Mirë se vjen në Shqipëri

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung sari SINI.

bas 'lain' yang kami naik tu meneruskan perjalanan hinggalah kami selamat tiba di Terminali Lindor |Autobusave. masa tu jam menunjukkan pukul 4.40AM waktu Albania (10.40AM waktu Malaysia).


suasana awal pagi @ Terminali Lindor... sunyi & sejukkk


Mirë se vjen në Shqipëri (welcome to Albania!) Alhamdulillah, ni negara ketiga kami jejaki selepas Türkiye dan Greece (klik SINI & SINI kalau nak baca perkongsian di kedua-dua negara terbabit)

pada asalnya, negara 'Dua Lipa' ni cuma ada dalam plan anies je. once itinerary siap barulah anies beritahu member yang trip ni akan singgah Tiranë. diorang tak cakap banyak. terus je setuju😂

ketibaan kami disambut cuaca yang teramat sejuk. kami cuba berlindung seketika di dalam bangunan. tapi ia jadi makin sejuk disebabkan pintu tak boleh ditutup😂

apa-apa pun kami kena beredar secepat yang boleh untuk ke hotel. jadi, anies terus keluar dan cuba cari teksi yang ada kat kawasan berhampiran.

lepas bersoal jawab dengan pemandu teksi, dia pun setuju untuk hantar kami ke hotel dengan tambang sebanyak €15. mahal sebenarnya tapi terpaksa 'angguk' sebab masing-masing dah tak tahan sejuk.


teksi EV yang akan bawa kami ke hotel...


perjalanan dari stesen bas ke hotel mengambil masa lebih kurang 15 minit. mungkin ada yang tanya, kenapa booking hotel jauh sangat?

sebenarnya hotel berdekatan stesen dah sold out. then, jarak dari stesen ke pusat bandar agak jauh. jadinya kami ambil keputusan untuk menginap kat pusat bandar je selain banyak pilihan hotel 

setiba di hotel, suasana sekeliling agak sunyi. ye laa... baru 5.00AM++. tapi sebenarnya kami tak masuk hotel pun. hotel tu berpagar dan Farah perlu call PIC untuk maklumkan ketibaan kami.

call sekali, tak angkat. call 2 kali tak angkat juga. kami faham mungkin dia tengah tidur. then Farah cuba hantar mesej. of coz laa tak ada balasan. 5 minit kemudian Farah call lagi dan kali ni dia jawab.

tapi, apa yang buatkan kami 🔥 dalam cuaca sejuk ni adalah, bila mana dia jawab: "why didn't you tell me you were coming early in the morning?" 

muka Farah dah berubah (tahan marah). then Farah pun balas: "i already messaged you a few days ago and i even texted you before we arrived. but you NEVER replied!!"

aaaaarghhh!!! drama apa lagi pagi-pagi buta niiii?!!

to be cont.

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆