Apply kad konsesi My50 Rapid KL
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Akhirnya... anies menyahut cabaran Go Green yang mana lepas ni, no more car. only public transport!
eceh! sahut cabaran konon... 😁😁 sebenarnya tak ada kaitan pun dengan mana-mana cabaran Go Green.
apply kad konsesi ni pun sebab ia dah jadi keutamaan sekarang. sebelum ni memang jarang naik public transport. jadi, keperluan untuk buat kad ni, tak seberapa sangat.
BTW sekarang nak buat/apply kad ni dah mudah. korang pergi je mana-mana stesen LRT/MRT dan serahkan kad pengenalan (IC).
kalau korang pernah guna IC sebagai medium pembayaran (TnG, etc.), then ada baki dalam kad, korang cuma perlu bayar RM50 je. kalau tak pernah guna, korang kena bayar RM60. RM10 tu adalah deposit.
lepas tu inform kat pegawai, bila korang start nak guna kad ni sebab diorang akan activate kad pada hari yang korang akan guna.
ada 3 options pembayaran: kad debit, QR code atau cash. then simpan resit untuk reference ketika korang top up untuk bulan berikutnya.
menurut pegawai tu, seeloknya top up 3 - 4 hari sebelum expired. contoh, kad anies expired 10 October. so anies kena top up RM50 pada 6 atau 7 October.
bila dah ada kad ni, maka boleh laa korang naik semua pengangkutan awam kat KL ni (kecuali Komuter, ERL dan teksi) sampai lebam selama sebulan dengan harga cuma RM50 sahaja. jimat giler, beb! giler pun tak jimat macam ni.
yang warna putih berlipat tu resit pembelian. kena simpan. nanti senang nak top up bulan depan. IC kat belakang tu, kena cover dengan kad lain. bahaya ooo kalau privasi terdedah... then anies guna card holder plastik je. lanyard tu pun pemberian orang. pakai je laa walaupun tu lanyard untuk budak-budak (Smiggle punya)😁😁
kad konsesi ni hanya untuk warganegara Malaysia sahaja. ia tak boleh dipindah milik. sebab tu kad ni guna IC. sebelum ni ia ada kad khas tapi ramai yang menyalahgunakannnya. so bila dah guna IC ni, haa... pandai-pandailah jaga ya. privasi pun kena lindung juga esp yang pakai lanyard 24 jam tu...
so siapa kat sini guna kad konsesi ni? acu angkat disket🙋?
okey tu jelah perkongsian untuk hari ni. thanks for reading. BW masih tak selesai lagi. haihh...
14 Words of Lo♥e
Muda dan berbaloi.. Cuma kena jaga elok2 jela..
ReplyDeletewah..bagusnya kad ni.LM tak tau dan semestinya tak pernah guna.duk dendiam kat seri kembangan ni memang tak reti nak guna semua tu.
ReplyDeleteSaya kemana"seringnya pakai transportasi publik,jarang pake kendaraan pribadi, tapi lebih nyaman/seringnya pakai motor,/ojek ,karena cepat sampai, kalau kereta api atau MRT , di Lampung gak ada😀
ReplyDeletepengguna lrt/mrt mmg jimat la ada kad ni sbb mmg kegunaan pegi balik keje...kita kdg2 je naik lrt
ReplyDeleteGreetings from Turkiye...
ReplyDeletePuas hati RM50 guna sebulan
ReplyDeleteya wak. mmg puas hati dpt jimat mcm ni
DeleteMucha suerte con la tarjeta. Te mando un beso.
ReplyDeleteWaaah muraaah. Kalo memang pengguna public transport hari2 pastilah jimat 👍. Berharap di jakarta ada kartu pass seperti ini, jadi Orang2 mau naik MRT atau other public transport.
ReplyDeleteKalau hari2 turun kerja naik public transport mmg berbaloi pakai kad konsesi my50 ni.
ReplyDeleteSaya pakai tng je sbb tak hari2 naik public transport 😄 go green naik motor je jemput/hantar anak sekolah. Sekali isi minyak RM6 tahan ulang-alik sekolah anak2 smp 2 minggu sbb jarak kurang 5km 🤭
Bestnya banyak public transport. Kat Melaka tkde benda2 gini
ReplyDeleteKalau tk dh syok Cuya naik public je gi mana2..
Macam-macam cabaran perlu disambut untuk memastikan kelestarian alam sekitar.
ReplyDeletebagus ni senang nak guna
ReplyDeletemudah lah lepas ni nak ke mana2.. jimat minyak hehee
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆