Aiskrim ZUS Coffee x Farm Fresh

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Lama juga laa anies dok usha aiskrim ni. tunggu masuk Family Mart sikit punya lama daa... dari hujung Ogos sampai nak habis Oktober baru jumpa😁


ada 3 varian dan semuanya inspired daripada minuman paling popular @ ZUS. harga: RM4.90 sebatang...

first drink yang anies try masa ZUS mula beroperasi beberapa tahun lepas adalah Spanish Latte. so untuk aiskrim ni, anies try varian Spanish Latte. once masuk mulut... ligat otak memikirkan... apa persamaan rasa salutan luar aiskrim ni ek? lepas 5 saat baru dapat jawapan😁 macam rasa Biscoff. yes, manis! salutannya separa tebal manakala aiskrim di dalamnya sejibik minuman Spanish Latte😂

selang beberapa hari anies try ni pula. cehh... mentang-mentang kedai dekat😂 welli don't know why salutan coklat ni tak berapa nak sedap dan ada sedikit bau. tak reti nak describe bau tu. macam sedikit tengik pun ya. tapi ais krim dalam tu sedap sebab ada rasa pahit sikit...

selang 2 hari (ceh!) barulah anies try yang ni. dannn akhirnyaaa... aiskrim ni yang paling perfect pada tekak anies. salutan luar tak manis. just nice dan aiskrim dalamnya, cukup pahit menjadikan kombinasi manis dan pahit = 👍👍👍👍


dannn... macam biasa laa... lain orang lain tekaknya. ni based pada pengalaman anies je.

korang pula macam mana?.dah try ke belum? kalau dah try, yang mana satu favourite korang?.acu share👇

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

20 Words of Lo♥e

  1. Lazat, sesekali makan , nikmat syukur

    ReplyDelete
  2. Wah, nanti nak try cari jugak la. Macam menarik je. Sayang pulak yg perisa mocha tu tak best sbb saya suka mocha.

    ReplyDelete
  3. nampak sedap aiskrim perisa baru

    ReplyDelete
  4. wow baru tahu ada aiskrim zus. kat family mart jeke boleh jumpa?

    ReplyDelete
  5. Alaa kita x jumpa lagi eskrem ni.. nanti nak try usha² lagi FM area rumah ni.. tp kita suka manis 🙈🙈

    ReplyDelete
  6. ada aiskrin zus...lama tk ke familymart..nanti bole la try kalo singgah

    ReplyDelete
  7. Tak pernah jumpa lagi ni. Kalau ada kat FM nanti nak cari.

    ReplyDelete
  8. Uncle tengah pantang aiskrim... dok kong-kong-kong batuk ni....

    ReplyDelete
  9. okkkk.. td tak jadi nak je Zus.. nnt akak nak cuba la.

    ReplyDelete
  10. Boa noite minha querida amiga Anies. Esse sorvete parece ser delicioso 😋 😋 😋 😋. Acho que não temos desse no Brasil. Uma excelente noite de terça-feira, para você e todos os seus familiares na Malásia e um grande abraço do seu amigo carioca.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas reviewnya. Cuma nak tanya, memang collab dengan Farm Fresh ke? Cari-cari logo Farm Fresh tak nampak pula. Apa pun ingat nak beli juga petang nanti.

    ReplyDelete
  12. Saya salutnya di Malaysia itu ada banyak coklat dan sekarang kopi pula dijadikan eskrim. Ini tak ada di Indonesia soalnya. Makanya tiap ke KL atau Penang, selalu nya saya cari eskrim2 begini😍

    ReplyDelete
  13. Memang harus coba semua varian supaya tahu mana yang sedap.

    ReplyDelete
  14. Sayang pula ada bau yang tak sedap di varian mocha yaaa . Atau batch yang ini saja mungkin. Harap2 batch selanjutnya tak ada bau aneh2

    ReplyDelete
  15. Yg cafe latte terbayang pula sedapnya kak 😍😍. Ini sepertinya yang sesuai juga untuk saya

    ReplyDelete
  16. Kalau tengok ice cream macam ice cream Farm Fresh. Pernah makan sekali kat Farm Fresh.

    ReplyDelete
  17. Blm pernah try lagi.. kurang makan aiskrim semenjak dua ni huhuu..

    ReplyDelete
  18. Nanti saya racun husband saya try haha. Masa awal² Farm Fresh keluar aiskrim ala Magnum dia yg gigih cari dekat Speedmart

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆