Phitsanulok, Thailand: The Imperial Hotel and Convention Centre

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

jarak dari Masjid Pakistan ke hotel ni cuma lebih kurang 2.5KM++. mulanya anies sangkakan hotel biasa je sama macam hotel yang sebelum-sebelum ni. 

masa bas masuk ke pekarangan hotel, tiba-tiba tour guide cakap, "nampaknya tuan-puan agak bertuah hari ni sebab akan tidur 'sehotel' dengan anak raja!"

wow! masa tu anies dah fikir... anak raja yang mana satu ni? tak kan Puteri Sirivannavari (anak raja Thailand) kot? wah... kalau dia datang, agak-agak boleh berselfie tak? amboiii panjang dah angan-angan... pada hal masa tu tak tahu pun anak raja yang mana satu...

masa kami sampai, pihak hotel tengah tunggu kedatangan anak raja tu. so segala urusan kena buat secepat mungkin. dapat je kunci kami terus ke bilik masing-masing.
 

tengok nama je dah tahu kan hotelnya macam mana?

bilik kami

bilik airnya bersih, air paip laju, ada bidet, sebelah toilet bowl tu ada bathtub yang disertakan water heater serta toiletries yang lengkap including towels... 

dari pintu masuk... macam biasa, belakang pintu ada locker dan safety box...

agak besar biliknya untuk menempatkan 2 orang...

bantal empuk tapi tilam sedikit keras... tak apa laa... janji 💤💤sampai ke pagi...

nombor bilik kami, 339 dan koridor...

luar hotel

main entrance...

taman antara bilik hotel dan dining hall...

lif



pemandangan belakang bilik kami
👆👇



kolam renang...



laluan masuk ke hotel dari jalan raya utama👆👇


setiap ahli keluarga diraja Thai ada bendera mereka sendiri. so yang merah tu bendera anak raja Thai yang bakal menginap kat hotel ni.

taman depan hotel...


lepas check in, mandi dan solat, anies decide untuk keluar jalan-jalan. saja je nak tengok suasana petang dan gelagat masyarakat Phitsanulok ni... dannn... masa ni laa tiba-tiba rasa bertekad untuk mulakan solo travel...


lorong masuk ke hotel dari jalan raya utama...

jalan raya utama @ Phitsanulok. ada 6 lorong...

tak jauh dari sini ada airport Phitsanulok. so masa merayau-rayau kat tepi jalan ni, nampaklah beberapa buah kapal terbang berlepas dan mendarat...



salah satu alasan kenapa suka ke Thailand adalah, sebab ada PTT Station, 7Eleven dan Cafe Amazon😂👆👇



niat di hati nak masuk tapi seganlah pulak😂

sepatutnya bergambar kat depan hotel😂😂

maghrib daa... jom balik!

masa nak balik barulah ternampak bunting ni. ooo... bukan Puteri Sirivannavari. tapi rupanya kakak sulung Raja Thai (sekarang) iaitu Puteri Ubol Ratana. yang anies tahu Puteri Ubol Ratana ni memang aktif orangnya. esoknya masa kami dah balik, tour guide cakap, Phitsanulok ni merupakan salah satu provinsi kegemaran Puteri Ubol Ratana... hmm... patut pun...


well... kalau korang datang ke Phitsanulok satu hari nanti, try laa menginap kat sini. untuk harga bilik, boleh check kat Agoda atau booking.com ya. hotel ni ada sediakan sarapan. tapi korang kena request kalau nak makanan halal. pihak tour agensi tak request sarapan kat sini sebaliknya mereka beri nasi khomok sebagai sarapan.


Selamat Hari Malaysia buat semua anak Malaysia!


well tu je laa cerita untuk hari ni...
thanks for reading... selamat bercuti panjang... see ya on Wednesday!
daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

22 Words of Lo♥e

  1. Lovely photos. Thank you 😊 so much for sharing. ❤️

    ReplyDelete
  2. Wah, sehotel dengan anak raja. Kalau dapat jumpa mesti lagi seronok kan Anies. Bukan biasa-biasa hotelnya. Bangunan pun dari luar nampak exclusive juga. Hebat jugak ek setiap keluarga tu ada bendera masing-masing. Permandangan belakang bilik tu kalau tak semak atau ada taman mesti lagi cantik kan. Pagi-pagi makan nasi khaomok sedapnya. Kenyang sampai petang tu.

    ReplyDelete
  3. Jenuhlah pihak hotel nak kena simpan banner setiap ahli keluarga diraja Thai, setiap kali dieorg datang kena bentang banner dgn muka dieorg terpampang kat situ 😅

    ReplyDelete
  4. luas hotelnya, cantik jugak!
    saya tak kenal sangat kerabat2 diraja thai ni

    ReplyDelete
  5. kerlas tido sehotel dgn anak raja ye hehe

    ReplyDelete
  6. seronoknya buleh jalan2 ke Bangkok. sy cuma mampu ke seberang sungai golok je.

    ReplyDelete
  7. Luasnya bilik Anies dapat, selesa.

    Teringat masa ke Bangkok, salah sebuah hotel yang kami menginap tu tilamnya keras! Macam tidur atas papan, sakit badan.

    ReplyDelete
  8. wah ehotel dgn puteri raja siam hebat anies

    ReplyDelete
  9. Es un bello lugar. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  10. Tapi anak rajanya tak nampak la kan....hotelnya nampak cantik juga dengan landskap sekeliling tu.

    ReplyDelete
  11. O hotel é muito bonito lindas as fotos Anies bjs.

    ReplyDelete
  12. Laju PH scroll ke bawah nak tengok siapa puteri tu hehe...
    Nampak selesa la hotel tu, luas pun luas biliknya

    ReplyDelete
  13. bestnya wisata ke tanah thai, nampak exlusif hotel ni bilik pun agak luas. apa pun selamat berlibur. jaga diri..

    ReplyDelete
  14. Perasan tak? 7E kat Bangkok lagi meriah banding ngan kita...

    ReplyDelete
  15. hotelnya bagus sekali
    tidak heran kalau anak sulung raja menginap disana

    ReplyDelete
  16. Hebat traveling yang indah membahagiakan..tahniah, terima kasih persembahan gambar dan catatan yang menarik sekali..So foy you, saya letak url ni di bloglist teman blogger baru ya..jumpa lagi

    ReplyDelete
  17. Masa di Bangkok last year, pergi 7e tapi tak besar, adik cashier tu kata banyak tak halal.

    ReplyDelete
  18. Baru lepas road trip ke Hat Yai, saja check ke jalan Phitsanulok. Perlukan 3-4 hari juga kalau nak selesa. Huhu berangan sahaja dahulu 1,200km tu kena ada driver tambahan. Hotelnya nampak macam taraf 5 bintang.

    ReplyDelete
  19. Kalau pagi-pagi sarapan nasi khomok mesti kenyang sampai tengah hari.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆