#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #OnlyTheBrave

10:53 am

✿...السلام عليكم✿

Berdasarkan kisah benar, filem ini menceritakan tentang sekumpulan penyelamat dan pemadam api yang telah berusaha sebaik mungkin untuk menghalang bencana di seluruh US terutamanya kebakaran hutan.

pada awalnya mereka hanyalah sebuah pasukan trainee yang diketuai Marsh (lakonan Josh Brolin). latihan demi latihan akhirnya mereka berjaya menempatkan diri sebagai pasukan penyelamat terbaik dan kemudiannya menamakan pasukan tersebut  sebagai Mountain Grinit Hot Shots.

based di Arizona, pasukan ini bagaikan satu keluarga besar. jadi bila mana ada masalah timbul, 'cubit peha kanan, paha kiri terasa'. itulah gambaran kekuatan dalaman pasukan ini.

kesibukan mereka merantau ke seluruh negara demi menyelamatkan nyawa wajar dipuji. namun siapa sangka, kebakaran hutan berdekatan dengan tempat tinggal mereka benar-benar menguji ketahanan fizikal dan mental mereka.

adakah mereka berjaya atau kecundang di penghujung perjuangan?

filem ini akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 2 NOVEMBER 2017.

macam biasa, dari 5 ⭐⭐⭐⭐⭐, anies bagi 3 1/2 ⭐⭐⭐.

anies tak berapa pandai nak review. tapi overall cerita ni memang best dan menghiburkan. tambah pula banyak elemen kekeluargaan biar pun tampak macam ada kepincangan, tapi still boleh diterima dan diperbaiki.

terima kasih kepada budiey.com atas 2 pass tayangan premiere ini... pada mulanya anies harapkan pass tayangan premiere Thor: Ragnarok yang juga berlangsung semalam, tapi dapat yang ni. tak pe laa... janji enjoy!

lobi GSC 1 Utama. sesak! pada masa yang sama juga, ada photobooth disediakan sempena tayangan premiere ni. siap ada uniform bomba lagi. nak feeling2 abam bomba no prob...

trailer. credit: youtube.com

so, selamat menonton!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

28 Words of Lo♥e

  1. Boleh masuk watch list lah movie ni.

    ReplyDelete
  2. Sungguh suatu pekerjaan yang mulia dan herois jika seorang pemadan kebakaran..banyak menolong disaat ada kebakaran di hutan dan diperumahan. Semua bisa diatasi.

    ReplyDelete
  3. menarik juga kisah bomba..

    boleh bawa seisi keluarga untuk layan

    ReplyDelete
  4. Menarik cerita ni lagi2 kalau Ada good msg spt family matters

    ReplyDelete
  5. kalau dah bagi 3 setengah bintang, macam tak bape nak best..

    ReplyDelete
  6. best ek citer ni, boleh tonton la kisah bomba mesti menarik

    ReplyDelete
  7. Anak saya suka cerita3 yang macam ni. Bole le bawak dia org nanti

    ReplyDelete
  8. lama tak tengok movie.. citer apa eh last.. yang ada bandar bawah air tu..
    maafla short term memori =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak? bandar bwh air? bkn spongebob kn? ;-)

      Delete
  9. Boleh release tension biler tonton movie

    ReplyDelete
  10. Menarik ni.. boleh menonton nanti :)

    ReplyDelete
  11. Boleh masuk senarai perlu tonton ni :)

    ReplyDelete
  12. best ke haha bru tgk thor.. ending yg bagus kekeke

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆