Hong Kong: China Ferry Terminal, Kowloon Park, Kowloon Mosque + Ladies Market
12:00 pm
✿...السلام عليكم✿
Kali ni, semua tempat yang kami jejaki, dirangkumkan terus dalam 1 entry. senang sikit kerja mem besar.
trip kali ni ambil gambar pun ala kadar je. tak de laa nak beria sangat pun. nak posing macam Che Ta pun kami fikir doplohpat kali. lain laa kalau HK ada salji. mungkin bergulung2 kodak habis kami kerjakan.
okey, anies please stop dan sambung balik cerita kau!
lepas check in, rehat, makan dan solat, misi kami seterusnya adalah membeli tiket feri. sebelum pergi tu, kami dah puas google jarak dan lokasi. senang cerita, kami tak nak naik apa2 pengangkutan awam. just nak jalan kaki je.
bila check, ternyata tak laa jauh mana pun China Ferry Terminal (CFT) ni... dan paling anies suka pasal HK ni, wi-fi dia (kat sesetengah lokasi) memang laju bedesup! so, berpandukan Google Map, kami pun carilah kat mana laa terminal ni...
Alhamdulillah... lebih kurang 15 minit berjalan kami pun sampai...
CHINA FERRY TERMINAL (CFT)
pada mulanya kami sangka tempat ni macam TBS. tapi once dah masuk, terkesima sekejap. biar betul ni? dah serupa macam pasar raya! tabiklah!
sengaja paksa Sal ambil gambar ni sebagai tanda kami berjaya menjejaki CFT! hahaahha...
bila nampak orang ramai, makanya memang betullah tempat yang kami tuju ni. pastu kan, ada sekuriti guard bantu kami tekankan butang lif lepas tengok kami macam tercangak2 je kat situ... hahaha
fuhhh... banyak rupanya kaunter tiket. ada 2 jenis feri yang boleh dinaiki untuk ke Macau ni. satu Turbo Jet dan satu lagi Cotai Jet. check betul2, korang nak turun kat jeti mana bila dah sampai Macau nanti.
suasana dalam terminal. macam shopping complex sebab kat situ juga ada beberapa lot kedai menjual pelbagai barangan...
Sal tolong belikan tiket. thank you Sal!
dan ini tiket kami!! tak sangka dapat tiket murah laa sikit sebab weekends. kalau tak silap, harga asalnya adalah HK$190
KOWLOON PARK (KP)
otw balik dari CFT, kami melewati KP. asalnya tak nak singgah sebab terpaksa mendaki. tapi mengenangkan kami mungkin tak kan ke situ lgi, maka, kami pun masuklah. tak ada sebarang bayaran dikenakan. kat taman ni lebih kepada tempat untuk bersantai, dating, beriadah dsb. kami tak tawaf pun keseluruhan KP ni. sekadar nak tengok2 je.
KP ni lebih kurang macam Tasik Titiwangsa / Tasik Perdana tu. tapi tak lah segah kedua2 tasik tu. rasanya, pengantin dan bakal pengantin kat HK ni banyak berphotoshoot kat sini.
tak tau laa apa motif snap gambar ni...
rehat jap... penat juga laa sebab terpaksa mendaki KP dari bawah...
terjumpa air pancut yang tinggi ni...
KOWLOON MOSQUE (KM)
masjid ni bersebelahan je dengan KP. masa kami sampai, waktu dah nak hampir maghrib. HK cepat sejam dari Malaysia. so, pukul 6 plus plus dah masuk maghrib. Sal terus masuk and solat sementara anies tunggu kat luar.
kalau nak tau lebih lanjut pasal masjid ni, korang boleh terjah blog Sal kat SINI ya!
front view KM...dari tepi jalan dah boleh nampak masjid ni...
LADIES MARKET (LM)
selesai semua urusan, kami mencongak2 nak pergi ke mana. since Octopus card belum digunakan sepenuhnya, maka kami ambil kata sepakat untuk ke Ladies Market. sebelum ke HK, anies memang dah plan nak ke sini sebab nak cari kain ela. tapi bila dah sampai, nak kata kain ela, kedai jual kain ela pun nan hado!
untuk ke LM ni, kami naik MRT yang bersebelahan KM. tak jauh mana pun. kalau tak silap, cuma berselang dua - tiga stesen je dari Kowloon Station. then kena jalan sikit (ikut signage Ladies Market) maka sampailah korang kat LM.
kat sini, lebih kurang macam uptown. macam2 barang boleh didapati termasuklah souvenir. kami pusing2 dan berkira2 nak beli apa kat situ. ada yang murah ada yang mahal. boleh tawar menawar kat sini. korang kena pandai2 laa kalau nak tawar menawar tu esp. peniaga2 yang boleh cakap BI. kalau tak, jadi macam itik ngan ayam je laa...
dari LM, kami terus balik hotel. satu badan dah beri isyarat kepenatan. tak larat lagilah nak berjalan walaupun hari masih muda hahaha... ye laa kan... awal2 pagi lagi dah bertolak ke airport. esoknya nak berjalan lagi. so, kenalah rehat. kasi recharge itu tenaga. bateri handphone kalau pakai lama2 pun boleh kong... inikan pula badan manusia hahahaha...
dalam setiap stesen MRT ada signage macam ni. senang sangat kalau nak tuju sesuatu tempat. insya Allah, pasti tak kan sesat...
rasanya ni laluan nak ke LM.. lupa daa...haha
nak yang murah? nak yang mahal? semua ada. tepuk purse tanya, ada duit ke tak tu? hahaha
barangkali masa kami sampai tu, suasana di LM tak berapa sibuk... tambah pulak, masa tu bukan weekends...
dalam MRT...masa ni otw pergi kan, Sal?
credit gambar: blogger Sal
okey, tu je laa perkongsian hari ni... thanks 4 reading...
jemput join ya kawan2!
33 Words of Lo♥e
alaaa jeles.. huhuhu
ReplyDeleteala... jgn ckp cm tu...
DeleteHồng Kong memang tempat yang pesat ,emvangun sebb dijajah oleh British sebelum diserat kembali ke China.depa punya cara hidup banyak kebaratan
ReplyDeletebetul tu cikgu tim 😊
DeleteSemua cantikk laaa
ReplyDeleteapa yg cantik tu cik tim? ;-)
DeleteSEKEJAP JE ANIES DAN SAL DH SAMPAI HK PULAK HBT TU
ReplyDeletetu laa kak. rancang punya lama pegi kejap je
Deletehaiii..lama x singgah ke sini. Wah terus berjalan dan berjalan nampaknya. Best baca.
ReplyDeletesementara masih sihat kay...
DeleteSeronoknyaa ada pengalaman tengok tempat orang. Hope dapat jejak kaki jugak dekat sana nanti.
ReplyDeleteaminnn... insya allah fatin
DeleteMeriah tengok suasana kat LM tu...
ReplyDeletekalu lewat mlm lg meriah
DeleteSeronok mama tengok anies jenjalan negara org
ReplyDeleteterima kasih😊
DeleteAlangkah indahnya kalau Hana pun join sekali! eh?? heheh ^^ nice trip sis! :)
ReplyDeleteinsya allah akn dtg hana
Deletekagum pulak dengan terminal feri dia ni.
ReplyDeletenampaknya HK ni agak sesak juga dengan manusia dari gambar anies ni
ya dhiera... pelancong plg ramai dtg ke hk pd thn lps termsk kami 😆😆
DeleteBestnya.. terminal tu nampak tak sibuk, tempatnya pun masih nampak baru.. menarik :)
ReplyDeletesbb bkn weekends tu yg krg sibuk
Deletesmpai ke HK cari kain ela.. hahaha anies2. ada ke kain kt HK tu?
ReplyDeleteada cuma x reti nak cari je...LM tu bsr x larat nk tawaf semua
Deletewaktu kat sane awal 1 jam dr malaysia same macam thailand ek..
ReplyDeleteya e'in
Deletesenangnya bisa jalan-jalan semoga bahagia selalu ya
ReplyDeleteterima kasih mbak maya
Deleteada yg murah ada yg mahal... kena pandai tawar menawar
ReplyDeleteEh...eh...g HK pulak ye. Haha
ReplyDeleteeh eh.. org tu pn... tau2 terbang lg 😊
DeleteTak sempat nak ke ladies market masa pergi dulu...arrgghhh
ReplyDeletealaa syg nyer
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆