Chiang Rai, Thailand: Wat Rong Khun a.k.a White Temple
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
dalam perjalanan ke Chiang Rai, tour guide (TG) tak cakap apa-apa pun berkenaan destinasi kami yang seterusnya. dalam pada tu anies terfikir, kot kot laa kalau ada masa, anies nak cadangkan kat TG, boleh tak bas berhenti sekejap depan Wat Rong Khun (WRK) untuk kami bergambar? alang-alang dah lalu Chiang Rai ni kan...
dalam pada berkira-kira tu, tak lama kemudian TG buat pengumuman. rombongan kami akan singgah WRK! wargh! masa tu anies rasa nak melompat je! excited sangat.
dah lama berangan nak tengok WRK ni depan mata tapi tu laa... lain yang dirancang lain yang jadi. rupanya pada 11/12/2024 barulah ada rezeki ke sini.
kata TG lagi, selain WRK... kat Chiang Rai juga ada Wat Rong Suea Ten a.k.a Blue Temple. tapi yang ni kami tak singgah sebab kekangan masa. tak apa laa... dapat singgah WRK pun dah cukup bagus daaa... nanti ada rezeki ke Chiang Rai lagi, boleh laa ke Blue Temple pula.
tiba kat kawasan parkir, suasana agak sibuk. bas pelancongan tak payah cakap laa. memang banyak. kami kena jalan sikit sebelum ke main entrance WRK. well, bayaran masuk adalah 200 Bath. tapi kalau nak tengok kawasan sekeliling WRK tak perlu bayar.
kata TG, WRK bukan digunakan untuk aktiviti keagamaan. ia sekadar binaan yang diilhamkan pakar seni bina terkenal Thailand iaitu Chalermchai Kositpipat. nak baca lebih lanjut tentang WRK, klik kat SINI ya!
well... photo kat WRK ni terlalu banyak. so anies pilih yang mana okey je laa ya. selebihnya anies 'sumbat' dalam video. lagi satu, foto-foto kat bawah ni tak tersusun ya...
antara wat paling famous kat Thailand...
kalau tak silap ni bangunan pentadbiran. yang dalam banner tu = the master behind WRK, Mr. Chalermchai...
haa... ni laa rahsianya kenapa WRK ni nampak cantik dan berkilau bila terkena cahaya lampu / matahari. serpihan cermin dilekatkan pada setiap binaan...
loceng besar ni ada kat kawasan belakang WRK...
'replika gua' ni pun berada kat kawasan belakang WRK. boleh je kalau nak masuk tapi anies tengok dari luar je laa...
ni baru wat yang sebenar yang menjalankan aktiviti keagamaan... juga terletak di bahagian belakang / bersebelahan WRK...
WRK dari sebelah tepi... tak dinafikan seni binanya cantik sangat...
kedai cenderamata... sempat laa beli fridge magnet sekeping dua kat sini...
ruang pameran dan kedai cenderamata...
satu-satunya 'tandas' emas @ Thailand? mungkin kot... terletak bersebelahan WRK. betul ke diperbuat daripada emas? tak laa... cuma guna cat warna emas je...
dalam 'tandas emas'...
short video. foto-foto lain anies masukkan dalam video ni... jemput tonton!
👆👇buek konangan katonyo...
well... tu je cerita jalan-jalan untuk hari ni. thanks for reading... daa
25 Words of Lo♥e
Cantiknya tempat ni! Suka tengok gambar2 temple warna putih tu dengan pantulan atas air macam dalam cermin 😄
ReplyDeleteAbsolutely stunning! Beautiful photos, lovely reflections!
ReplyDeleteWah, cantiknya! Macam tahu-tahu je TG Anies nak singgah sini. Akhirnya impian jadi kenyataan! Kalau saya pun excited!
ReplyDeleteOo inilah rahsia dia ek, letak serpihan cermin rupanya. Cantik betul bila digambarkan tengah panas tu. Macam istana beku pun ada.
Rugi kalau tak bergambar banyak² kak sini kan. Tengok dalam gambar pun dah cantik, inikan tengok depan-depan.
Wahh berkilau2 semuanya. Menarik lah WRK ni.
ReplyDeletejauh berjalan luas pemandangan. selamat berwisata...
ReplyDeleteSetiap bangunan sini sangat unik.
ReplyDeleteBello lugar. Te mando un beso.
ReplyDeleteHalus dan berseni binaannya.
ReplyDeletehalus ukiran wkr rajin betul pengukirnya
ReplyDeletethank you!
ReplyDeletethank you!
ReplyDeleteSungguh luar biasa menakjubkan
ReplyDeleteIndah dan cantik sekali bangunannya.
Amazing bangat.
Kalau dirupihkan, tiket masuknya jadi berapa ya
Senibina dia cantik sangat! Ada serpihan kaca tu buat dia nampak berkilau.
ReplyDeleteWaduh tandas dia nampak mewah betul. Warna emas lak tu hahaha
Lain macam kan ukiran dia... Gila punya detail... Kalau uncle boleh berjam2 teliti ukiran cam tu....
ReplyDeletehappy kan, bila impian sekian lama dah tercapai tanpa disangka-sangka.. cantik vibe sekitarnya
ReplyDeletePemandangan yang indah dan foto foto yang indah, serasa ikut jalan-jalan.
ReplyDeleteMasyaAllah, WRK memang cantik banget ya Mba! Dari foto aja udah bikin merinding lihat detail dan kilaunya, apalagi kalau langsung di depan mata 😍. Aku baru tahu juga kalau dia bukan digunakan untuk ibadah, lebih ke hasil karya seni. Penasaran deh sama suasana aslinya, katanya kalau kena sinar matahari jadi berkilau ya? Jadi makin masuk bucket list aku nih Chiang Rai 🤩. Next time semoga ada rezeki juga buat mampir ke Blue Temple.
ReplyDeletemacam lukisan je nampak gambar2 wat tu...betul2 unik senibina nya nie
ReplyDeleteCantiknya wat warna putih tu ya.....
ReplyDeleteIni kalau pg, tengahari dan ptg mmg cantik la viewnya. Bersilau2
ReplyDeleteRindu nya saya ke Chiang rai 😍😍😍😍. Dulu kesini 2014 dengan teman blogger. Memang lah pasti DTG ke white temple. Kami sewa saja 1 song thew tahu 🤣. Semacam angkot kalau di sini. Bisa utk banyak orang, tapi Krn sewa, jadi cuma kami berdua di situ 🤭
ReplyDeleteMasih gratis tiket masuk yaaa. Dulu saya kesana juga gratiiiis. Sukaaaa sangaaaat white temple ini. Fav saya dibanding semua temple di Thailand
ReplyDeleteDan memang tak sangka toiletnya cantik sangaaaat hahahahahha. Kalo tak ditulis toilet, saya pikir itu kuil juga 🤣
ReplyDeleteEh, dulu ada bagian kuil, yg puncaknya patah kak. Kalo dengar penjelasan guide, Krn ada gempa bumi waktu itu. Tak tahu lah skr. Apa sudah diperbaiki yaaa
ReplyDeleteBetul lah Anies.. Cantik sungguh senibina dia.. Anie buat Sha rasa macam nak ke sini juga.. hahaha.. Sha suka tengok senibina-senibina bangunan ni.. Tambah yang macam ini.. Pandai betul dia bubuh cermin tu.. Buat bangunan tu nampak cantik..
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆