Phitsanulok, Thailand: Restoran BaBa
12:00 pm
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
jarak dari Khao Kho ke Phitsanulok lebih kurang 100KM. so, time ni laa anies ambil kesempatan untuk 💤💤 sekejap. tahu tahu je terjaga bila terasa bas berhenti lama.
then tour guide pun beritahu yang kami dah sampai di provinsi Phitsanulok. menariknya, nama bandar utama bagi provinsi ni, juga dipanggil Phitsanulok.
Phitsanulok terletak di bahagian utara Thailand dan kalau nak ke Vientiane, Laos menerusi jalan darat dari Thailand, korang akan melewati provinsi ni. jaraknya dari sini, lebih kurang 380++ KM dan mengambil masa kira-kira 6 jam++ untuk sampai.
okey, berbalik kepada title... kali ni kami diberi kebebasan untuk makan di mana-mana restoran yang disukai. kat kawasan ni ada beberapa buah restoran halal. so, pilih punya pilih, anies decide untuk makan kat sini.
tak ada yang special pun fasal restoran ni. tambah pula perut dah lapar. apa yang dijual dan nampak okey untuk dimakan, kami terus order.
sekali tengok, macam restoran masakan Cina, kan? sebenarnya tak pun. menu yang dijual lebih kepada masakan Thai...
'sky juice' a.k.a air masak / air kosong...
sarapan pagi dah makan pad kra pao, tengah hari pekena lagi makanan sama. tapi yang ni tak pedas walaupun nampak merah kepedasan. tekak Melayu ni mesti makan nasi😂😂
mi celup Thai kepunyaan salah seorang ahli rombongan kami yang makan semeja...

disebabkan pelanggan ramai dan nak tunggu turn dapat makanan tu lambat, kami order jemput-jemput dulu. sedap dapat makan panas-panas dan dicicah dengan sos Thai...
suasana di dalam restoran👇👇
tengok dinding restoran terus teringat kopitiam dulu-dulu...
antara restoran dan gerai berdekatan restoran BaBa...
gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati, walaupun hari makin meninggi, mem besar ko tak mandi lagi😂
overall, makanan kat sini biasa-biasa je. tapi cukuplah untuk kami buat alas perut. usai makan, kami terus ke masjid berdekatan untuk solat jamak.
di kesempatan ni anies nak ucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-68 buat semua anak Malaysia, tak kira di mana sekali pun kalian berada. semoga Malaysia terus aman, makmur dan diberkati Allah SWT sentiasa. jagalah kedaulatannya, peliharalah kemerdekaannya. aminnn...
well... tu je laa cerita untuk hari ni. jumpa lagi Selasa depan. selamat bercuti panjang...
thanks for reading...
daaa
20 Words of Lo♥e
Masakan Thai ni memang mudah memikat selera ramai bangsa, lagi² orang Malaysia kan. Jemput² pun ada tu.
ReplyDeleteLovely photos and great food. 👍
ReplyDeleteUnik betul water dispenser sky juice tu. Dah macam peti pos pun ye. Ingatkan pedas sebab nampak cili tu, rupanya tak pedas ye. Kira okaylah sedap dimakan untuk alas perut.
ReplyDeleteSelamat Hari Kemerdekaan dan Selamat bercuti panjang Anies.
Presentation jemput-jemput tu saya suka. Menarik. Sos jenis apa yang diorang bagi tu?
ReplyDeletesyukurlah ada restoran halal...dptlah mkn dgn tenang...
ReplyDeleteSELAMAT HARI MERDEKA ENJOY BERWISATA ANIES
ReplyDeletehaah la dinding dia macam kopitiam klasik. macam rumah melayu klasik pun ada
ReplyDeletesedapnya mi celup!
Bukan dinding kopitam duu je macam tu... rumah dulu2 pun macam tu
ReplyDeleteParce que la comida estaba muy rica. te mando un beso.
ReplyDeleteKonsep lama restoran ni ya....janji kenyang ya.
ReplyDeletethank you!
ReplyDeleteteringat kedai-kedai kopi dulu-dulu kat kampung, berapa peratus agaknya penduduk Islam di provinsi ni..
ReplyDeleteGosta de aventura? Eu também. Olha minha página e verá!
ReplyDeleteEstou seguindo seu blog.
Design pintu masuk dan dinding kedai tu menggamit curiosity para pengunjung 🤓
ReplyDeleteUm maravilhoso restaurante a comida é muito boa, desejo um ótimo dia, bjs.
ReplyDeleteTak mandi pun org tak tau..hahaha..
ReplyDeleteIya laaah, design rumah makannya mirip chinese style. Lengkungannya itu kan...
ReplyDeleteSaya suka makanan2 Thai ini. Tapi duluuuu lah pernah coba mie celupnya yg macam di atas, saat di Chiang rai. Cuma tak sedap 😅😅. Ntahlaah, ada aroma yg saya tak bisa terima.. akhirnya memang tak habis.
Tempat2 yg kakak datangi ini, memang baru kali inilah saya dengar namanya. Bukan tempat turis memang yaa 👍
ReplyDeleteOK la ada restoran makanan halal. Tempat pun nampak bersih dan cantik.
ReplyDeleteTengok jemput-jemput tu pun dah cukup menyelerakan.
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆