Naik LRT Laluan Shah Alam

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sebelum tu... 

stepping into my birth month with gratitude & excitement! July, let's make this chapter the best one yet!
.
.
.
welll... akhirnya! ya akhirnyaaaaaa... 

laluan ni dibuka kepada orang awam pada Isnin setelah dirasmikan PMX tanggal 28 Jun 2026.

setelah beberapa kali tertangguh, siapa pun tak sabarrr nak naik termasuklah mem besar ko ni. lepas ni dah boleh jalan-jalan mengabehkan duit ke Shah Alam tanpa hadap jammed sana sini.


view stesen Bandar Utama dari dalam gerabak MRT Laluan Kajang. laluan berbumbung dari stesen MRT dan juga dari 1Utama Shopping Centre (foto bawah, kanan)


anies naik kat stesen permulaan yang bersambung dengan MRT Laluan Kajang yakni stesen Bandar Utama dan turun kat stesen Stadium Shah Alam. lepas tu patah balik dan turun kat stesen Glenmarie 2 untuk tukar ke LRT Laluan Kelana Jaya.


laluan pejalan kaki berbumbung, harga tambang dan laluan ke lobi stesen...

pintu masuk automatik, mesin tiket dan kaunter khidmat pelanggan...


kenapa tak pergi sampai ke stesen terakhir (stesen Johan Setia)? sebab tak cukup masa. khabarnya dari hujung ke hujung akan ambil masa +-70 minit. tambah pula ada sekali dua masa pertengahan jalan, tren stop seminit dua (i don't know why?!!)

so... memang tak sempatlah jawabnya nak explore sampai ke Klang. but... that's okay. Sabtu nanti kite naik lagi since dalam tempoh sebulan ni, ada free ride dan ko naiklah sampai muntah hijau😂

well... bagi memenuhi matlamat 'mesra pengguna / keluarga', ada beberapa kemudahan disediakan sepanjang laluan ni (di dalam stesen) seperti tandas (lelaki, wanita & OKU + bilik persalinan bayi / ruang menyusu), surau lelaki dan wanita, lif, eskalator, tangga, mesin tiket dan lain-lain. 


surau, tempat ambil wuduk dan ruang solat...

tandas, kemudahan di dalam tandas, lif dan tangga...


manakala di beberapa stesen terpilih, Park n Ride didirikan. pun begitu setiap stesen mempunyai ruang parkir tersendiri.

untuk menghubungkan pengguna yang tinggal jauh dari stesen, bas pengantara dan van Rapid On Demand turut disediakan di hampir setiap stesen.


suasana @ platform stesen Bandar Utama. pemandangan dari dalam gerabak LRT (foto bawah, kanan). oh ya, LRT Laluan Shah Alam ni juga dipanggil Light Blue / Turquoise Line. kalau Blue Line tu refer kepada Laluan KTM Komuter... jangan terkeliru yaa...

gerabak LRT ni tak sama macam LRT Laluan Ampang / Seri Petaling. saiznya pun lebih kecil / pendek dan driverless... siapa yang suka warna-warna pastel, haa... kompem korang suka punyalah dengan interior gerabak LRT ni...

foto 1 & 2 @ stesen Stadium Shah Alam... ambil vibe vibe kesukanan gituuu... tapi stadium Shah Alam dah tak ada... kena tunggu stadium baharu kot baru dapat feeling tu😂😂laluan berbumbung yang menghubungkan stesen Glenmarie 2 dengan stesen Glenmarie (Laluan Kelana Jaya) (foto bawah, kanan)

nanti free free korang naik laa LRT ni sementara masih ada 'bau kedai'😂make sure korang bawa kad TnG sebelum naik. jangan risau. no deduction...

last but not least, short video tak berapa nak khas😂naik LRT... special untuk korang😂😂


that's all
thanks for reading
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

28 Words of Lo♥e

  1. Boa noite minha querida amiga Anies. Passando para desejar uma excelente noite de quarta-feira na Malásia, um excelente mês de julho e um grande abraço do seu amigo carioca.

    ReplyDelete
  2. Bonita estação de metrô, passando pra desejar um ótimo mês de julho bjs.

    ReplyDelete
  3. Nanti mudah la anak yg belajar di UiTM tu nak outing ke KL. Dia menyewa di Pusat Komersial Seksyen 7 tu je.

    ReplyDelete
  4. Oih! Cekap betul! Benda panas-panas dia dah try!

    ReplyDelete
  5. I love your photo collages and views! Thank you so much for sharing your journey!

    ReplyDelete
  6. Saya lihat keretanya nampak modern dan luasss ya mbak Anies. bahkan pintunya pun terlihat besar dan modern kala membuka. makin mantap betuuul lah ini transportasi di Malaysia :D
    Nanti kalau ada kesempatan, saya pasti mau coba keliling kereta di malaysia sana. Kalau sekarang, saya mau banyak bahas kereta LRT lokal je dulu, sesuai dana di dompet je. hihihi

    ReplyDelete
  7. alhamdullilah kemudahan untuk rakyat jelata...cantik dan besar juga

    ReplyDelete
  8. wah sonoknya naik lrt free jalan2 mana stesen singgah

    ReplyDelete
  9. Lama tak naik LRT. Dulu masa training ARMT KFC duk ulang alik KL ke Kelana Jaya naik Putra.

    ReplyDelete
  10. Ten un lindo mes y un lindo cumpleaños. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  11. Teringat ada kami naik LRT, berjalan banyak , turun naik..ada pula orang berlari lari anak ,kenapa? anak bagitau mereka kejar masa LRT nanti jalan..kita juga kena cepat jalan ready depan pintu LRTR, saya, saya angguk ja..rupanya begitu..begitulah jika berada di kota metropolitan..kehidupan kena teruskan..bernafas dalam hiruk pikok kota besar..

    ReplyDelete
  12. Tu la tumpang free ni jom la kita pakat naik ramai²

    ReplyDelete
  13. Woww benda baru harus di cuba, yang bestnya kalau baru ni mesti smooth jerr kan perjalanannya.. betul 'bau kedai' hehehehe

    ReplyDelete
  14. Wow dia dah merasa naik LRT 3 la! 👏🏻👏🏻 Nanti nak recce2 apa yg best kat Shah Alam yang berbaloi nak naik LRT sampai sejam lebih nak ke sana 🤭

    ReplyDelete
  15. Thank you so much for sharing this lovely tour.

    ReplyDelete
  16. Saya tak coba rute MRT pula kemarin tuhlah. Cuma sempat LRT kemana2. Nanti nak coba juga jalur MRT di sana 😄

    ReplyDelete
  17. Dulu sebelum covid saya kemana2 naik MRT, LRT kalau di KL. Ntah kenapa sejak ada grab JD malas. Makanya nak membiasakan diri lagi 🤭

    ReplyDelete
  18. Ujung ke ujung ambil masa 70 menitan, lumayan juga ya kak. Tp kalau waktu ada banyak, boleh sangat dicoba. Anggab je kliling kota 😄

    ReplyDelete
  19. Sukaaa dengan warna Turqoise itu laah. Cantiiik dan terang 😍😍. Kalau naik MRT di sana, bisa pakai tng card juga kan?

    ReplyDelete
  20. Fuhh.. dah ada yang "driverless" noo 😮

    ReplyDelete
  21. Salam kenal Kak Anies, saya Avi dari East Java, Indonesia.
    Stasiunnya bersih sangat, facilities juga komplit. Bahkan ada surau dan nursery room.

    Saya kagum dengan bagian dalam LRT, interiornya warna ungu cantik. Semoga kelak bisa naik LRT juga di sana.

    ReplyDelete
  22. seronokla student2 kat shah alam. ada kemudahan public transport yg baru. masa saya belajar dulu transit kat shah alam tu rasa seksa je menunggu bas nk ke KL sentral.

    LRT bandar utama ni mmng bersambung dgn MRT bandar utama kajang line kan. bolehla nongkrong shah alam pulak lepasni

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah siap akhirnya dapat memudahkan ramai pengguna

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah.. Akhirnya dah boleh naik.. Ada rezeki nak bawa bebudak ini..

    ReplyDelete
  25. Sayangnya duduk kl dulu tak naik lrt. Penah naik KTM je. Tau2 dah ada lrt shah alam. Teringat pula dengan ICT shah alam. Masa belajar dulu selalu lepak sana juga.

    ReplyDelete
  26. Yeay, seronoklah orang Shah Alam LRT dah sampai sana ek. Tak payah sesak di jalan. Masih baru lagi ni bestlah guna kemudahan yang disediakan.Senanglah student UiTM nak balik. Dulu harapkan komuter je. Itupun jauh sikit kat padang jawa tu ha.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆