Belajarlah menghargai...

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Adakah sukar untuk lafazkan
Atau kau rasa ia menyusahkan
Hingga tak tahu bila nak gunakan
Atau sengaja mahu lupakan?

Benarkah ia mahal harganya
Tulus ucapan dari bibirnya
Atau kita kedekut sebenarnya
Bagai dunia kau pemiliknya

Usah ukuri dengan wang ringgit
Bandingannya juga bukan sebukit
Nilai terima kasih tidak sedikit
Malaikat tetap akan mencatit

Tiada niat mengharap balasan
Jauh sekali meminta bayaran
Tapi sebagai seorang insan
Fahamilah erti sebuah kehidupan

Belajarlah untuk saling hargai
Usah diharap segala puji
Oleh itu sedarlah diri
Kau cuma hamba Ilahi.


learn to appreciate what you have before time makes you appreciate what you had...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

12 Words of Lo♥e

  1. pasal nie pun boleh gaduh suami isteri...sebab suami bukan jenis melafazkan...tapi, perempuan nie nak dengar dengan perkataan...hahaha...complicated betul

    ReplyDelete
  2. Hi Anies.. lamanya tak singah jejak sini..

    ReplyDelete
  3. Orang yang sentiasa bersyukur adalah orang yang pandai menghargai. Apabila tahu menghargai sekaligus kita tergolong dalam kalanganorang yang bersyukur.

    ReplyDelete
  4. Me gusto el poema. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  5. Dalam banget artinya...sekecil apapun itu memang sepantasnya di hargai...cakep amat fotonya , di tambah latarnya itu loh😍

    ReplyDelete
  6. Sajak yang menarik dan penuh bermakna...teruskan berkarya

    ReplyDelete
  7. Betul tu... Hargai apa sahaja yg ada disekeliling kita termasuklah masa yg sentiasa berlalu pergi ..

    ReplyDelete
  8. Aahhhh betuuuuuul. 3 kata keramat yg sebaiknya diajarkan selalu ke anak2', supaya mereka terbiasa. Kata 'tolong, terimakasih dan maaf'.

    Sekarang ini ntah kenapa susah mendengar Kata2 begitu dr anak gen alpha. Dan saya ga mau anak2' saya begitu. Makanya selalu saya tekankan utk mengulang 3 kata tadi dalam kehidupan sehari2.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆