เริ่มต้นการผจญภัยในห้าประเทศ

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Segalanya bermula dari iklan yang asyik lalu lalang kat FB. lama-lama, siapa tak tertarik, (baca: teracun) kan?😂

so anies pun belek-belek laa iklan tu. then rasa... pakej yang ditawarkan ni menarik dan harga pun 'boleh laa'... tak sampai pun RM3K termasuk hotel, makan minum dan insurance.

then, lepas hari raya 2024 kami terus daftar dan bayar. pihak travel agency (TA) benarkan bayar ansuran, jadi tak laa rasa terbeban sangat nak keluarkan duit sedebuk macam tu...

fast forward... Alhamdulillah... segalanya berjalan lancar walaupun ada drama seminit di pagi hari masa nak bertolak dari rumah pada 4 Disember tu. haihh... 


anies dengan ahli rombongan dari KL naik ETS sampai ke Padang Besar. tiket sehala ETS: KL Sentral - Padang Besar = RM100. warga pencen dapat diskaun 50%. tapi tiket ni tak termasuk dalam pakej TA. anies beli tiket ni 2 bulan sebelum bertolak. mulanya nak beli sekali tiket return tapi dah sold out

suasana dalam ETS. gerabak mulai penuh selepas stesen Ipoh. kalau tak silap train ni akan berhenti di 13 stesen sebelum tiba di stesen Padang Besar. dan pada hari tu, baru anies tahu yang train ni tak berhenti / masuk stesen Butterworth, Penang😂😂

ETS. kami duduk kat koc C dan seat pula bersebelahan kafeteria. kalau korang tak suka suasana bising, nanti naik ETS jangan pilih koc C. penumpang ramai lepak kat situ sambil bersembang. so faham faham je laa...

short video - dalam perjalanan...


perjalanan kami smooth je tapi sebelum dan selepas stesen Alor Setar, train berhenti 2 kali dan menyebabkan kami, yang sepatutnya tiba jam 12.41PM, tergendala sampai 1.05PM. haihh...


ICQS Padang Besar...


keluar dari stesen Padang Besar, kena tarik luggage sampai ke ICQS Padang Besar. dah laa jauh... tercungap-cungap kami dibuatnya. masa ni kami tak tahu yang kami sebenarnya boleh je sewa kereta sampai ke imigresen Thailand. 




kat ICQS👆, masa nak cop passport, Q kami tak bergerak-gerak! hangin 1 badan dibuatnya! kita nak rushing tapi jadi lagi lambat. dah masuk 1.45PM pun masih tak lepas kaunter😡😡

tepat jam 2.00PM kami dah keluar dari ICQS. then kami didekati prebet sapu dan dia offer bayaran sebanyak RM26 untuk 3 orang + bantu untuk lepas imigresen Thailand tanpa perlu beratur dan scan beg. 

kami terus setuju dengan harga yang diberi sebab masa tu bukan takat nak rushing je, tapi juga sebab dah penat. tambah pula cuaca hari tu boleh tahan panas meski tengah musim hujan dan banjir.

keluar je dari imigresen Thailand, bas kami dah tunggu tepi jalan. jujurnya, memang rasa bersalah sangat sebab tinggal kami je yang belum naik bas. kesian mereka yang dah tunggu dari jam 11.00AM!!!


sepanjang berada kat Thailand, kami guna bas double decker ni. warga emas yang sakit lutut/kaki duduk tingkat bawah. bas ni, mana-mana kami pergi akan jadi tumpuan ramai. bila malam dan berhenti rehat, driver akan on semua lampu. dah sebijik macam kelab dangdut pun ya😂ditambah pula dengan speaker besar kat cermin depan tu. haa apa lagi? makin sakan laa warga emas ni berdangdut macam Inul😂😂😂

nak dengar bunyi speaker bas ni? tonton short video👆


ke mana destinasi kami seterusnya? tungguuuu...

okey, tu je laa perkongsian untuk hari ni. 
daa..

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆