مدينة المنورة، المملكة العربية السعودية: مسجد النبوي

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi SAW ada menyebut, yang bermaksud:

"Janganlah kamu bersusah payah mengembara (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan ke tiga-tiga masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid Rasulullah dan Masjid al-Aqsa."

Alhamdulillah... sekali lagi Allah SWT kurniakan rezeki untuk menjejaki masjid ni dan sekaligus menyampaikan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW.

kalau nak bandingkan masa kunjungan pertama ke sini, memang banyakkkk sangat perubahan yang berlaku pada masjid ni. paling anies ingat dah tentulah masa tunaikan solat.

sebelum ni tak pernah solat kat luar masjid. tapi masa anies datang kali kedua ni, lewat 15 minit je kot (sebelum azan), dah tak boleh masuk masjid. 'mak guard' dah tutup pintu. terpaksalah solat kat luar.

selain tu, kawasan masjid bertambah luas. paling ketara kalau hotel terletak jauh dari kawasan solat perempuan. jalan kaki 10 minit tu, confirm lah! short cut bagai pun, tetap terasa jauh nak sampai.

walau apa pun perubahan pada masjid ni, sekali datang, pasti kita akan rindu nak kembali. meskipun dah lebih 1400 tahun Nabi SAW tinggalkan kita, namun roh Islam yang ditinggalkan baginda tetap subur dan mewangi di sini.

Allahumma solli a'la Muhammad...

dan sebahagian foto @ Masjid Nabawi untuk tatapan korang...







short video inside Masjid Nabawi...

short video @ di luar Masjid Nabawi...


p/s anies ada training minggu ni. so mungkin akan lewat BW... apa-apa pun terima kasih sudi singgah sini...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆