My Sweet Mobster

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

kerjaya sebagai content creator terpaksa dilupakan apabila Eun-ha secara tak langsung terlibat dalam satu insiden di sebuah festival makanan. tidak cukup dengan itu, rumah yang disewakan untuknya ditamatkan kontrak dan tiada pilihan lain; dia terpaksa berpindah keluar dari situ.

tidak tahu ke mana mahu dituju, dia akhirnya singgah seketika di kawasan rumah lamanya pada zaman kanak-kanak. tatkala meninjau-ninjau rumah tersebut, muncul seorang lelaki yang akhir-akhir ini kerap ditemuinya.

pertemuan mereka terselit pelbagai cerita hingga ada yang terpaksa dimasukkan ke hospital. pun begitu, Ji-hwan cuba menerima kehadiran Eun-ha atas rasa simpati. namun perasaan tersebut bertukar sayang apabila dia mula menyedari bahawa wanita itu bukan sekadar penyebab masalahnya! 

siapa sebenarnya Eun-ha dalam hidup Ji-hwan? mahukah Eun-ha menerima Ji-hwan setelah dia mengetahui sisi gelap lelaki itu?




review:

drama paling hangat untuk pertengahan tahun 2024! eh... bukan anies yang claim ya....

hmm... dari mana ya nak review? jalan cerita drama ni sebenarnya sama je dengan drama rom-com yang lain. pertemuan lelaki-perempuan, jatuh cinta, ada konflik, ada orang ketiga dan lain-lain digabung dan akhirnya terhasillah drama 16 episod ini.

cuma yang membuatkan ramai 'terpaku' dan tak boleh move on sampai sekarang adalah kerana Uhm Tae-goo yang memegang watak sebagai Seo Ji-hwan (Yoon Hyun-woo).

tak dinafikan penampilan Uhm Tae-goo dalam drama ni penuh berkarisma, macho dan ada kala sengal-sengal ubi. daripada komen-komen yang anies baca, ni kali pertama Uhm Tae-goo bawa watak lelaki romantik. sebelum ni dia sering mendapat watak-watak ganas, gangster dan lain-lain (contoh filem: Night In Paradise).

karektor Ji-hwan menjadi 'lebih' menarik kerana suaranya 'seksi'. entah berapa kali anies terpaksa naikkan volume sebab nak dengar suara dia. 

ehh... ni nak cerita fasal drama ke, fasal Uhm Tae-goo?😂😂

okeylah, overall cerita ni penuh gelak ketawa. korang pasti terhibur dengan gelagat watak-watak sampingan. bukan seorang tau! tapi ada 5 watak sengal yang patut korang tonton!

last but not least, to blogger mrneyoo... sila download drama ni sebelum ✈😁 dijamin 👍👍👍

dengar dengar drama ni akan masuk Netflix tapi tak sure bila. kalau nak tengok online, boleh klik kat SINI.

selamat menonton!

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

21 Words of Lo♥e

  1. Tak perasan plak cerita nie.. Tengah tengok miss night and day

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita ni start dulu sblm miss night and day

      Delete
  2. Interesting article, it looks ok. Regards!

    ReplyDelete
  3. Nak tengok lah nanti 😍😍

    ReplyDelete
  4. Makasiiih sarannya 😁jadi penasaran, biasanya peran watak antagonis,dan kini romantis..woow🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. sila download. confirm tak menyesal🤣

      Delete
  5. Gracias por la recomendación. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  6. pssttt download cerita korea kat mana. sharelah. ada subs malay tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdrama pyh nk jumpa malay sub. kalu indo byk. esp kat Telegram

      Delete
  7. menarik.. hrp masuk la netflix nnt... skrg sy pun tgh free xtau nk follow kdrama apa

    ReplyDelete
  8. Banyak sgt cerita korea .. dah tak terkejar nk tgk hahaha

    ReplyDelete
  9. Lagi lagi rumah kita takde neflix haahaha...

    ReplyDelete
  10. Ok, langsung saya masukkan dalam list ❤️❤️. Sebenarnya teman juga udah rekomen utk nonton Drakor ini. Tapi karena masih marathon drama yg lain, blm saya sempat lihat pula. Penasaran suara sexinya 🤣

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆