Egnatia Odos, Greece: side mirror patah dan 'hentam' cermin tingkap pemandu

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.


keadaan bas sebelum kejadian...


bunyi 'panggg' yang kuat lalu disertai kaca berderai sememangnya memeranjatkan sesiapa sahaja yang tengah lena.

dalam kepala, anies cuma fikir yang bas kami terlibat dalam accident. tapi bila bas tetap bergerak macam tak ada apa berlaku.

tak lama lepas tu kedengaran penumpang yang duduk belakang driver mula 'menceceh'. mungkin agaknya dia tegur driver sebab tak nak berhenti. 

bila tengok keadaan jalan, rasanya memang tak sesuai untuk berhentikan bas lebih-lebih lagi suasana sekitar bukanlah kawasan berpenghuni.

(apa yang anies perasan, masa tu kami tengah berada atas lebuh raya. lebuh raya ni diberi nama Egnatia Odos; menghubungkan 3 negara iaitu Türkiye, Greece dan Albania.)

disebabkan nak tahu sangat apa yang menyebabkan bunyi kuat tadi, lalu anies pun bangun dan... 

OMG!!! side mirror dah 'terkulai' manakala cermin tingkap sebelah driver dah pecah. ini menyebabkan angin sejuk 'menerobos' masuk ke dalam bas. patutlah rasa sejuk lain macam!


tak dapat bayangkan kalau side mirror tu kena kepala driver... ngeriii


lepas tu mata dah tak boleh nak lena. selain cuaca sejuk, driver memang tak ada tanda-tanda nak berhenti. lepas dua jam plus plus, bas pun tiba di kastam & imigresen dan kami turun untuk cop passport.


@ kastam & imigresen sempadan Greece...

lepas cop passport, anies ambil kesempatan untuk tengok lebih dekat... hmm patutlah side mirror tu patah. korang nak tahu sebab apa patah? sebelum tu (anies tak tahu bila) side mirror tu memang dah patah dan pihak bas cuma 'balut' dengan pita pelekat je. bila bas bergerak laju, secara tak langsung ia akan beri impak pada side mirror tu. hmm...😏


lepas cop passport, kami teruskan perjalanan dan sampailah di suatu tempat yang mana ramai penumpang turun kat situ. dalam pada itu, driver diarahkan yang lain keluar dan angkat luggage masing-masing untuk pindah ke bas lain.


bas dari company yang sama...


oh, ya! menjawab pertanyaan yang berkait dengan dua entry INI & INI: sebenarnya anies pun tak tahu nak kata sama ada kami kena scam tiket atau sebaliknya. 

lokasi untuk naik bas tu memang betul dah. manakala website tiket yakni obilet.com tu adalah website yang legal & trusted. 

apa yang buat kami baran adalah, bas yang sepatutnya kami naik tu, pihak obilet kata, ia tiba lewat 1/2 jam (pada hari tersebut) @ stesen.

masalahnya, masa kami tanya fasal situasi bas tu, kenapa pihak obilet diam membisu? lagi yang buat kami hangin satu badan adalah, jawapan 'bas tiba lewat 1/2 jam' ni kami terima seminggu selepas kami balik ke Malaysia!!!

ko rasa?!!🔥🔥🔥

to be cont.

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆