Target

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

Soo-hyun baru pindah masuk rumah baru. suatu hari tak semena-mena mesin basuhnya rosak. dia menceritakan hal tersebut kepada rakan sekerjanya, Dal-ja. mendengar masalah Soo-hyun, Dal-ja mencadangkan rakannya agar membeli barangan terpakai di website e-commerce memandangkan harganya lebih murah.

Soo-hyun tertarik dengan cadangan itu dan bila pulang ke rumah, dia mula mencari laman web e-commerce yang menawarkan mesin basuh murah.

ketika memasang mesin baru oleh staf penghantaran, Soo-hyun terkejut bila mendapati mesin baru itu juga rosak! bengang dengan hal itu, pada malam tersebut dia mencari penjual mesin basuh namun akaun jualannya telah dipadam.

Soo-hyun tak berpuas hati. dia berusaha mencari sampai dapat. akhirnya usaha itu membuahkan hasil. rupanya si penjual menggunakan pelbagai (nama) akaun namun 'Reason For Sold' tak berubah. dari situlah Soo-hyun tahu, akaun itu milik penjual yang sama.

Soo-hyun meninggalkan komen agar pembeli lain berhati-hati dengan penjual tersebut. sejurus selepas itu, dia menerima satu mesej arahan agar komen tersebut dipadamkan. tapi Soo-hyun enggan. dia tidak mahu pembeli lain turut tertipu.

bila tiada lagi mesej daripada penjual, Soo-hyun sangka segalanya sudah selesai. sangkaan itu meleset. satu demi satu perkara tak diingini menimpanya. paling menakutkan, nyawanya hampir terkorban.

berjayakah Soo-hyun mencari dalangnya? bagaimana dia dapat menyelesaikan masalah scammer ini? 

2 keping pass preview screening daripada Kimchi Daily.


review:

pertama sekali anies nak ucapkan terima kasih kepada pihak Kimchi Daily atas dua keping tiket tayangan perdana Target ini. dah lama betul tak join aktiviti sebegini. sebelum PKP dulu, followers lama blog ni tentu dah maklum akan aktiviti anies nan satu ni saban minggu.

komen tentang filem dari Korea Selatan ni? fuhhh... sangat mendebarkan! dari mula sampai akhir, ada sahaja kejutan dihidangkan kepada penonton.

apa yang membuatkan anies berdebar adalah, 'jalan penyelesaian' yang diambil Soo-hyun setiap kali berhadapan dengan masalah.

masalah dengan scammer ni bukan setakat dia tipu duit je. tapi kes Soo-hyun, scammer ni sampai datang ke rumah! siapa tak seram? kena pula si Soo-hyun ni seorang yang tak mudah curiga kat orang lain pada awalnya. bila dah macam-macam terjadi barulah dia 'belajar nak alert'. haihh...

overall, filem ni memang berbaloi untuk ditonton. berdurasi selama 1 jam 45 min, anies pasti korang mesti tak tidur dengan 'rancangan' yang diatur scammer untuk Soo-hyun.

daripada ⭐⭐⭐⭐⭐ anies bagi ⭐⭐⭐⭐ untuk filem ini.

p/s anies lewat BW ya...🙏🙏

selamat menonton!

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

20 Words of Lo♥e

  1. Serem juga ya kalo sampai kena teror gitu,padahal selaku pembeli wajar donk komplen kalau barang rusak tak sesuai, ujung"nya menipu dan mengancam, banyak kejadian seperti ini ,menipu pembeli,tapi kalau sampai ancaman pembunuhan ?..intinya sebagai konsumen harus hati"yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada scammer yang ekstrem mmg tak mustahil akan buat seperti ni semata mata mahu dielak drpd ditangkap

      Delete
  2. Boa quarta-feira e com muita paz e saúde minha querida amiga.

    ReplyDelete
  3. Gracias por la reseña. Lo tendré en cuenta. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  4. Sialan. Mesin cuci rusak, diganti dengan yang rusak.

    ReplyDelete
  5. teringat saya dengan mesin basuh di rumah...sekarang ada masalah dan belum sempat lagi nak hantar ke kedai

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nk beli baru (online) hati2 dgn scammer😀

      Delete
  6. Aiisshhh pemainnya fav saya niiih 😍😍😍. Semogalah cepat masuk Netflix yaa movie nih. Hahahaha saya kadang malas nak ke bioskop kak. Dah ada Netflix, viu, lebih suka di nonton di rumah 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe masalah orang sekarang. segalanya tunggu netflix😁😁

      Delete
  7. Fuhhh... dahsyat betul scammer kat sana ye. Nak tunggu cerita ni keluar kat Netflix la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenis yg nk elak msk penjara... sanggup buat apa sahaja...

      Delete
  8. lama tak tengok wayang........harap bulan ni dapat lh pergi

    ReplyDelete
  9. Lain macam perangai scammernya.. syok nie kalau dapat tonton..

    ReplyDelete
  10. menarik lah jalan cerita mcm ni pelakon tu mama suka

    ReplyDelete
  11. Saya sama macam Fanny dan Carneyz, tunggu cerita ni keluar di Netflix. :D

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆