Kaherah, Mesir: Masjid Al-Azhar
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
sebaik keluar dari Masjid Hussein, waktu dah menghampiri maghrib. jadi kami ambil keputusan untuk solat maghrib kat masjid al-Azhar yang terletak cuma seberang jalan je.
dengar macam dekat je kan? seberang jalan... hakikatnya kami tak boleh nak melintas jalan macam tu je. ada divider kat tengah-tengah. so kalau nak seberang jalan, semua orang kena lalu lorong pejalan kaki bawah tanah.
ni kunjungan kedua kami ke masjid ni selepas tahun 2014 yang lalu. seperti mana namanya, korang tentu dah maklum yang masjid ni kepunyaan/berada dalam kawasan Universiti al-Azhar. salah sebuah universiti tertua di dunia yang diasaskan oleh kerajaan Fatimiyyad sekitar tahun 970 - 973M.
cerita tentang masjid ni juga anies dah share dalam entry INI. jadi korang boleh belek-belek cerita kenapa menara masjid ni 'bercabang dua'... menara masjid lain kat Mesir tak ada yang bercabang dua tau!
dan... untuk entry hari ni, anies just share sebahagian foto yang ada.
insya allah kalau korang ikut trip anies ke Mesir tahun depan, anies akan bawa korang melawat dan solat kat masjid ni.
nak ikut ke? kalau nak, PM anies tau! limited seat!
keadaan masjid dari seberang jalan. kenderaan bertali arus. maklum sahajalah... orang baru balik kerja...
sepatutnya foto ni anies kongsikan kat entry El-Hussein Bazaar (boleh baca kat SINI). ni adalah pintu masuk ke El-Hussein Bazaar dari sebelah jalan (Universiti al-Azhar).
inilah masjidnya. sesiapa yang masuk, pasti akan jumpa dataran luas... ramai yang melepaskan lelah kat sini termasuklah kami... tambah pula lantainya sejuk... nampak tak menara bercabang dua tu? unik, kan?
minta mama tolong ambilkan foto ni... tak lama tu, azan maghrib pun berkumandang...
koridor di luar masjid menghadap dataran... ramai yang duduk di sini sementara menunggu azan maghrib...
salah satu pintu masuk yang ada. pada 2014 kami masuk dari pintu sebelah belakang. kali ni kami masuk dari pintu menghadap jalan raya... masa kami sampai, ada sebuah kuliah sedang berlangsung. ia tradisi biasa kat masjid ni. terbuka kepada orang ramai. as long as you understand arabic, then you can join the kuliah😁 free of charge. kuliah ni disampaikan oleh ulama' atau pensyarah Universiti al-Azhar itu sendiri. tokoh-tokoh agama tempatan pun ada buat kuliah kat sini...
foto ni anies snap selepas kami keluar dari masjid. ternampak perkataan M. Salah. peminat LiverpoolFC confirm kenal laa siapa M. Salah ni😁
OTW balik ke homestay driver bawa kami jalan-jalan sekitar Kaherah. antara kawasan yang kami lalui adalah Dataran Tahrir. kalau sebut fasal kejadian Arab Spring yang berlaku di Mesir beberapa tahun lepas, mesti korang tahu fasal Dataran Tahrir ni... sorry naa... foto blur...
masa ni van sedang menyeberangi sungai Nil. nak snap foto sungai Nil di waktu malam, tak nampak... so ni je yang laa ada. tapi kalau korang nak tengok suasana malam sungai Nil, jemput baca perkongsian anies kat SINI.
okey laa... tu je perkongsian untuk hari ni. cerita jalan-jalan Mesir ni dah hampir ke penghujung daa...
lepas ni agak-agak korang, negara mana yang anies jejaki? siapa jawab dengan betul dan terpantas, anies bagi hadiah. hari isnin depan anies umumkan pemenangnya.
that's all. daaa....
p/s sambung BW...💪
26 Words of Lo♥e
Oooo... sudah hampir penghujung kembara ye. Tak apa, nanti kita ulang balik dari pangkal jalan.
ReplyDeletePintu masuk seperti benteng , nampak menara kembar sepintas seperti yg ada di Masjidil Haram,tapi koridornya berbeda
ReplyDeletemungkin ambil inspirasi daripada masjidil haram
Deletecantiknya masjid al azhar...nak travel ke manalah tu ke tanah suci Mekah berumrah agaknya
ReplyDeleteOooo... Situ ke tempat Arab Spring tu?
ReplyDeleteBoa noite de quinta-feira. Obrigado pela visita e comentário.
ReplyDeleteMasyaallah, perjalanan Kak Anies selalu mengagumkan. Bersyukur banget kalai bisa sampai sana.
ReplyDeleteMasjidnya besar dan pelatarannya juga sangat luas. Bener² bisa untuk menghempas rasa lelah ya ♥️
Es un lugar muy lindo. Te mando un beso.
ReplyDeleteKalau saya belum beli tiket untuk trip THN depan, mungkin tertarik juga ikut trip kak Anies ke Mesir. Tapi tahun depan dah terbeli pula tiket ke negara-negara Kaukasus 😅
ReplyDeleteNanti nak baca menara yg cabang dua tu. Unik juga yaa. Harusnya anak asuh saya yang tengah studi di Mesir juga tahu tentang mesjid ini. dia pun belajar di Al Azhar.
jom laa ikut sama... boleh jumpa anak saudara kan yg belajar kat sana?
DeleteEh next trip Kaka nak ke nz yaaa 😄??? Saja tebak... 😁
ReplyDeleteteeettt salahhhh🤭
DeleteUnik menara bercabang.
ReplyDeleteBesar juga Masjid Al-Azhar.
Agaknya lepas ini Anies pergi Australia pula.
sangaaaattt besarrrr sangaaaattt luassss.... kami masuk suku kaw je ni
Deletetetttttt salahhhh cuba lg🤭
Oh very wonderful photos darling
ReplyDeleteMoga diizinkan ke sana Insya Allah. Thanks kongsi cerita.
ReplyDeleteLuas kawasan masjidnya.
ReplyDeleteAgaknya, Anies pergi Indonesia kot.
tempat yang paling best untuk dikunjungi tentulah masjid
ReplyDeleteoo..ini tekaannya..hehe
ReplyDeletemmg uniklah menara yg ada 2 kubah tu.. cantik dan luas sgt masjid ni
ReplyDeleteThailand? Langsung tidak ilham.
ReplyDeleteHehe boleh teka lebih daripada 1 tidak?
Tetiba terlintas di fikiran pasal Korea Selatan.
ReplyDeleteWah.. unik betul menaranya bercabang dua tu..
ReplyDeleteTekaan Sha, mungkinkah Anies akan ke Turkiye?
Cantiknya sunset. Btw, orang awam boleh ke masuk lawat2 universiti al-azhar tu? Haha dulu2 selalu baca novel cinta islamik, banyak cerita pasal al-azhar tu :p teringin nak pegi sana
ReplyDeleteJepun kot? Sebab jepun unik hehe
ReplyDeleteteringin jugak nk bwk si Harraz tp tak rasa dia akan behave.. hmm so kena tunggu besar dan besar lg.
ReplyDeletecantik view masjid2 di arab dia punya vibes tu lain
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆