Ke Merdeka 118, KL
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Cuti sempena Hari Merdeka hari tu korang pergi mana? ada yang pergi Dataran Putrajaya ke untuk saksikan perarakan? atau tengok kat rumah (TV) sambil makan nasi lemak sambal paru berlado & teh tarik kaw? cer cite!
pada mulanya anies memang ada plan nak pergi. tapi disebabkan dah 2 hari perut asyik meragam je, jadinya baik tak payah pergi laa... karang tercirit kat sana, buat niaya je😂😂 sebagai ganti (konon-kononnya nak celebrate merdeka), anies ke bangunan kedua tertinggi di dunia iaitu Merdeka 118.
walaupun belum dibuka secara rasmi tapi para pelawat dibenarkan masuk kat tingkat bawah bangunan je.
kalau nak naik sampai ke tingkat 118 atau melayan panorama bandar KL, apa kata korang booking je hotel tertinggi di Malaysia iaitu Park Hyatt Hotel yang dah pun menerima tetamunya sejak bulan lepas.
update: Merdeka 118 today...
anies ke sini naik MRT dan turun kat stesen Merdeka. lepas tu keluar melalui pintu A. then kena jalan sikit untuk sampai ke east entrance of Merdeka 118. kalau korang naik Monorel pula, boleh turun kat stesen Maharajalela dan jalan beberapa minit untuk ke Merdeka 118.
replika Merdeka 118 dan bangunan-bangunan sekitarnya.
agak-agak nanti kalau 118 Mall dah buka, The Exchange TRX akan tergugat tak?
short video inside Merdeka 118. tapi ground floor je laa...
bawa bekal roti ni tapi tak makan pun. korang dah dapat / try roti baru ni? anies jumpa kat AEON. kat 7Eleven tak ada lagi. yang suka pedas, kompem suka roti ni. harga: RM2.60 sebungkus.
khabarnya Merdeka 118 ni bakal siap sepenuhnya pada Januari 2027. nanti bila semua dah ready, anies nak datang lagi. tak puas tengok bangunan kosong je.
well... tu je laa cerita untuk hari ni. thanks for reading...
daaa
16 Words of Lo♥e
So sorry about the upset stomach 😢 That is an amazing building.
ReplyDeleteBK meraikan merdeka di rumah sahaja. Bersama anak anak buah dan adik beradik menyambut hari jadi bulan lapan. Pagi pagi kami semua tengok tv tengok perarakan. paling excited tengok jet pejuang buat persembahan. BTW, roti pizza tu facourite BK dan suami ...
ReplyDeleteOwh..tak siap sepenuhnya lagi ya..TRX pun tak sampai lagi..kikiki
ReplyDeleteSALAM MERDEKA ANIES MAKAN ROTI PEDAS XSAKIT PERUT KA
ReplyDeletePH la tu, breakfast depan TV sambil tengok perarakan Merdeka 😁
ReplyDeleteOh belum siap sepenuhnya bangunan ni, ingatkan dah siap sbb orang dok pergi sini kan... Tq info
Sambut kat Lipis je ada sambutan peringkat daerah.
ReplyDeleteSetiap pi KL nampak lah bangunan ni.. teringin juga nak naik. Ingatkan dah dibuka sepenuhnya kepada massa..
ReplyDeletewah sampai dah Anies Merdeka 118 , lepas ni boleh try naik atas pula kalau dah open to public kan :)
ReplyDeleteParece un lindo lugar. te mando un beso.
ReplyDeletemerdeka tgk kt tv je...tkde kegigihan nk ke putrajaya...nk plak bz monthly report..cuti pjg tk brp merdeka sbb kena ngadap data report haha....ada tgk park hyatt hotel yg tinggi tu..mau gayat
ReplyDeleteWaktu saya kuliah dulu, saya pernah loh ketemu bun yg jenis isi nya savoury macam ini. Tapi saya lupa brand apa. Yg pasti saya sukaaa sangat, apalagi memang saya LBH suka roti yg begini drpd filling manis.
ReplyDeleteYg durian saja saya belum coba, ini udah ada rasa baru ya 😄
Oh nanti di bangunan ini akan ada mall kak? Aiiiih, TRX saya belum sempat lihat loh, makin banyak homework saya briskwalk di mall2 sana kayaknya 🤣
ReplyDeleteMerdeka tahun ni kiteorg tengok kat tv je. Tahun lepas beria2 pergi ke Dataran Putrajaya nak tengok pertunjukan airshow, tapi tak kesampaian sbb time tu tgh 🇯🇵 heavy pulak tu. Tak dapat tunggu smp habis untuk pertunjukan udara.
ReplyDeleteSaya jenis tak rajin nak ikut bersesak Anies. Tengok live kat TV je lah. Nampaknya kena tunggu 2027 nantilah baru boleh datang sini bila dah siap semuanya. Roti tu tak cuba lagi sebab tak jumpa lagi. Durian pun masih mencari. huhu...
ReplyDeletekita merdeka tahun ni gi kedah. tapi pagi tu tgok perarakan kat tv je hehe
ReplyDeleteoh ingatkan merdeka 118 ni dah siap sepenuhnya. sbb haritu ada tengok kat ig kot, ada tower run kat building ni
Salam merdeka.
ReplyDeleteLD sepi jew....
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆