Hiroshima, Jepun: Atomic Bomb Dome (Genbaku Dome)

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

sebelum ke Jepun, anies memang dah pasang niat nak ke sini kalau ada peluang. then, bila mana farah dan nora beri 100% kepercayaan untuk buat itinerary, anies rasa kesempatan ni kena ambil... no matter what! 

walaupun dah sediaa maklum yang jarak Osaka ke Hiroshima tu jauh, tapi bak kata pepatah... alang alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. alang alang dah tiba Jepun, biar sampai ke Hiroshima. haa gituuu😂

Alhamdulillah... segalanya berjalan lancar hinggalah saat kami tiba kat stesen Hiroshima. balik dari Pulau Miyajima... sebenarnya sebelum turun dari Hiroden, kami dah nampak bangunan famous ni. dalam masa sama berharap, cuaca kekal baik walaupun langit semakin gelap. tanda-tanda nak hujan tu memang jelas sangat.

dari stesen Genbaku Dome-mae, kami cuma perlu melintas jalan je untuk ke sini. sebaik tiba, anies tersenyum sendiri. Alhamdulillah... sampai juga kami kat tempat yang pernah menjadi sejarah hitam dunia suatu ketika dahulu.

well... FYI, tinggal 4 hari sahaja lagi Hiroshima akan mengenang kembali peristiwa yang berlaku pada 8.15AM, 6 Ogos 1945, 79 tahun yang lalu...

dari apa yang anies baca, setiap tahun akan ada satu majlis khas untuk memperingati mangsa-mangsa peristiwa ini. jadi, kalau korang datang ke Hiroshima pada Selasa minggu depan, haa... faham faham je laa kenapa sesak kat area ni.


dari tepi bangunan... berdekatan jalan raya... dan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke kawasan Hiroshima Memorial Peace Park ni...

boleh baca tak?

antara batu tanda yang ada berdekatan 

jemput baca...

ada baca tapi dah lupa dah tentang tugu ni...

sorry laa kecik nau tulisannya...

masa tengah ralit tengok bangunan ni, dalam hati tertanya-tanya. ada tak sisa-sisa nuklear melekat kat bangunan ni? korang rasa?

ni baru satu bangunan. bayangkan, 79 tahun lepas... keadaan sekitarnya... yang dikhabarkan bagai padang jarak padang tekukur. lebih 140K nyawa terkorban...

bangunan ni terletak bersebelahan sungai Motoyasu...

juga dikenali sebagai A-Dome... ia mendapat pengiktirafan UNESCO World Heritage pada 1996...

bangunan ni bukan sekadar memorial. ia juga bukti bahawa peperangan & kezaliman itu lahir daripada tangan-tangan manusia durjana...

A-Dome bila malam menjelma. sempat lagi kami snap sebelum kembali semula ke Osaka...

Hiroshima ✅
Nagasaki ✖
harap ada rezeki ke Nagasaki satu hari nanti. aminnn...


well tu je laa perkongsian untuk hari ni. lately, anies tak dapat nak BW macam biasa. kalau sempat malam baru BW. kalau tak esok atau hari berikutnya baru BW🙏🙏🙏

thanks for reading...
daa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

29 Words of Lo♥e

  1. Bila melawat tempat² bersejarah ni.. mesti rasa meremang kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. merrmang sbb terkenangkan mcm mn nasib mereka yg terkorban akibat kerakusan kuasa

      Delete
  2. Yang buat onar, orang kaya dan berkuasa... yang jadi mangsa rakyat biasa.

    ReplyDelete
  3. salah satu jejak tragedi kemanusiaan yang kemudian mengubah sejarah dunia. Nice post Cik.
    Btw, terima kasih kiriman oleh2nya ya. Luar biasa. Semoga cik Anies selalu lancar rejekinya. Aamiiin yra

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.
      sama2. maaf laa kalau pemberiannya tak seberapa

      Delete
  4. The destruction caused by wars... People seem to be going through the same cycle in time, I wonder when happier and more peaceful days will come.

    ReplyDelete
  5. peninggalan sejarah WW2 yg menunjukkan betapa ngerinya peperangan. Nyawa org yg x bersalah menjadi korban.

    ReplyDelete
  6. Gambar malam lagi cantik dari siang

    ReplyDelete
  7. Kakak tak masuk ke museum? Saya 2x kesana, 2x juga menangis pas dengar sejarahnya pakai headset. Terlebih saat suara Orang2 yg kesakitan Krn terbakar terdengar 😭😭😭.

    Yg di Nagasaki pun sama sedihnya. Saat baca surat2 dari para korban yg survive, mempertanyakan kenapa harus mereka, itu macam diremas jantung. Tauuu jepang salah saat itu, tp membom pakai nuklir ke warga sipil, menurut saya jauuh lebih keji dan kejam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lama kami sampai hujan pun turun. so kami x dpt gerak ke mana2. cuma berteduh kat souvenir shop. lama pula tu hujannya..

      Delete
  8. Bestnya....teringin nak pergi Jepun tapi tulah nak keluar rumah pun malas sekarang ni..haha

    ReplyDelete
  9. Es un buen lugar para reflexionar. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  10. Cantik foto A Dome pada waktu malam.

    ReplyDelete
  11. Perang di manapun pasti menimbulkan kekacauan dan kehancuran

    ReplyDelete
  12. Thanks Anies sebab berkongsi tentang lawata Anies.. Such an eye opening.. new knowledge..
    Betapa perang itu menghancurkan..

    ReplyDelete
  13. Bangunan tu tengok sesekali cam seram jugak Anies. Itulah nak menjajah sangat terus la terjadinya peristiwa ni. Dulu atuk ada cerita time Jepun kat Tanah Melayu ni memang zalim betul.

    ReplyDelete
  14. Dah takde kot sisa nuklear nya... Kalau ada, mesti tak open untuk public...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mmg x de dah. biasa laa dah smpi situ mcm2 otak fikirkan 🤣

      Delete
  15. Ada masa ada bajet kenapa tidak kan dari Osaka ke Hiroshima.. okla kalau dah handle bab itinerary masuk kan jer terus destinasi Hiroshima tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. matlamat utama sy g jepun mmg nak g hiroshima. x sangka kwn berdua tu setuju nk dtg sini😁

      Delete
  16. Ada tgk satu anime tu.. dia cerita keadaan mcm mana saat bom atom itu meletup.. walau anime tapi tetap sedih.. Manusia gila kuasa ni mmg akan buat keje giler.. bunuh smpai 140k tak rasa pape pun..

    ReplyDelete
  17. wak pun pnh smpi sini tahun 1990., ms tu training kt osaka., huhu

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆