Добредојде во Северна Македонија!

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

menjejaki negara ke-5 yang jaraknya dari Prishtinë ke Skopje adalah kurang daripada 100KM. 

kenapa North Macedonia? sebab boleh, dik! 😁 tak ada sebab sebenarnya. tapi dah alang-alang sampai ke wilayah Balkan ni, kita terjahlah sekali. similar to Kosovo, Malaysians enjoy visa-free entry into North Macedonia😍

sebelum bercerita lanjut fasal negara kelahiran Mother Teresa ni, jom 'cuci-cuci mata' dengan foto-foto scenary sepanjang perjalanan kami.

oh ya... sebahagian foto ni di snap ketika bas kami masih berada dalam negara Kosovo...

check it out!


matahari macam segan-segan je nak menyapa kami pagi tu😁

dua awan yang berbeza💕

bas kami melewati lebuh raya yang dikenali sebagai Autostrada R6...

highway ni terkenal kerana kehebatan kejuruteraannya yang mendirikan tiang-tiang konkrit dan jejambat di celah-celah kaki bukit dan gunung. oh, nampak tak lereng warna putih tu? ya, memang ada salji. tapi kat lereng bukit tak banyak. kalau kat puncak bukit / gunung, yes! ada... tapi tak sempat nak snap sebab ralit layan scenery😁

jujur cakap. tak puas tengok scenery sepanjang jalan. kalau drive sendiri ni mahu kejap-kejap berhenti untuk snap foto😂

Alhamdulillah... dah sampai North Macedonia. kat pondok kastam & imigresen ni (foto kiri), pegawai sendiri yang naik bas dan collect passport dari penumpang. pun begitu kami tak dibenarkan turun bas. pada hari tu penumpang tak ramai, so proses tersebut ambil masa sekitar 10 minit je...

hati berbunga-bunga bila nampak masjid... ya, sama macam design masjid kat Türkiye sebab North Macedonia juga sebahagian wilayah takluk empayar Uthmaniah satu ketika dahulu...

bandar Skopje...

Alhamdulillah... kami selamat 'mendarat' @ stesen bas Skopje...


ke mana destinasi kami seterusnya?
stay tuned!

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆