Ratchaburi → Bangkok, Thailand: Damnoen Saduak Floating Market, Ikrom Halal Foods + Masjid Jamiul Idhard

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

kenapa anies gabungkan ketiga-tiga tempat ni dalam 1 entry? ni kerana semua tempat ni anies dah pernah jejaki masa datang ke sini pada 2016.

klik link di bawah untuk baca:


Samdoek Saduak Floating Market

sebaik turun bas, anies perhatikan dah banyak perubahan berlaku kat sini. kawasan parkir pun dah okey dan luas. ada beberapa bangunan baru didirikan di situ.

selesai bergambar beramai-ramai, kami bergerak masuk ke dalam pasar. sama macam kawasan parkir, suasana kat sini pun dah banyak berubah. kelihatan lebih teratur terutama kawasan berniaga.

beberapa ahli rombongan yang belum pernah naik sampan, mula berkumpul di suatu tempat. manakala anies dan yang lain bergerak ke tempat lain. in other words, kami ke kawasan yang tak pernah dijejaki sebelum ni.

kawasan pasar ni luas tapi pengunjung yang datang lebih tertarik untuk naik sampan dan mengelilingi kawasan pasar. dah nama pun floating market kan...

sambil-sambil tu sempat laa anies tolong snapkan foto dan shoot video untuk ahli-ahli rombongan yang naik sampan tu. happy betul diorang bila ada orang tolong snap kan foto. 


suasana dari kawasan parkir...

ada restoran halal kat sini ya... so kalau lapar boleh singgah...

mostly barangan yang dijual kat sini, sama je. baju, beg, souvenir, jajan etc. lepas tu design dan pattern pun sama je walaupun kau pergi tempat lain😂kat sini boleh tawar-menawar. kalau bawa orang Thai, boleh dapat lagi murah.

dah nama kawasan pelancongan. confirm sesak!

ni masih kat area floating market tapi bahagian lain...

Raja Rama ke-V pernah melawat pasar ni...

better datang sini pada waktu pagi. sebab cuaca agak panas selepas pukul 11.00AM...

us... mem besar kau dah patah pinggang😂😂

Ikrom Halal Foods

dalam jam 11.00AM kami pun beredar. anies terlelap sekejap. celik je, tengok tengok bas dah masuk area Bangkok. masa tu dah hampir jam 12.00PM dan perut mulai lapar.

bila bas melewati motorway / highway, anies dapat rasa yang diorang akan makan kat restoran yang pernah anies singgah. anies tak cam kawasan tu. tapi tak lama lepas tu, bila ternampak masjid, maknanya betullah sangkaan anies.

sebaik turun bas, sebahagian ahli rombongan terus ke masjid yang terletak tak jauh dari restoran. tapi kami, ambil keputusan untuk makan dulu. lagipun, pihak TA bagi masa 2 jam untuk makan dan solat. so tak ada laa nak rushing bagai...


masa datang sini pada 2016, nama restoran ni adalah Restoran Sarina. 

banyak dah perubahan (suasana) yang berlaku kat restoran ni... 

kat sini ada jual lokcing, roti canai, nasi campur, masakan panas etc. dari segi harga, nak kata mahal sangat tu, tak ada laa... nak kata murah pun... tak juga.

kaunter nasi khomok...

suasana dalam restoran...

anies order nasi goreng telur. kalau tak silap harganya 75 Bath sepinggan. Alhamdulillah sedap walaupun sedikit manis...

sebelum balik, sempat beli lokcing. harga: 30 Bath. buat kunyah-kunyah dalam bas sebab perjalanan kami lepas ni agak jauh jugalah...

Masjid Jamiul Idhard

usai makan, kami terus gerak ke masjid. ahli rombongan yang dah solat terlebih duhulu tadi, rata-rata dah selesai solat. so, kami yang datang kemudiannya tak risau nak beratur panjang untuk tunggu turn masuk toilet😂


nak tengok suasana di dalam masjid ni, boleh klik link kat atas ya!


keadaan masjid ni tak banyak yang berubah. sama je macam yang kami tengok masa tahun 2016 lepas. so, andaikata korang datang ke Bangkok nanti, jangan lupa singgah solat kat sini ya!

okey, tu jelah perkongsian untuk hari ni. thanks for reading.
daa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆