Bila barang kena curi

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alkisah semalam... sebaik tiba kat stesen anies terus ke toilet. pada masa sama anies ada bawa makanan. sebelum masuk toilet, anies letakkan bungkusan tu kat atas meja penjaga tandas (tapi penjaga dah balik). well... takkan laa nak bawa makanan masuk toilet kan...

bila keluar... tiba-tiba bungkusan tu dah tak ada atas meja! hilang! ghaib! berderau jugalah walaupun tu cuma makanan je. anies melilau sekejap and cari orang 'bawa beg plastik hijau' tapi tak jumpa.

then anies decide untuk redeem tiket dan lepas tu datang semula ke toilet dengan harapan orang tu dah pulangkan semula bungkusan tu. tapi tak ada. tiba-tiba...

"siapa punya ni?" soal seorang lelaki sambil pegang bungkusan.

tanpa berlengah, "saya! saya punya!" 

anies terus dapatkan pak cik tu dan bungkusan pun bertukar tangan.

"saya letak kat atas meja tu sebelum nak masuk toilet tadi. tapi bila keluar, dah tak ada!" beritahu anies.

"ooo ya ke? tapi saya nampak ada belakang pintu tandas ni," ujar pak cik tu sebelum masuk toilet khas OKU.

lepas tu, tanpa berlengah anies pun check kot kot ada barang yang hilang. masa tu juga baru anies perasan ada koyakan besar kat tepi plastik. tapi satu makanan pun tak diambilnya. 

"kenapa tu?" soal someone yang kebetulan ada kat bangku depan toilet.

anies pun explain apa yang terjadi. bila dia nampak bungkusan tu dah terkoyak, dia cepat-cepat buka bungkusan yang dibawanya lalu dihulurkan sehelai beg plastik besar. rasa terharu sekejap. lepas ucap terima kasih anies terus bergegas ke platform.


bungkusan yang hilang tu👆BTW, kenapa tak masukkan dalam beg? barang dah penuh dalam beg tu. plus, makanan tu jenis berkuah. walaupun dah balut plastik anies memang tak berani nak masukkan dalam beg. biarkan pegang sekejap. tapi memang laa tak sangka sampai 'kena curi'... apa-apa pun terima kasih kepada pak cik yang jumpa barang ni dan pak cik yang bagi beg plastik putih. semoga Allah sahaja yang balas kebaikan kalian. amin...


moral of the story? korang rasa...?😁

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

14 Words of Lo♥e

  1. Tak sanggup juga nak bawa masuk makanan dalam toilet. Tapi kalau minta orang tengokkan okey juga. Tapi kalau barang berharga tak boleh tinggalkan langsung.

    ReplyDelete
  2. laju betul buat kerja ye dorang ni

    ReplyDelete
  3. Moral of the story, jangan tinggalkan begitu saja walaupun di meja ada pengawal. Sebab bukan tugas dia jaga barang kita melainkan kalau bagi dia upah. Baru dijaga elok agaknya. Syukurlah ada orang baik. Tapi makanan tu berusik tak Anies? Maksudnya dibuka ke. Risau juga kalau tercemar kan.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, jika dah rezeki tak ke mana.. takdir bertemu dengan orang baik..

    ReplyDelete
  5. Wonderful story ❤️ Thank you 😊 for sharing.

    ReplyDelete
  6. takkan kucing plak yg nk curi kan..hehe..
    pernah time camping tinggalkan roti kat atas meja.lupa nk bawa masuk dalam khemah. esok paginya hilang sebuku tu.. dah pelik sgt dah ni.. sekali husband terperasan plastik roti kami dah koyak2.. ok, kami syak anjing laa tu makan.. padahal campsite tu ada penjaga..acaner laa boleh terlepas ada anjing masuk kawasan campsite.huhu

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah masih ada rezeki anies masih ada xhilang

    ReplyDelete
  8. Que bom que ainda existem pessoas boas, passando pra desejar uma ótima semana bjs.

    ReplyDelete
  9. Dah namanya rezeki, kembali semula ke tuannya

    ReplyDelete
  10. Masih jadi misteri macam mana plastik tu ada belakang pintu. 😲

    ReplyDelete
  11. kdg2 org nie cuba nasib...kot2 ada barang berharga katanya...
    tapi, masih rezeki anis lah tu

    ReplyDelete
  12. Rezeki ke.bali ke tuannya yang berhak.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah syukur... Tak hilang walau ia adalah makanan.. dpt pula org bgi beg plastik yg lebih elok.. sbb dah koyak..

    ReplyDelete
  14. Adoi.. Macam-macam perangai manusia sekarang ini.. Kira masih rezeki Anies tu, Alhamdulillah ditemukan dengan orang yang baik-baik..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆