Osaka→Kyoto, Jepun: Stesen Shin-Osaka, Hikari Shinkansen, Stesen Kyoto, Rapid 221 Series dan Stesen Saga-Arashiyama

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

hari seterusnya @ Jepun... kami ke Kyoto! sebut fasal Kyoto, rasanya ramai dah tahu kot tarikan yang ada kat sini. apa lagi kalau bukan hutan buluh tu kan... tapi yang tu anies cerita minggu depan laa ya! 

untuk hari ni, anies nak share cara paling senang nak ke Kyoto dari Osaka TERUTAMANYA untuk mereka yang ada JR Pass. dengan JR Pass ni, walaupun mahal tapi ia tersangatlah memudahkan kerja. trust me!

kalau tak ada JR Pass, korang boleh je naik train biasa, bas dan juga teksi. jarak antara Osaka - Kyoto ni cuma 56KM je. 

STESEN SHIN-OSAKA & HIKARI SHINKANSEN

dari sini ke stesen Kyoto cuma ambil masa 13 minit je. ya, tersangatlah dekat kalau korang pilih untuk naik Shinkansen.

kami naik Hikari Shinkansen dan rasanya... kerusi pun tak sempat panas lagi, kami dah pun sampai kat stesen Kyoto. laju betul!

kalau tak ada JR Pass, harga tambang sehala naik Shinkansen ni antara RM70-RM120.


Hikari Shinkansen dah sampai...

selfie sat sebelum naik...

disebabkan perjalanan ni sekejap, jadi kami masuk je mana-mana gerabak yang non-reserved seat. 

pintu antara gerabak... 

suasana dalam gerabak... masih ada seat kosong yang boleh dipenuhkan...

STESEN KYOTO

here we come!


bila sampai, kami dapati kat sini sama sibuknya macam kat stesen Shin-Osaka. pening pun ya bila ada macam-macam exit. tapi korang jangan risau. setiap exit ada signage bertulisan Roman. yang pasti korang kena tahu... destinasi yang korang nak tuju tu... berada kat line mana.

macam kami, nak ke stesen Saga-Arashiyama. stesen ni terletak dalam San-in Line. dan train (yang beroperasi dalam San-in Line) ni akan berhenti kat platform nombor 33.




suasana 👆👇 @ platform Shinkansen...



bila dah masuk dalam bangunan (stesen)...

cuci mata sekejap sambil layan kereta api yang singgah kat stesen ni...

dah penat berjalan barulah jumpa gate keluar dari platform Shinkansen. seterusnya kami nak cari platform 33.

dah jumpa platform 33! jom turun!

punyalah jauh nak tiba platform 33 ni. kalau tak hati-hati memang boleh sesat dalam stesen Kyoto ni. besar yakmat!


eh ehh... macam mana anies tahu? sebab dah buat itinerary laa😂 masa buat tu memang pening nak faham. tapi bila dah tiba sini dan nampak depan mata (signage yang tertera), tu yang buat anies senyum lebar.

sebaik tiba kat platform 33, tak lama kemudian train pun sampai. kekerapan train ni antara 16-20 minit. so, rezeki kami... tak payah tunggu lama.


sebelum masuk platform...

RAPID 221 Series

ni laa train yang akan bawa kami ke Arashiyama...

jom naik!

suasana dalam train. tak dapat seat. penuh sampai ke sudah! lenguh beb kena berdiri 16 minit!


train yang kami naik ni, stesen terakhirnya terletak di Kameoka. stesen Saga-Arashiyama pula berada di stesen ketujuh dan perjalanan ni mengambil masa kira-kira 16 minit dengan 7 kali berhenti (stesen).

since train ni di bawah kelolaan JR West, jadi bagi JR Pass holder boleh naik train ni tanpa sebarang charge.

satu nasihat yang boleh anies share kat sini. kalau korang pilih untuk naik train Rapid 221 Series ni, make sure korang beratur kat depan siap-siap masa kat platform. bila pintu buka je, terus cari kerusi kosong.

train ni kebanyakan pelancong yang naik. kalau pergi musim autumn macam kami, memang payah nak dapat seat. 

STESEN SAGA-ARASHIYAMA



short video. dah sampai @ stesen Saga-Arashiyama!👆👇




bagi anies, ni stesen paling popular sebab jutaan pelancong dari seluruh dunia, tertumpu kat sini.

masa kami sampai sini suasananya tak sibuk tapi orang sangat ramai. 



terus ke pintu keluar...


then, kalau korang berhasrat nak naik Sagano Romantic Train, stesennya terletak bersebelahan stesen ni. cara nak ke sini, korang keluar dulu dari stesen. then pusing ke kanan... dah sampai...


stesen Sagano Romantic Train a.k.a stesen Saga Torokko...


nak naik train ni kena beli tiket awal. kalau walk in belum tentu dapat. tiket train ni boleh beli kat Klook.

well tu je laa perkongsian untuk hari ni. kalau ada apa-apa nak tanya, drop je komen kat bawah ya!

BTW anies belum berkesempatan nak BW. tunggu esok ya🙏🙏

thanks for reading
daa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

24 Words of Lo♥e

  1. perkhidmatan train kat sana mmg cekap. laju plak tu. harap malaysia boleh mengikut jejak langkah Jepun ni..

    ReplyDelete
  2. Wah, rindunya nak jalan2 di Arashimaya. Tenang je cuci mata tengok deretan pokok buluh dalam taman tu 😌

    ReplyDelete
  3. Es un pais muy bello. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  4. Memudahkan perjalanan tapi kadang suka bingung walau banyak petunjuk 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... bila sesat tu haaa... mula laa gelabah semacam😁

      Delete
  5. Ah kalau saya ni tak boleh travel sendiri muka mesti blur...

    ReplyDelete
  6. Oh very cute photos
    Great trip

    ReplyDelete
  7. sistem train kat sana memang canggih kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. canggih n punctual! tu yg syok 👍👍👍

      Delete
  8. Jalan-jalan Kyoto saya petang ni… 😊

    ReplyDelete
  9. Pertama kali ke Kyoto saya pakai Shinkansen Krn ada jr pass. Tapi kedua kali ke Kyoto, saya pakai kereta api biasa, Krn adik saya dulu tinggal di Osaka. Jadi dia ajak pakai kereta api biasa saja. Hutan bambu tuh saya malah tak datang, Krn dah banyak yg kesana 😅😂. Makanya tak nak. Jadi main2 di kuil yg ntah apa namanya, tapi cantik sangat, dan sempat sewa kimono utk foto2 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula nak try juga naik kereta apii biasa tapi disebabkan kami rushing so shinkansen laa jawapannya...

      Delete
  10. Pertama kali ke Kyoto saya pakai Shinkansen Krn ada jr pass. Tapi kedua kali ke Kyoto, saya pakai kereta api biasa, Krn adik saya dulu tinggal di Osaka. Jadi dia ajak pakai kereta api biasa saja. Hutan bambu tuh saya malah tak datang, Krn dah banyak yg kesana 😅😂. Makanya tak nak. Jadi main2 di kuil yg ntah apa namanya, tapi cantik sangat, dan sempat sewa kimono utk foto2 😄

    ReplyDelete
  11. menarik dan cukup informatif kepada mereka yang nak berkunjung ke Japan...Negara Matahari Terbit

    ReplyDelete
  12. Dulu naik bas jer dari Osaka ke Kyoto.. Naik malam sampai 2 jam sebelum subuh. Teringin nak naik Shinkasen tu tapi tak cukup bajet hahahaha...

    ReplyDelete
  13. Efficient.. Tepat.. dan Complicated train station kat sana.. Mmg kena buat study betul2 supaya tak hilang waras bila nak berada di di station yg besar dan kena pulak waktu pick hour..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆