Ke Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya @ Presint 2, Putrajaya

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alang-alang mama dah ada kat KL ni, anies terus bawa dia ke sini. ajak mak cik sekali sebab dia peminat orkid. 

kami just naik MRT je dan turun kat stesen Putrajaya Sentral. tak lama lepas tu, naik shuttle bus dan terus ke Presint 2. ya, selalunya kalau ada apa-apa event kat Putrajaya ni, organizer akan sediakan shuttle bus FOC. daripada kena bayar parking, baik laa korang naik shuttle bus ni. bas berhenti pun dekat dengan main entrance. 

meanwhile... harga tiket masuk adalah RM10 per person. boleh beli online atau pergi je kat ticket booth berhampiran. korang boleh bayar guna cash atau card atau scan QR code.

bercerita dengan foto laa ya! awas, foto banyak❗❗❗


tiket masuk...

main entrance...

sebaik melangkah masuk, pengunjung dihidangkan dengan pelbagai jenis bunga... gerammm je tengok bunga-bunga yang ada!
rasa nak baring je😂

Alhamdulillah... kocuaca okey sangat hari tu...

geram tengok bunga-bunga ni...

kreatif!

mana peminat pink?

macam lavender tapi bukan...

bunga yang orang dulu suka tanam kat halaman rumah pun ada kat sini...

astaka flora...

peminat orkid boleh pengsan kalau dah sampai kat booth ni...eee... lawanyaaaa!!

ada juga orkid yang saiznya sebesar tapak tangan!

eee gerammm tengok!

sekali tengok macam periuk kera. tapi sebenarnya orkid ya!

kedai bunga plastik selalu tiru orkid yang macam ni, kan?

antara orkid khas yang diberikan nama mengikut tokoh-tokoh tempatan...

kat sini tak joleh masuk ramai-ramai...

taman mini dalam bekas kaca... hasil tangan pelajar sekolah...

peminat bonsai pasti tak bergerak kalau dah sampai sini...

antara batang bonsai dengan pasu, mana lagi berat?😂

rasa nak rembat je bawa balik😂

pokok limau pun boleh jadi bonsai tau!

pelbagai jenis batu pun ada kat sini...


bonsai mini...

gerai jualan... semua jenis pokok ada dijual kat sini. tak lupa juga racun serangga, baja, anak pokok dan lain-lain... pokok sayuran pun ada.

ada yang murah ada yang mahal...

kaktus...

pelbagai jenis keladi...

pelbagai jenis landskap yang dipamerkan oleh majlis perbandaran yang mengambil bahagian dalam Floria tahun ni...





landskap milik Perbadanan Putrajaya...👆👇



siapa suka sayur ni?

ada pertandingan landskap tercantik tau!

ni Majlis Perbandaran Iskandar Puteri, Johor punya landskap...

landskap milik Majlis Bandaraya Johor Bahru...

landskap milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur...

Taman Diraja...

landskap Malaysia Madani...

dalam khemah besar ni ada pentas utama di mana majlis perasmian berlangsung. kat sini juga jadi venue penyampaian hadiah lucky draw, pertandingan etc.

ada persembahan pentas untuk kanak-kanak...

sebelum balik kami singgah kawasan khas untuk penjaja makanan... ada something yang buat kami geram... dia punya service kemakn slow! adeh... pada hal bukannya ramai orang pun!

kalau korang plan nak naik shuttle bus, ni jadualnya... Floria ni berlangsung sampai 1 September... shuttle bus ni FOC.

short video @ Royal Floria 2024...


so ada sesiapa dah datang ke sini? acu share👇okey tu je laa perkongsian untuk hari ni.
thanks for reading
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

26 Words of Lo♥e

  1. Gigih saya tengok gambar satu persatu sebab nak tengok ada tak mak saya terselit dalam gambar2 anies ni hehe. Mak saya pergi dengan adik bongsu, ada gak dia mengajak tapi kiteorang malas sbb bukan pencinta bunga 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😁😁oo ye ke? sy dtg ni hari sabtu... smpi sini dlm kol 3 mcm tu

      Delete
  2. subhanallah...cantik2 nya.. geram nengok.. tapi tu la semua kena jalan & sure ramai org..nak parking lagi.. alahai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kompem byk jalan. lengih juga laa tawaf 1 kaw ni🤣

      Delete
  3. Bestnya. Kami pergi awal belum bukak.

    ReplyDelete
  4. Cantik... tapi orang yang alah dengan debunga menang kerja Hatchoommm je la nanti!

    ReplyDelete
  5. Anies dah gi dah. Nak gi kena tunggu Dania off day. Nak cari rumah hobbit. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah hobbit ramai nau org bergambar... kena g tu sblm.ahad ni

      Delete
  6. Bello festival, me encantaron las flores. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  7. Saya pun suka bunga anggrek/Orchid, soalnya bentuk dan warna macam", puas ya datang ke sini, memang rasa mau di bawa pulang semua 😁, lengkap juga benda" yang di pamerkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pengsan tengok orked kat sini. dari sekecil kuku sampai sebesar tapak tangan. gerammmmm je dibuatnya😁

      Delete
  8. Cantikkk... Boleh borong pokok bunga🌹🌹

    ReplyDelete
  9. Seronoknya tengok bunga warna-warni begini! Mesti mood jadi auto happyyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa nak baring je atas hparan bunga2 tu🤣🤣

      Delete
  10. geramnya lahaiii tengok!! cantik sangattt! colourful! yang ni la healing bagi zaty bahahaha XD

    ReplyDelete
  11. Ya Allah cantiiiiiiiik semuaaa 😍😍😍😍. Saya bukan peminat tumbuhan , tp sukaaa lah kalo melihat yg warna warni seperti ini. Nasib baik tak pandai memelihara. Kalo tak, bisa borong banyak, kalap membeli 🤣🤣

    ReplyDelete
  12. Bunga yang macam lavender tu cantik betul. Saya pernah tanam tapi tak hidup. Mungkin tangan saya yang tak ngam

    ReplyDelete
  13. Luar biasa, cantiknya bunga segala jenis. Anggreknya apalagi.
    Tercium harum bunganya ke mana-mana tempat

    ReplyDelete
  14. Ini kalau mak mertua ku tahu mesti dia dah ajak.. Bab orkid dia bukan ada budi bicara kalau membeli hahahahaa..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆