✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Kepada blogger Faizal R, jangan risau... entry ni bukan fasal ais krim baru. ni cerita fasal adik beradik sepupu belah moyang angkat mak tiri creamy frozen yogurt special edition yang dikeluarkan sempena Hari Malaysia pada 16 September sahaja.
sebenarnya anies tak pernah makan llaollao ni. tak tahu laa kenapa walaupun kerap dengar fasal topping pistachio yang selalu je kehabisan stok kat certain kiosk.
nak jadi cerita, minggu lepas ternampak video Tara Choi kat IG fasal perisa bandung ni. bila tengok.... eh ehh... rasa macam nak try laa pula.
mungkin sebab warna pink kot? 😂😂 dah nama pun orang perempuan. bohong laa kalau kata tak suka pink.
then alang alang dah keluar beli barang Sabtu lepas, anies pun singgah kiosk llaollao. kalau ikut kata Tara Choi, hanya yang datang dengan berpakaian tradisional atau apa-apa pakaian yang ada elemen Malaysia, barulah 'layak' untuk beli frozen yogurt bandung ni.
tapi anies redah je. staf llaollao tak tengok pun. then, lepas belek belek topping yang ada, anies decide untuk beli frozen yogurt bandung size small cup.
ni laa dia llaollao bandung. untuk topping anies pilih nocilla choc and hazelnut spread. kemain panjang eh nama kau!😂 walaupun tak pernah makan llaollao sebelum ni tapi anies tahu, frozen yogurt ni ada rasa masam sikit. so untuk balance kan rasa, anies pilih coklat sebagai topping. oh ya, setiap pembelian frozen yogurt bandung korang akan dapat mini toothpick Malaysia flag🇲🇾 tag...
macam mana rasanya? sedappp... kombinasi masam dan manis coklat 'menari-nari' dalam mulut ni. rasa bandung (sirap merah & susu dari minuman brand Pokka) tak ketara sangat. kemanisan frozen yogurt banyak bergantung pada topping coklat. harga untuk small cup bandung ni (plus topping coklat) adalah RM13.90.
so, ada sesiapa sempat rasa llaollao bandung ni? oh ya, llaollao bandung ni tak ada kaitan dengan provinsi Bandung di Indonesia tu, ya!😂
p/s tekaan pada Jumaat lepas masih tiada pemenangnya lagi. so, anies 'buka penyertaan' sampai Jumaat akan datang. tapi dengan syarat, jawapan korang kena diletakkan kat entry INI ya!
okey tu je laa perkongsian untuk hari ni. thanks for reading. sambung lagi BW. lambat betul nak habis... haihh...












Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Kosovo
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam