#SoloTravel - embarking on the journey

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sejujurnya, (plan) solo travel ni tak termasuk pun dalam wishlist atau azam 2024. kalau setakat angan-angan tu... selalu je buat😂

sampailah 1 hari di bulan September 2024. Allah berikan ilham dan mungkin juga sedikit kekuatan untuk anies mulakan solo travel ni. 

once dah beli tiket, bohonglah kalau cakap tak timbul rasa takut atau gerun. fikir yang bukan-bukan pun ada juga. tapi, lepas baca pelbagai info, sedikit demi sedikit keyakinan tu 'terbentuk'.

Alhamdulillah... akhirnya 20/12/2024 bermulalah solo travel pertama ke negara.... (acu teka?)

(BTW, trip ni berlangsung beberapa hari selepas anies balik dari SINI)

disebabkan flight seawal 6.50AM jadi anies decide untuk tidur kat airport je walaupun dah tahu aircond kat sana macam Antartika. pusing doploh kali pun mata tak nak lelap. dah nak dekat pukul 5.00AM barulah terlena sekejap. haihhh...

since anies tak ada check in luggage, jadinya dengan senang hati dapat melepasi 'segala halangan' kat KLIA T2 dengan mudah walaupun pagi tu, kemain ramaiiiii umat manusia!

ada cerita tak berapa nak lawak sebelum boarding.

"DIMINTA PENUMPANG BERNAMA... (anies laa tu) HADIR KE GATE P24... bla bla bla..."

ahh sudahh... aku dah terlewat ke ni? anies terus tanya salah seorang passenger yang duduk kat situ. bila dia kata, dia akan ke XXX... haaa lega! ingatkan tadi dah terlepas flight. padahal baru 6.10AM.

masa boarding, anies kena tahan dengan staf AirAsia. rupanya... sebab tak update nombor passport kat Apps AirAsiaMOVE... adehhh... patutlah nama kena sebut tadi. glamer sekejap😂

masa pergi Jepun 2 tahun lepas, farah yang belikan tiket. then pergi Penang, cuma beli tiket je. tak guna pun passport. sebab tu laa anies tak update info kat apps AirAsiaMOVE tu.

Alhamdulillah 6.55AM flight kami selamat berlepas dari KLIA T2. masa tu, entah kenapa hati terasa sayu. yalah... sebelum ni jalan-jalan dengan family... dengan kawan-kawan. tapi hari tu... jalan sorang-sorang...

tak apalah. dah ni yang kau pilih, kan? anies pujuk diri sendiri. lepas tu, terus lelapkan mata. sedar sedar... terdengar pilot buat announcement yang flight kami bakal mendarat tak lama lagi...

jantung mula berdegup laju... can i???


macam biasa... dari rumah naik MRT then sambung naik ERL, terus ke KLIA...

sementara tunggu turn untuk diperiksa oleh staf AirAsia... yang bawa luggage besar tu pandai-pandailah handle ya. jangan terlebih berat...

suasana dalam flight sebelum fly... ramai juga manusia pada hari tu walaupun bukan weekends...


to be cont...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆