempat pun nak ambil gambar suasana dalam stesen tu. lagi pun tak ada benda yang kebabom dalam stesen tu. yang paling hampeh ada laa... hahahah...

dan satu2 gambar (kot) yang sempat kami snap sebelum beredar...

saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat mak, ayah dan keluarga yang berada di KL. tak lupa juga untuk abam cayang Alexis Alejandro Sánchez Sánchez yang berada di Manchester United serta kawan saya, anies yang kini telah mendapat kerakyatan UK di Liverpool, semoga kalian gembira menyambut aidil fitri kali ini. bila makan lemang dan ketupat tu, ingatlah saya di sini. (Salbiah - phD in Ginseng and Physical Sciences, Fakulti Kejuruteraan Ginseng dan Perubatan Cina, semester akhir, Shenzhen University) [contoh ucapan salam perantauan aidilfitri 2018] 😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂 


SCIENCE PARK

penat berjalan, perut dah beri isyarat kelaparan yang amat dahsyat. jadi kami pun cari laa bangku yang membolehkan kami melahap segala bekal yang dibawa.

rupa2nya bangku yang kami duduk tu, berada dalam lokasi Science Park. apa yang sainsnya? apa yang park nya? pandang keliling.... hanya kedai2 dan di belakangnya ada apartment. kami assumed tu apartment student universiti.

bersebelahannya, ada jalan raya. tu je laa yang kami nampak. nak merayau lebih2, matahari tengah mencanak atas kepala... eee tak sanggup laa nak basah ketiak semata2 nak gali apa itu Science Park.

akhirnya, kami sekadar snap and posing je laa kawasan sekitar situ. nak naik basikal, kena download app... so tengok je laa penunggang basikal dan basikal mereka berimpang siur depan kami.

jalan2 tak tentu arah hahahaha

mungkin giant globe ni laa trademark science park kot....

mesti driver tu cakap, dah buang tabiat kot budak2 ni... posing tengah2 panas hahaha

deretan basikal... nampak tak? hmmm kalau tak KL ni, dah jadi besi buruk dikerjakannya! ada kemudahan tapi dibuatnya macam kera dapat bunga!

motif posing? sebab nak beritau yang kami dah sampai China hahahahahah... banyak juga pencakar langit kat Shenzhen ni... nak explore satu per satu memang tak laa melainkan kami memang merancang nak tinggal terus kat Shenzhen ni hahaha

okey... tu je laa kot perkongsian hari ni... selamat berhujung minggu dan thank you for reading...

tapi sebelum tu... 👇👇👇👇👇


tinggal 5 hari je gaisss sebelum GA tamat... cepat join!!!

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

49 Words of Lo♥e

  1. hamboi, sakan na hang membahan aku. Hahaha. Jangan kau sebut lagi nama Sanchez. Kitorang dah clash.

    -background music piano-

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke dah clash? ke masih lg kekasih gelap?😆😆

      Delete
  2. yang penting ada bendera China. Haha

    ReplyDelete
  3. ye la betul sangat, kalau dekat kelumpo...basikal tu dah merata bersepah tak kembali ke atasnya. tepi jalan je ditinggalkan. tak paham betul

    ReplyDelete
  4. Wah,lawak gak Anies ni siap contoh ucapan raya yer... Banyak yer tempat menarik kat China tu. Rasanya nama company yg buat locomotive tu memang sama la dengan LRT Malaysia, sebab pernah baca kat dinding LRT

    ReplyDelete
  5. nampak bersih sangat kawasan dia dari gambar-gambar anies.
    korang memang gamble la dalam MRT baru bincang nak pergi mana

    ReplyDelete
  6. SALAM JUMAAT SLMT BERHUJUNG MINGGU..SAPA YG DICARI KAT U SHENZEN TU

    ReplyDelete
  7. owh.. bestnya g tmpat orang...usahkan nak smpai china. jalan kat kelantan pon blh sesat lagi..haha

    ReplyDelete
  8. bestnya tengok pengalaman kat overseas

    ReplyDelete
  9. wahh... bestnya jalan2x ke shenzen kak. hihi. GV hope dapat ke China juga satu hari nanti. :)

    ReplyDelete
  10. Mama Rasa berbaloi juga harga one day pass Tu.. bestnya jenjalan negara org

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg berbaloi.. cuma kaki kami je yg xlarat😆

      Delete
  11. Wah selfie belakang bendera gitu! Hehehe ^^ next trip ajak Hana ye? *gegurau je :)

    ReplyDelete
  12. Oh ada bahasa roman. Ingatkan completely Chinese. Mampuih kalau semua in Chinese hehehhe. Eh yang Kejuruteraan Ginseng tu lawak je kan. :D

    ReplyDelete
  13. jeles tengok anies merata dah berjalan.

    ReplyDelete
  14. fuhhh bestnya...bila la cikyan boleh smpai sini ya ?

    ReplyDelete
  15. janganlaaa sampai kerakyatan UK.. Malaysia needs u hehehe lawakla ucapan raya tu. ada jeeeee idea. jadila tu signage universiti kira sampai jugakla tu ehhehe..

    ReplyDelete
  16. tahnaih dah sampai cina.. hahaha

    ReplyDelete
  17. tahnaih dah sampai cina.. hahaha

    ReplyDelete
  18. Negara yang cantik, rakyat depa pun jenis banyak idea (akai jenuh) dalam bisnes

    ReplyDelete
  19. Kirim salam kat adik yg dlm tren tu..

    ReplyDelete
  20. Amboi, indah sekali ni taman universitas pengen sekali aqu kesana? salam buat semuanya...!

    ReplyDelete
  21. Gambar yg last tu membuktikan kat negara china, klu tak suasananya mcm kat singapore pun ada hehee.. menarik travel jenjalan mcm ni :)

    ReplyDelete
  22. wahhh panjang ucapan sal. thn ni dia copy paste je. hahaha. tak apa nanti kita naik basikal pusing2 cari anak ikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa da buatkn siap2 tggl dia kopipes je nnt😆

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆