Songkhla → Samut Songkhram, Thailand: merentasi 8 wilayah dan cerita fasal makan
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
perjalanan kami bermula dari imigresen Thailand yang terletak di Sadao, Songkhla ➡ Phattalung ➡ Nakhon Si Thammarat ➡ Surat Thani ➡ Chumphon ➡ Prachuap Khiri Khan ➡ Phetchaburi ➡ Samut Songkhram.
kalau nama / susunan route ni ada kesilapan, mohon perbetulkan, ya!
ni pengalaman pertama naik bas dan menempuh perjalanan hampir 900KM++ dan mengambil masa lebih 13 jam.
lepas makan kat (RnR) stesen minyak (sebaik saja masuk) Phattalung, bas berhenti 3 - 4 kali untuk isi minyak dan singgah toilet. mostly tempat-tempat yang bas berhenti sepanjang kami kat Thailand ni adalah @ stesen minyak. kalau korang pernah ke Thailand, mesti dah maklum macam mana keadaan stesen minyak kat sana, kan?
anies, secara peribadi memang suka stesen minyak kat Thailand ni. selain ada kafe Amazon dan 7Eleven, penjaja jalanan pun ramai. kalau bernasib baik, korang akan jumpa stesen minyak yang kelilingnya penuh dengan kedai dan tak ubah macam kawasan pasar harian!
pit stop pertama kami. anies beli nasi ayam kat sini. sedap giler! rasa macam tak cukup sepinggan! ahli rombongan lain pun cakap sedap. ada 3 gerai halal kat sini.
ni laa nasi ayamnya. ketiga-tiga sos; cili, kicap dan namplawan (cair) sedap nak mamps!!! siap hirup lagi tu! fuhhh... kalau korang pergi Phattalung, try laa cari stesen minyak PTT. kalau nampak food court di sebelahnya, then carilah gerai ni ya!
suasana dalam bas lepas makan... blur laa pulak... setiap penumpang akan dibekalkan dengan selimut dan 2 botol air mineral setiap hari.
anies beli sim card ni (dari TA) dan diserahkan selepas makan. memang terbaiklah operator ni! bayar RM39 tapi coverage nya sangat best. internet laju dan paling best, anies guna lebih 3 minggu tanpa top up walau 1 Bath pun. pada hal, sepanjang jalan, non stop layan Youtube, TikTok etc.
rasanya, tak sampai 20KM kot lepas makan, tiba-tiba bas belok ke kiri dan masuk sini👆👇. kata tour guide, kita nak beli kuih-muih. dalam kepala anies dah terbayang pulut mangga. tapi, bila dah turun... rupa-rupanya kuih-muih macam brownies, kekacang dan sebagainya. then, kalau beli apa-apa makanan kat situ melebihi 100 Bath, pengunjung akan dapat secawan minuman percuma.
kawasan parking kat sini luas. selain ada gerai makanan, terdapat juga surau dan toilet.
usai membeli, bas meneruskan perjalanan. anies tak sedar (💤💤💤) bila bas berhenti isi minyak / ke toilet. kat Thailand ni, jam 6.00PM dah mulai gelap. dalam pukul 10.00PM tour guide beritahu, kami akan berhenti di Phetchaburi (RnR) untuk makan malam dan solat jamak.
ni laa RnR nya. sangat besar dan luas. masa ni dah pukul 12.00AM, ya! pelanggan penuh kat sini. rata-rata pemandu lori laa... orang perseorangan pun ada juga. kat sini ada 2 gerai halal. penjualnya Muslim dan berasal dari selatan Thailand (boleh kecek Kelate).
kat sini juga ada surau yang besar dan selesa. tandas pun banyak. kawasan parking... luas giler! lama juga kami berhenti kat sini sebelum menyambung perjalanan ke Samut Songkhram yang mengambil masa kira-kira 4 jam++.
kami beli mi celup daging. harga semangkuk mi: 60 Bath. dah tengah malam ni, selera pun tak ada sebab mata mengantuk. tapi dalam masa sama, perut lapar. so telan je la...
jam 4.30AM kami dah tiba Samut Songkhram. dan bas berhenti sekali lagi di salah satu RnR yang agak besar kawasannya. anies terlupa nama tempat tu (tak sempat snap foto). kat sini, pelbagai kemudahan ada. gerai, restoran, surau, bilik mandi, tandas, kedai etc.so, kami ambil kesempatan untuk mandi dan solat Subuh. ikut waktu Thailand, Subuh masuk jam 5.10AM.
oh, ya! kalau nak mandi kat area ni, kena bayar 5 Bath seorang. kena guna duit siling 5 Bath sekeping. kalau tak ada, boleh tukar kat penjual (gerai) berhampiran bilik mandi.

kira-kira dalam 6.15AM, kami teruskan perjalanan dan singgah sini untuk sarapan. lebih kurang 1/2 jam je dari kawasan RnR di atas. ni restoran halal, milik pasangan Muslim dari selatan Thailand. nama restoran ni: Pochana Muslim Restaurant.
dalam restoran...
short video suasana di restoran...
anies makan ni je. semangkuk kecil tomyam, sedikit ulam dan nasi. lepas makan, nak bayar... "240 Bath!" tekezut kami dengar! makan untuk 2 orang dengan lauk sama + secawan teh tarik macam👆 240 Bath? makkk aiiii... kemain mahal. tapi nak tak nak kena bayar juga...
anies tanya ahli rombongan yang lain. diorang pun cakap benda sama. makanan kat sini mahal. tak tahu laa apa yang mahal sangat. nak kata sedap sangat tu, biasa je nyah😂
lepas makan, kami naik bas semula dan menuju ke destinasi seterusnya. ke mana? tungguuuu...
thanks for reading...
daaa
31 Words of Lo♥e
kalu mata ngantok, nak mkn pon rasa nak pejam mata ehehehe
ReplyDeletetu laa pasalllll
DeleteDENAGR CITER MAKANAN SANA MURAH ... IYE KE IDOK ;) INSYAALLAH ADA REZEKI NAK JUGA JJCM KAT SANE ;)
ReplyDeletetgk tempat juga cik tim
Deletekalau pandai cari boleh je dpt yg murah dan sedap
Jap..Anies guna simkad tu selama lebih 3 minggu.
ReplyDeleteMaksudnya trip ni lebih 3 minggu ya?
x tau nak explain cm ne
Deleteyg pasti sy berada di thailand 2 kali
awatla mahai sangat tu memang xpatut rega gitu kan
ReplyDeleteentah laa kak mungkin kat situ satu2 nya resto halal yg ada
DeleteTerliur pulaa lihat nasi ayam nya kak. Apalagi kakak bilang sedap sangat 😍😍😍😍. Memang lah makanan Thai ini jarang yg failed. Rindu pula nak kesana lagi.
ReplyDeleteTerkadang kalo dah malam sangat, tp masih diksih makan, memang rasa tak napsu. Apalagi saya yg stop makan setelah jam 8 malam. Memang langsung begah perut kalo dipaksa makan lagi 😄.
Makanan yg trakhir tuh, nampak scam sangat 🤣🤣. Cuma Tomyam seuprit dan ulam, bisa habis 240 bath. Memang mahal hahahahha. Sengaja sangat mentang2 turis.
sy, kalau kata sedap memang sedap betul masakannya. ini kerana lepas tu sy makan nasi ayam sy tak jumpa.lg nasi ayam sesedap yg ini...
Deleteitulah... sy pun fikir begitu juga. sebab kami tourist senang je dia mark up harga...tambah pula dia suruh makan dulu baru bayar. hmmm
Me dio hambre. ten un buen fin de semana.
ReplyDeletejajaja ten paciencia
DeleteWah 13 jam perjalan itu memang cukup lama..saya pernah naik bus ke kampung suami selama 20 jam perjalan 😁 Badan rasa remuk redam..syukur sudah ada jalan tol..jadi bisa lebih cepat .
ReplyDelete20 jam.lg dahsyat!
DeleteKalau di sini bus atau mobil pribadi dan sebaginya akan berhenti di rest area ketika menggunakan jalan tol, biasanya memang banyak kedai"atau warung makan dan musola , toilet, sekaligus kendaraan isi bahan bakar di situ SPBU namanya..biasalah..kalau jalan jauh itu pasti ada" saja penumpangnya, maklum lah ya 😁
ReplyDeleteBagusnya juga rest areanya ya, punya kedai yang menyediakan makanan halal. Amanlah perjalanan Cik Anies
ReplyDelete900km 13 jam ya Anies. Makanan di sana, memang sohor sedapnya kan.
ReplyDeleteitu anggaran kasar je... mgkn lbh mgkn krg
Deleteuish kematu punggung tu perjalanan 13 jam!
ReplyDeletealaa dulu pegi thailand tak ingat pulak jumpa stesen minyak yg luas mcm rnr
kalau dlm.kaw jrg jumpa stesen myk yg luas. kalu luar bangkok ya... ada byk...
Deletenasi ayam serupe dengan nasi hainan ke, kak Anies? Mahal apakah kerana dia halal dan susah dicari?
ReplyDeleteya. ada yg panggil nasi ayam.hainan. since kat situ tulis nasi ayam so sy follow je😁
DeleteSo nice :D
ReplyDeleteUncle pernah terfikir nak ber bas untuk long distance...
ReplyDeleteCuma pinggang macam tak setuju... maklumlah, orang tua
cerita makan dan travel memng best layan
ReplyDeleteMelihat makanannya bikin ngiler mbak. Aku jadi terbayang cita rasa makanan khas thailand
ReplyDeleteMakanan Thai ni memang sis suka. Hari ni nak masak Tom Yum guna paste Thailand. Kap pun Ka. Hehe
ReplyDeleteWow! Ini betul-betul ukur jalan ya Anies tak sabar nak kisah destinasi akhirnya
ReplyDeleterindunya bumi ini.. dulu makcik lady yg tinggal di saiburi rumahnya dilanda banjir ... air separas dada atau sedikit lagi nak kepala org dewasa.. huhuhuhu
ReplyDeletesedapnya nasi ayam tu, terbayang2 plak rasanya
ReplyDeleteemm..selalunya murah je, but maybe mahal sbb dia tahu tu laluan & pitstop tourist kot...agaknya la
Asyik juga Mbak jarak 900 km dengan naik bus...
ReplyDeleteSepertinya harga semangkok kecil tomyam dan nasi 240 Bath itu agak mahal ya Mbak.
Memang tidak ada daftar harga di daftar menu yang Mbak?
Salam,
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆