Kenali inflasi
11:55 am✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Peningkatan harga beras pada akhir-akhir ni amat membimbangkan kerana, seperti yang ramai sedia maklum, beras (nasi) merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. hampir setiap hari kita makan nasi dan pastinya kenaikan harga beras ni sedikit sebanyak akan mengganggu perbelanjaan isi rumah terutama mereka yang berpendapatan rendah.
apabila perkara ini berlaku ia secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan inflasi.
apa itu inflasi?
inflasi merujuk kepada situasi di mana harga barang-barang dan perkhidmatan meningkat sepanjang masa.
contohnya, pada tahun lepas harga sebuku roti adalah RM2.50 tetapi sekarang harganya RM3.
inilah tanda inflasi dan ia bermaksud, (wang) anda tak dapat lagi membeli sebanyak yang anda beli seperti sebelum ini.
mengapa inflasi berlaku?
Ia berlaku kerana pelbagai sebab, antaranya:
1. permintaan tinggi
2. peningkatan kos pengeluaran
3. pertumbuhan ekonomi yang baik
4. pertukaran mata wang yang tak stabil
apa kerajaan boleh lakukan?
kerajaan ada pelbagai cara untuk uruskan inflasi:
bank pusat - bank pusat seperti Bank Negara Malaysia boleh mengubah kadar faedah. kadar faedah yang lebih tinggi boleh menggalakkan orang ramai menyimpan wang dan mengurangkan perbelanjaan sedia ada sekaligus dapat membantu mengawal inflasi.
pengawalan harga - kerajaan boleh mengawal harga tertentu seperti harga minyak atau bahan mentah untuk membantu mengekang peningkatan harga yang mendadak.
kawalan mata wang - dengan mengawal nilai mata wang, ia juga dapat mengelakkan harga barang import meningkat secara tiba-tiba yang mana ia turut menyumbang kepada inflasi.
dasar fiskal - mengetatkan dasar fiskal yang melibatkan cukai dan perbelanjaan negara juga noleh memberi kesan terhadap inflasi.
pendidikan & kesedaran - kerajaan juga boleh memberi pendidikan dan kesedaran kepada orang ramai tentang cara mengurus kewangan untuk mengelakkan inflasi merosakkan kuasa beli mereka.
jadi secara ringkas, inflasi merupakan peningkatan harga barang dan perkhidmatan yang berlaku secara berterusan. ia boleh disebabkan pelbagai faktor dan kerajaan boleh menggunakan 'peralatan ekonomi' untuk mengawal inflasi agar ia tidak membahayakan ekonomi dan kehidupan kita.
kredit dan diubahsuai daripada: Telegram Market Demon (TRADERS)
dessert & pastri turut mengalami peningkatan harga mendadak dalam tahun ni...
barang atau perkhidmatan apa yang korang rasa, perubahan harganya sangat mendadak sejak kebelakangan ni?
jom share!
19 Words of Lo♥e
Akhir2 ini banyak barangan keperluan harian yang naik harga
ReplyDeleteKemarin saya beli telur perkilo seharga 28-30 ribu rupiah, beras biasanya saya beli di minimarket,itupun lumayan tinggi, untuk ukuran 10 kg, ada yg sekitar 160 ribu,jadi mengakalinya ya di kurangi belanja"yg gak mendesak,maklum ibu"pusing mengatur uang belanja bulanan😀
ReplyDeletesmua benda skarang naik...bertabah la kan tp dessert fav ku
ReplyDeleteuntuk pertumbuhan ekonomi kita perlukan inflasi tapi tidaklah terlalu tinggi..apa2 pun rakyat kena bersedia sebab semuanya diluar kawalan kita
ReplyDeleteTiket pesawat🤣🤣. Sejak pandemi wassalam dah harganya hahahaha.
ReplyDeleteKalo barang keperluan rumah, jujur saya tak seberapa tahu apa kenaikannya pesat atau tak. Soalnya dulu saya pakai asisten pribadi kak, jadi yg belanja ke pasar dia. Saya hanya kasih uang.
Tapi sejak dia resign awal tahun kemarin, saya ambil alih utk belanja keperluan rumah atau bahan makanan. So far saya rasa masih oke laah harganya, tak mahal sangat. Tapi saya tak tahu apa sebelumnya lebih murah jauh atau tak 😅.
Jadi selama masih masuk budget saya, saya anggab tak terlalu naik 😁
Oldukça güzel bir tatlı:)
ReplyDeleteHarga barang akan sentiasa naik selagi ada permintaan tinggi. Pernah terbaca satu teori pakar ekonomi - nak turunkan harga beras, kurangkan subsidi rawatan perubatan di Malaysia. Sebabnya rakyat Malaysia ramai yg makan nasi berlebihan smp kena diabetes, kolesterol, darah tinggi, gaot dan penyakit jantung. Bila rawatan perubatan mahal, rakyat terpaksa jaga pemakanan supaya tak jatuh sakit dan lambat-laun harga beras akan turun. Tapi ada berani nak buat? Silap2 belum smp 5 tahun dah kena ganti kerajaan baru 😅
ReplyDeleteye kan. makin membimbangkan. tapi tu la. tgk rakyat mesia ni selambar je berbelanja. cam tak de hal pun. ehhh.. kita ni bila la nak datinggggg. dekat 1 dekad dah ni. hehehee
ReplyDeleteterpaksa tabah hati untuk menghadapi ujian inflasi ini
ReplyDeleteBarang memang semua naik... kalau dulu RM50 boleh beli macam-macam.
ReplyDeleteTapi sekarang RM50 boleh beli satu dua je barang penting. Takut betul Cuya.
Kalau belanja utk brg rumah..paling2 perlu RM300-400... Nak2 keluarga yang besar
Rico postre , te mando un beso.
ReplyDeleteskit lagi kna puasa kita anies..barang smua naik harga..huuhu
ReplyDeletekesian tengok peniaga kecil mcm yg jual nasi lemak.. sgt terkesan T__T
ReplyDeleteHarga barang keperluan asas terutama bahan makanan memang nampak sangat naiknya. Dari bawang, sayur sampailah ke telur. Kenalah rajin buat senarai barang yang hendak dibeli sebelum keluar berbelanja.
ReplyDeleteHarga barang dan kebutuhan pokok memang meningkat belakangan ini. Sedangkan perekonomian cukup menurun.
ReplyDeleteBersyukurnya di rumah mertua padinya hasil panen sendiri jadi sedikit terbantu ketimbang membeli yang harganya sekarang meningkat 🥲
menjulang dah inflasi kat malaysia skrg, semua brg dah naik huhu
ReplyDeleteTerlalu banyak sampai dah tak boleh nak fikir da.. Nak tak nak memang hadap je.. huhuhu
ReplyDeleteNilai ringgit Malaysia lumayan tinggi dibanding IDR. Terlepas seberapa besarnya inflasi.
ReplyDeletenk tak nak kena hadap jugak lah.. lg pun nk makan apa lg. selain kurangkan makan di luar
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆