Naik LRT Laluan Shah Alam
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sebelum tu...
stepping into my birth month with gratitude & excitement! July, let's make this chapter the best one yet!
.
.
.
welll... akhirnya! ya akhirnyaaaaaa...
laluan ni dibuka kepada orang awam pada Isnin setelah dirasmikan PMX tanggal 28 Jun 2026.
setelah beberapa kali tertangguh, siapa pun tak sabarrr nak naik termasuklah mem besar ko ni. lepas ni dah boleh jalan-jalan mengabehkan duit ke Shah Alam tanpa hadap jammed sana sini.
view stesen LRT Bandar Utama dari dalam gerabak MRT Laluan Kajang. laluan berbumbung dari stesen MRT dan juga dari 1Utama Shopping Centre (foto bawah, kanan)
anies naik kat stesen permulaan yang bersambung dengan MRT Laluan Kajang yakni stesen Bandar Utama dan turun kat stesen Stadium Shah Alam. lepas tu patah balik dan turun kat stesen Glenmarie 2 untuk tukar ke LRT Laluan Kelana Jaya.
laluan pejalan kaki berbumbung, harga tambang dan laluan ke lobi stesen...
pintu masuk automatik, mesin tiket dan kaunter khidmat pelanggan...
kenapa tak pergi sampai ke stesen terakhir (stesen Johan Setia)? sebab tak cukup masa. khabarnya dari hujung ke hujung akan ambil masa +-70 minit. tambah pula ada sekali dua masa pertengahan jalan, tren stop seminit dua (i don't know why?!!)
so... memang tak sempatlah jawabnya nak explore sampai ke Klang. but... that's okay. Sabtu nanti kite naik lagi since dalam tempoh sebulan ni, ada free ride dan ko naiklah sampai muntah hijau😂
well... bagi memenuhi matlamat 'mesra pengguna / keluarga', ada beberapa kemudahan disediakan sepanjang laluan ni (di dalam stesen) seperti tandas (lelaki, wanita & OKU + bilik persalinan bayi / ruang menyusu), surau lelaki dan wanita, lif, eskalator, tangga, mesin tiket dan lain-lain.
tandas, kemudahan di dalam tandas, lif dan tangga...
manakala di beberapa stesen terpilih Park n Ride didirikan. pun begitu setiap stesen mempunyai ruang parkir tersendiri.
untuk menghubungkan pengguna yang tinggal jauh dari stesen, bas pengantara dan van Rapid On Demand turut disediakan di hampir setiap stesen.
suasana @ platform stesen Bandar Utama. pemandangan dari dalam gerabak LRT (foto bawah, kanan). oh ya, LRT Laluan Shah Alam ni juga dipanggil Light Blue / Turquoise Line. kalau Blue Line tu refer kepada Laluan KTM Komuter... jangan terkeliru yaa...
gerabak LRT ni tak sama macam LRT Laluan Ampang / Seri Petaling. saiznya pun lebih kecil / pendek dan driverless... siapa yang suka warna-warna pastel, haa... kompem korang suka punyalah dengan interior gerabak LRT ni...
foto 1 & 2 @ stesen Stadium Shah Alam... ambil vibe vibe kesukanan gituuu... tapi stadium Shah Alam dah tak ada... kena tunggu stadium baharu kot baru dapat feeling tu😂😂laluan berbumbung yang menghubungkan stesen Glenmarie 2 dengan stesen Glenmarie (Laluan Kelana Jaya) (foto bawah, kanan)
nanti free free korang naik laa LRT ni sementara masih ada 'bau kedai'😂make sure korang bawa kad TnG sebelum naik. jangan risau. no deduction...
last but not least, short video tak berapa nak khas😂naik LRT... special untuk korang😂😂
that's all
thanks for reading
daaa

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆