Khai & Jaafar Yong Tau Foo @ Pasar Malam Sungai Besi
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Beberapa bulan lepas, gerai ni 'viral' sekejap sebab ada foodie buat food review. dari komen-komen yang anies baca, ramai puji kesedapan kuah hitam yong tau foo dari gerai ni.
sekarang, walaupun tak viral tapi pelanggan tetap ramai (pelanggan tetaplah tu). anies ke sini last week. masa sampai, nampak macam tak panjang je barisan orang yang beratur. tapi once dah letak bekas depan dapur rebus yong tau foo... hah... amik kau! bersusun mat!
nak tunggu turn yong tau foo siap dipotong dan dibungkus tu... rasanya lebih 20 minit, kot? tapi... rasa berbaloi sangat bila dah makan. memang sedap dan puas hati.
gerai ni dah lama beroperasi di pasar-pasar malam sekitar KL. kalau kat sini, ia berlangsung pada hari Rabu dan Sabtu, dari jam 5.00PM sampai 10.00PM.
sorry laa ya kalau tak nampak senarai harga yong tau foo kat sini...
suasana @ tapak pasar malam...
nampak tak botol-botol bawah meja tu? isinya kuah hitam dan kuah cili...
ada pelbagai jenis... kat sini self service ya...
depan dapur rebusan... setiap bekas ada nombor. pelanggan kena ingat nombor bekas. once yong tau foo dah siap dipotong dan dibungkus, staf akan sebut nombor tersebut... then bayar.
anies ambil yang ni je. sebab nak try dulu. betul ke sedap seperti yang diwarwarkan tu?
once yong tau foo dah dimasukkan dalam mangkuk... membukit kau! kuah hitam tu memang sedap, manis (gula melaka,) dan tak terlalu likat. then kuah cili pula, cukup pedas dan ngam sangat bila dicampur dengan kuah hitam. gerai ni ada sediakan sup kosong tapi korang kena request kat staf. next time ke sini lagi anies nak beli dan makan dengan sup kosong pula...
korang rasa, berapa RM yong tau foo yang anies beli ni👆👆 cer teka? jawapan yang tepat (dan terpantas), anies bagi hadiah.
lets go!
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆