Tiranë, Albania: kena 'sidai'
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
korang baca tajuk je dah boleh agak kan apa yang jadi kat kami? yes, guys... kami 'kena sidai' dengan pihak hotel di Subuh hari! bukan setakat tu je. kami 'berperang' sekali dengan cuaca yang teramattt sejuk. kalau ikutkan hati yang tengah 🔥 mahu je kami maki berbakul-bakul PIC hotel tu sebab buat kami macam ni!
long story short, lepas Farah call PIC tu, kami sangkakan dia akan segera buat sesuatu supaya kami tak kesejukan kat depan hotel tu. tapi... tak ada, ya! anies ulammm... tak ada! agaknya kalau salah seorang daripada kami kejung kesejukan kat depan hotel tu pun, dia buat dekkk agaknya😡😡😡
ni laa hotel yang 'sidai' kami tu... kalau datang ke Tiranë korang jangan booked hotel ni! done hasut!😂 oh ya anies snap foto ni sebelum kami blah ke hotel lain. yang part tu anies akan cerita next time.
dek kerana dah tak tahan sejuk, tanpa fikir banyak anies terus masuk ke bangunan sebelah. kalau ada orang nak marah ke, lantaklah! kalau polis nak tangkap, garilah! yang penting badan tak kesejukan.
but once dah masuk, masa tu kami baru tahu. rupanya bangunan tu adalah bangunan untuk memberi penghormatan terakhir buat jenazah!😂😂seram ke tak seram?!!
member lain dah bantai gelak tapi tak mampu dah nak rasa seram sebab diorang pun kesejukan juga. so, kami pun sama-sama duduk dalam bangunan tu sampailah PIC hotel mesej kami suruh ke kafe berhampiran. katanya kafe tu tutup jam 7.00AM.
dengan luggage yang berat kami pun heret sampai ke kafe yang dimaksudkan tu. dannn... you wanna know what?!! kafe tu tutup! arghhh😡😡😡😡
membelah kesejukan di pagi hari @ somewhere in Tiranë...
ya Allah... tak tahu nak cakap apa dah... kami dah rupa macam PATI pelarian di subuh hari yang tak ada hala tuju.
kami pandang sesama sendiri. mencari penyelesaian supaya tak ada siapa yang akan mati kejung kesejukan kat tengah-tengah bandar ni.
kami ambil keputusan untuk jalan dan terus jalan sampailah kami jumpa sebuah kafe yang dah mula beroperasi di awal pagi. tanpa berlengah, kami pun terus masuk tanpa sempat melihat sebarang signage depan kedai.
but once dah masuk... tiba-tiba rasa lain! bau rokok menusuk hidung. then... kenapa pelanggan lain pandang kami semacam?!!
to be cont.



Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆