Manila, Filipina: SM Mall of Asia

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

destinasi pertama sebaik sahaja menjejakkan kaki di bumi bekas jajahan Sepanyol ni... tak lain tak bukan... mall ke-5 / ke-6 terbesar @ dunia... SM MOA!

haihh... takkan tak cukup-cukup lagi dengan mall kat KL tu, anies oiii... 😂😂 alaa... alang-alang dah sampai sini, kannn... takkan nak tengok je... haruslah terjah seketika dan sambil-sambil tu bolehlah compared dengan IOI Mall Putrajaya (mall ke-2 / ke-3 terbesar di dunia) tu...

tempoh perjalanan dari airport ke sini tak sampai setengah jam. Alhamdulillah trafik pun lancar. dalam pada tu sempat jugalah 'terserempak' dengan kemalangan melibatkan kereta - motosikal...


dari dalam kereta, ternampak globe famous ni... ni bermakna SM MOA semakin menghampiri...

e-hailing's pick-up & drop off point @ depan SM MOA...


usai bayar tambang, tanpa berlengah anies pun terus masuk mall. tapi, tak semena-mena tiba-tiba security guard panggil dan disuruh keluar semula. ahh... rupanya kena scan beg dulu sebelum masuk... 

waduhh😂😂 automatik dalam kepala teringatkan situasi kat Türkiye yang mana setiap kali masuk mall / bangunan tertentu, kena scan beg bagai...


short video. sebaik sahaja melangkah masuk... excited pula tengok deco Krismas. ya, penganut Kristian Filipina start celebrate Krismas sebaik sahaja masuk Oktober...



suasana di dalam mall👆👇ada pelbagai jenama local & antarabangsa memenuhi setiap ruang pusat membeli-belah ni... dannn foto di dalam mall ni ada 2 je. malas😁 nak snap banyak-banyak sebab suasananya lebih kurang sama je dengan mall kat KL ni...




anies tak bercadang nak jelajah keseluruhan bangunan. sebabnya kat tingkat bawah je pun, dah lenguh kepala lutut ni😂 

bila dah penat merayau, anies pun keluar. dannn masa ni laa baru tahu kenapa mall ni besar. 

tak seperti IOI Mall Putrajaya yang mana semuanya (tenant) di bawah 1 bumbung. SM MOA ni ada 3 - 4 bangunan lain (saling bersebelahan). ada jejantas yang menghubungkan antara bangunan-bangunan ni tanpa perlu keluar atau melintas jalan.




antara laluan 👆👇yang memisahkan 1 bangunan dengan bangunan lain. anies datang dari bangunan sebelah kanan (foto). then masuk masuk bangunan belakang. lepas tu masuk bangunan sebelah kiri (foto)... so, jangan tanya jauh ke takkk😂



bangunan ni berada di sebelah belakang, menghadap laut...

ternampak replika ni... terbit rasa bangga bila ada produk tempatan yang berjaya menembusi pasaran Filipina...


disebabkan masih ada masa lagi, anies decide untuk ke kedai yang satu ni dulu yang terletak kat sebelah / belakang SM MOA. yang fasal kedai tu nanti anies share dalam entry akan datang...

thanks for reading....
daa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆