Top 5 for August 2023
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Dua hari 'tak bersiaran'... bukan malas, bukan merajuk, bukan patah hati...
tapi lebih kepada menyelesaikan hal-hal kehidupan yang tak reti reti nak habis tu... haihh...
selain tu, hal kesihatan pun terpaut juga. dalam seminggu anies jatuh demam sampai 3 kali!
bila teringat fasal Influenza A, hati siapa tak bimbang oii!!! tapi syukur... tiada kaitan pun dengan Influenza A.
selain demam, 'datang sekali pakej' diarrhea dan batuk. Allahu... rasa macam hilang separuh nyawa bila kena serentak. tapi bila fikir, sakit ni penghapus dosa, jadi anies terima jelah dengan terbuka. lagipun, bila fikir balik, berjuta-juta orang kat luar sana lagi teruk ujiannya. kita yang baru kena sikit ni, takkan nak merungut pula, kan?
well... harap-harapnya lepas ni segalanya kembali seperti biasa. Insya-Allah.
hmm... agak lewat kali ni untuk anies kongsikan top 5 list bagi bulan lepas. tak apa. tak ada apa-apa yang nak dikejarkan pun.
apa-apapun...
terima kasih tak terhingga kepada korang semua... sama ada nama korang ada dalam list atau tidak, anies tetap nak ucapkan terima kasih. lebih seminggu tak BW. Insya Alah lepas ni ada masa sikit, anies BW ke teratak korang ya... slowly but surely.
untuk top 5 bulan lepas, nampaknya kita ada 'orang baru' masuk dalam 'carta'! hah, siapa yang bertuah tu? jom tengok siapa gerangannya!
nama blogger dari negara jiran kita ni, sekali lagi naik 'carta' dan terus 'menempah' tempat pertama! wow weee.... tahniah fanny! nampaknya bulan lepas fanny memang rajin jalan-jalan ke 'rumah' kawan-kawan.
anies je yang tak singgah-singgah lagi 'rumah' fanny... haihh... masa oh, masa! di mana kau berada? apa-apa pun terima kasih banyak-banyak fanny kerana rajinnnn sangat tinggalkan jejak kat blog ni.
ada kawan-kawan lain yang belum berkenalan dengan fanny? kalau belum, cepat-cepat follow tau!
haa... ni sorang lagi yang tengah rajin 'menyerang' dan 'mengebom' blog orang... siapa lagi kalau bukan mak si Harraz ni!
apa-apa pun tahniah dan terima kasih nina sebab masih sudi singgah sini dan meninggalkan jejak-jejak kasih. tak tahu dah nak cakap apa lagi hahaha...
dan seperti biasa anies akan 'menghasut' mana-mana yang tak follow blog nina, cepat! pergi follow! jangan tengok je! 😂😂
terharu bukan sebab jauh je tapi sebab perbezaan bahasa pun, JP still hadir beri sokongan. terima kasih google translate😁
kepada korang yang nak berkenalan dengan 'orang jauh' ni, jangan lupa follow blog JP ya!
haaa ni laaa dia 'orang baru' yang masuk carta top 5 bulan lepas tu... kenal tak gerangannya ini? actually anies baru je kenal dengan blogger ezna ni. dalam bulan 7 kot?
well, apa yang blogger ezna share kat blog dia? mostly activity nya dengan family. pergi makan, pergi jalanm jalan, pergi shopping etc. sesuai laa dengan tagline blog dia: food, travel & lifestyle...
so di kesempatan ni anies nak ajak korang follow blog ezna ni ya... haaa jangan cakap anies tak payung pulak...
last but not least... nama blogger yang memang dah tak asing lagi kat blog anies ni... selalu jugalah masuk carta top 5. siapa lagi kalau bukan blogger dari negara jiran kita ni...
mreneyoo dengan fanny... dua kali lima je diorang ni. suka jalan jalan ke 'teratak' kawan-kawan blogger... so dari situ kita boleh nampak mereka berdua ni memang peramah orangnya...
apa-apa pun terima kasih mreneyoo sebab sudi singgah sini... dan kepada yang nak follow mreneyoo, klik je link kat atas tu ya!
well... tu je laa perkongsian untuk hari ni... sambil buat kerja ni, anies singgah laa mana-mana teratak yang sempat... kalau tak sempat hari ni, esok anies singgah lagi... banyak tu hutang BW nak bayar. haihh...
terima kasih atas sokongan korang!
21 Words of Lo♥e
Waaa... tahniah semuanya yg tersenarai... ada yg sy tak kenal lgi...
ReplyDelete3 dah follow, 2 lagi belum follow.
ReplyDeleteTerbaik semua
ReplyDeleteKak aniiiies, akhirnya muncul lagi. Tiap hari singgah sini, tapi tak ada postingan baru. Kalo lewat Ampe seminggu tak ada, confirm nak WA, Kaka sakit atau apa 😅. Terjawab sekarang. Sakit + busy 🤧.
ReplyDeleteCepat baik kayak semula kaaaak 🤗. Saya bulan lalu dan bulan ini memang sedang detoks IG dan FB. Jadi bisalah fokus sangat ke blog 🤣🤣🤣. Makanya baca blog teman2 tiap hari 😂
congrats tuk semua!!!
ReplyDeleteget well soon anies..dah ok ke belum tu?nama saya dah tak nampak bayang dalam list ni hehe
ReplyDeletesemoga kesihatan terjaga selalu dan banyakkan berehat..sakit itu peluang untuk badan berehat
ReplyDeleteGreetings from Turkiye, Anie...
ReplyDeletePatut la blog anies senyap sunyi je 2 hari ni. Get well soon ye!
ReplyDeleteMakasiii ..makasiii
ReplyDeletekak ezna tu ratu comper tau.. pernah menang kereta
ReplyDeleteTahniah top 5 august!
ReplyDeleteAlahai, tuan rumah jatuh sakit rupanya. Moga kembali sembuh sepenuhnya seperti sedia kala.
Semoga cepat sembuhnya
ReplyDeleteTahniah kepada blogger2 yang tersenarai
Hi hi....Fanny tu pun baru je start komen-komen kat blog. Tq Fanny, Tq Anies juga.
ReplyDeleteEspero que las cosas mejoren y siempre es un placer pasar por tu blog. Te mando un beso.
ReplyDeleteRabia pun baru baik demam awak.
ReplyDeleteGet well soon
Nnti free singgah blog sy
Tahniah..
ReplyDeleteWah!! Ohsem.. Tahniah padayang tersenarai..
ReplyDeletetahniah semua yg tersenarai, musim org sakit skr take care anies
ReplyDeleteYg Ecuador tu hahah jauh betul kalau nak pi
ReplyDeletetahniah buat muka2 yg rajin bom ke blog ni. I is terharu
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆