Samut Songkhram, Thailand: Maeklong Station + Maeklong Railway Market

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

destinasi pertama kami ni... antara tempat yang sering menjadi tumpuan pelancong di serata dunia... rasanya tak perlu diperkenalkan lagi, kot?

lepas sarapan tour guide (TG) beritahu, kami mesti sampai sini sebelum 8.30AM. ni kerana kereta api akan lalu kat pasar pada 8.30AM dan akan berpatah balik pada jam 9.00AM. 

kami tiba tepat jam 8.00AM. then TG bawa kami terus ke stesen Maeklong (jalan kaki). di kesempatan tu dapatlah anies tengok suasana pagi kat sini. kawasan penjaja yang sibuk dan pelbagai barangan dijual setiap hari.

Maeklong Station


stesen Maeklong adalah stesen terakhir untuk kereta api ni. kalau korang datang antara jam 8.00 - 9.00AM, jangan terkejut bila tengok ramaiiii pelancong kat sini.


berebut-rebut nak bergambar kat sini. tu yang tepaksa snap senget😂

@ stesen Maeklong. simple je binaannya... kat sini padat dengan manusia dan kenderaan yang lalu lalang sebab kawasannya sempit...

moh ler pijak landasan ni berjemaah😂 jangan risau. tak bahaya pun. cuma kena hati-hati supaya tak tersadung esp yang pakai 👠👠 tu.

suasana dalam stesen Maeklong. dah serupa food court pun ya😂 rasanya kat sini hampir tiada makanan halal...

us... total: 42 person includes 6 staff of TA... acu cari mana mem besar kau😂😂

Maeklong Railway Market

lepas bergambar kat stesen Maeklong, TG suruh kami masuk dalam kawasan pasar (pasar atas landasan kereta api) untuk saksikan sendiri macam mana peniaga-peniaga alihkan khemah dan jualan mereka sebelum kereta api sampai.

kat area situ juga ada line merah. it means, jangan berdiri/berada kat area line merah sebab itu adalah laluan kereta api. kalau degil juga, selamatlah korang terpelosok bawah kereta api😂


short video - suasana pasar sebelum kami tiba di Maeklong Station.

sebaik turun bas, korang akan nampak kawasan ni dulu sebab ia bersebelahan dengan main road. kiranya ni 'pangkal' pasar laa... masa ni kami tengah tunggu kereta api berpatah balik. anies malas dah nak berhimpit kat dalam kawasan pasar tu. so cepat-cepat lari ke tepi jalan dan standby je kat situ...

ni jadualnya kalau korang nak tengok kereta api lalu kat pasar ni. waktu pagi memang sesak dengan pelancong...

ni laa kereta apinya dan ia bergerak perlahan je masa lalu kat sini. time anies snap foto ni, tak sampai sesaat..."tinnnnnnnn" kemain kuat honnya😂😂 yelah... diorang pun tak nak ambil risiko cederakan orang ramai kan...

short video masa kereta api nak lalu kawasan pasar...

short video - suasana kat pasar...

short video - suasana kat sebelah main road beberapa minit sebelum kereta api melewati kawasan pasar...

short video - bila kereta api melepasi kawasan pasar...

lagi sekali 📷 sebelum beredar...


Alhamdulillah... akhirnya dapat saksikan situasi peniaga-peniaga alihkan khemah + jualan mereka sebelum dan selepas kereta api melintasi kawasan sempit seumpama ni. situasi ni anies pernah tonton kat Nat Geo. tapi kali ni dapat tengok sendiri depan mata. mudah-mudahan, ada rezeki ke Hanoi kelak boleh alami keadaan sebegini kat sana pula.

well, kalau korang ada rezeki ke Thailand, bolehlah plan ke sini. jarak dari Bangkok ke sini lebih kurang 80KM. ada banyak public transport yang boleh digunakan termasuklah kereta api.

well that's all for today. thanks for reading...
daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆