✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sebenarnya entry ni ada kaitan dengan entry INI. boleh klik kat SINI ya kalau ada yang terlepas ketapi😆
memandangkan ia hanya bersebelahan je dengan galeri pameran sementara, jadi kami pun panjangkanlah kaki ke sini. sama macam pameran INI, tiada sebarang bayaran dikenakan.
tapi sebelum tu, kalau korang nak saksikan pameran ni, korang boleh datang ke Muzium Negara sebelum 28 Februari 2018. means, sebelum hujung bulan ni lah!
hah, tunggu apa lagi?
apa yang menarik tentang pameran ni adalah, ia memaparkan info2 menarik berkaitan muzik pop yeh yeh yang terkenal sekitar tahun 1940an hingga 1970an.
walaupun zaman kegemilangannya telah berakhir, tapi auranya masih kuat sampai ke hari ini.
bagi anies, muzik pop yeh yeh ni malar segar. kalau berkumandang di radio, kepala kita secara otomatik akan bergoyang. am i rite? hahaha...
jangan lupa tulis nama sebelum masuk ya...
main entrance
dah namanya pameran, pasti ia akan bermula dengan asal usul muzik pop yeh yeh tu kan...
kat rumah sapa ada lagi mende alah ni? tolong angkat keyboard! tak tahu apa nama alat ni? ni pemain piring hitam... dalam filem2 p.ramlee banyak kali tunjukkan alat ni...
2 bulan lepas, anies pergi ke rumah kawan mama. and kat ruang tamu rumah dia ada radio ni. so anies pun tanya laa... radio ni berbunyi lagi ke? tuan rumah senyum je... tapi ni bukan kat ruang tamu ya... ni kat ruang pameran...
jangan pepandai korang je cakap ni rak kasut ya... ni juga pemain piring hitam tau... mungkin yang ni versi orang kaya punya hahahaha
pandai je korang ni ya! salahlah! ni bukan trofi Grammy Awards tu... ni gramophone lah!
silalah percaya. jukebox ni masih berfungsi lagi tau... kalau dulu2 pergi pasaraya masukkan duit siling RM0.20 boleh pilih lagu... sekarang ada lagi ke?
ada sorang pelawat ni... khusyuk betul dia baca setiap info yang ada... anies perati je sampai ke sudah...
nope! bukan CD la... ni piring hitam... kat rumah sapa ada lagi piring hitam ni?
korang boleh bersantai kat sini sambil tengok filem p.ramlee... ni cerita apa ya? lupa daa...
kugiran pop yeh yeh...
jangan tak tahu... negara kita ni ramai rupanya penyanyi pop yeh yeh... dan menariknya, mereka ni tak bergerak secara solo tau! masing2 ada kumpulan tersendiri. means, kalau dapat undangan, maka semua ahli kumpulan kena hadiri undangan tersebut. tapi, yang paling pemes, of coz laa penyanyinya sahaja...
koleksi2 Dato' Jefri Din...
bukan calang2 punya gitar bagi seorang penyanyi pop yeh yeh... dan apalah maknanya muzik pop yeh yeh tanpa gitar...
okey, pameran dah habis. jom kita balik dengan bas mini!
p/s korang ada kenangan tak dengan bas mini ni?
































Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Kosovo
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
North Macedonia
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam