Vacuum insulated tumbler by Tyeso®

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Rasanya macam satu trend laa pula dalam tahun 2024 ni bila mana ramai 'pakat pakat' beli tumbler then share itu ini (fasal tumbler pilihan) kat socmed.

jujur cakap, anies tak ikut trend pun. alkisah 2 minggu lepas... buka Tik Tok, then video dari Tyeso official 'muncul' kat fyp. tanpa berlengah anies terus klik 'beg kuning' sebab (masa tu) just nak tahu harga sebenar tumbler ni. 


ni untuk isipadu 600ml sahaja...


tak semena-mena, muncul 'paparan' harga diskaun yang ditawarkan Tyeso. lepas klik warna pilihan, kuantiti dan claim baucer (first time beli kat Tik Tok), anies tekezut tengok harganya! RM7.50 + free delivery! biar betul, mat?!! awat murah sangat ni?!!

memang tak fikir untuk sekian kalinya. terus check out! tapi anies sengaja guna COD sebab nak tahu 'kesahihannya' (dalam kata lain, nak elak scammer)

selang setengah jam lepas tu, anies try sekali lagi. tapi harga RM7.50 + free delivery tu dah tak ada lagi. menyesallah pula pilih kuantiti 1 je tadi. kalau beli 4 tumbler, baru RM30. dah hampir sama dengan harga asal tumbler ni.

selang 4 hari kemudian, 'mendaratlah' tumbler ni kat rumah. hehe... senangnya dalam hati! tak sangka laa pula boleh 'tersangkut' dengan trend pakai tumbler ni😂

anies tak tunggu lama. esoknya tu terus 'rasmikan' and bawa bekal air green tea panas ke office. Alhamdulillah...

selang beberapa hari try isi air sejuk + ais sebab nak test berapa lama tahannya. lepas lebih 12 jam, ais memang sah sah tak ada lagi tapi air masih kekal sejuk. tapi tak laa sesejuk macam baru keluar dari peti ais tu.

untuk air panas anies tak test lagi. so far... bawa bekal air panas, tapi jam 10AM air dah habis. hmm sejenis yang pagi pagi wajib minum air panas. barulah 💪💪 nak kerja😂😂


didatangkan sekali dengan span pencuci dan 'nota panduan' penggunaan.


ada yang kata, kalau nak tahu tumbler Tyeso ni ori atau tak, nanti halakan lampu suluh  LED ke mana-mana bahagian tumbler. then korang akan nampak logo Tyeso 'tersembunyi di sebalik tumbler'. anies tak try lagi. mana laa pula nak cari lampu suluh LED tu nyahhh....

BTW, korang pakai brand Tyeso juga ke? atau pakai brand Montigo? hmm mungkin brand Stanley?

jom share!👇

p/s tak dapat nak BW buat masa ni. mungkin weekend nanti🙏🙏

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

20 Words of Lo♥e

  1. Saya pakai botol air sebab kalau nak air sejuk pegi je ke dapur hihi. Hubby pulak pakai tumbler free dapat dari developer masa beli rumah dulu 😄.

    ReplyDelete
  2. MA pun ada tyso...1st dpt hadiah, pastu beli kan utk Ian & Iris jugak. Memang tahan la sejuk tu..panas jarang sgt.. sbb selalu guna utk sejuk je..

    ReplyDelete
  3. akak dah berapa kali beli untuk DakPia asyik hilang je kt asrama tu..tak sampai hati dengar dia menangis nanti kang order lagi..huwaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hishh hilang ke... ada yg curi tu? geram laa pulakk

      Delete
  4. ammi tak pakai, tapi utk anak-anak ammi belikan tyeso. mulanya utk kyra ammi belikan tumbler thermos brand keluaran swiss thomas tp hmmmm tak tahan langsung sejuknya. isi air sejuk pagi ke sekolah, by pukul 10 air dah suam mcm biasa. so dia pun sekarang bertukar pada tyeso juga macam adik-adiknya. adik2 size 900ml...sampai ke kyra 1200ml terus. besar gedabak

    ReplyDelete
  5. mudah nk bawa bekal air sejuk r panas ke mana2

    ReplyDelete
  6. Siap dtg dgn panduan penggunaan.. bukan calang2 tumbler ni... Nanti klaau dah suluh lampu kalau ada logo tu update la.. excited nak tahu hahaha...

    ReplyDelete
  7. Saya pun ada 3 tumbler.. tapi bukan beli.. 2 tunbler dpt masa dua mesyuarat berlainan.. satu lgi dpt masa jadi perwakilan.. so ada la 3 tumbler yg jarang2 pakai ni :D

    ReplyDelete
  8. Antara jenama yang dipercayai ni.

    ReplyDelete
  9. Sayangnya gak pakai brand tiga"nya tuh😁

    ReplyDelete
  10. Parece un genial vaso. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  11. Anak buah saya dah beli lepastu jarang pakai Tyeso ni....pastu bersusun dekat rak 2/3 tumbler..awal-awal ja gigih dia pakai.Pastu suruh saya pakai..

    ReplyDelete
  12. Wah, berbaloi-baloi! Saya ada tyeso dan beberapa tumbler lain-lain jenama. Sekarang tengah berkenan tengok montigo pula 😊

    ReplyDelete
  13. Waktu itu di sini sempet hype sangaaaat brand tumbler corkcicle yg dari US. Dan belinya dulu susah Krn harus PO. Pas saya ke US banyaaaak teman yg nitip beli corkcicle . Tp di US pun dia tak sembarang jual melainkan harus dari websitenya. Kelebihannya sama bisa tahan panas dan dingin hingga belasan jam. Saya waktu itu taro es batu, sampai 15 jam msh ada es batu nya 🤣.

    Nasib baik akhirnya JKT ada jual , makanya saya langsung beli utk kasih souvenirs ke beberapa teman.

    Tyso ini ntahlah ada atau tak di JKT. Soalnya di sini masih lebih suka pakai corkcicle dan Stanley

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆