Aranyaprathet, Thailand: Kedai Makan Islam
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
kami tiba tepat jam 12.00 tengah hari. ikut plan, bas akan hantar kami ke masjid dulu. tapi masa tu dah nak masuk waktu Zohor dan hari tu, ada solat Jumaat... jadinya tour agency (TA) turunkan kami kat sini untuk lunch.
perut pun dah start lapar walaupun kami bantai sarapan nasi khomok sebelum check out hotel kat Pattaya.😂
sebelum turun bas, tour guide (TG) beritahu kat kawasan ni ada 2 restoran halal. kami boleh 'bersantap' kat mana-mana je. jarak antara dua kedai ni pun cuma 10M je.
anies malas nak fikir panjang... turun je bas, terus masuk kedai ni👆👆 masa nak order, pekerja dan owner kedai ramah menyapa kami. since diorang ni Muslim dari selatan Thai, apa lagi... kecek Kelate boh!
lepas order makanan, anies keluar sekejap... saja nak tengok suasana kat situ👆👆kawasan ni agak berdebu. kalau ada angin kuat, bahaya juga bila habuk masuk mata.
selain kedai makan, ada banyak kedai menjual beg, barangan pertukangan, bengkel menjahit barangan kulit dan macam-macam lagi. anies malas nak merayau jauh-jauh sebab cuaca agak terik masa tu.
walaupun area tu boleh dianggap sebagai kawasan perniagaan tapi suasananya tak sibuk. sesekali ada laa 4x4 lalu situ. lain-lain, motosikal dan basikal.
lebih kurang 10 minit lepas tu, anies masuk semula. menu yang di order dah siap. nasi goreng kampung👆 dah habis makan, baru teringat nak snap foto😂
rasa nasi goreng ni biasa je. cuma sedikit manis. maybe tukang masak masukkan gula. pun begitu, habis juga sepinggan. anies tak order minuman sebab dalam cuaca panas macam tu, air mineral juga yang sedap.
oh ya, kat sini... selain nasi goreng, ada pelbagai masakan panas disediakan. nasi berlauk pun ada juga selain minuman panas dan sejuk. dari segi harga, sama je macam kat sini. untuk sepinggan nasi goreng kampung 👆, 60 Bath.
suasana di dalam restoran👇👇👇
short video inside the restaurant...
kalau ada rezeki ke Aranyaprathet kelak, korang boleh singgah sini. FYI, komuniti Muslim yang ada sekitar +-5000 orang. mostly datang dari selatan Thai dan Pakistan. info ni anies dapat daripada TG. kalau salah, tolong betulkan, ya!
that's all for today.
thanks for reading...
daaa...
18 Words of Lo♥e
Dulu masa Cuya gi Thailand, malam2 lapar kedai tu jual nasi goreng.. herm tak sedap haha
ReplyDeleteNasib baik kemudian tu trip pergi makan sedap dekat Pha Nga island tu..
Thailand ni makanan dia sedap2 kan, yang halal lah. Tak puas ke Bangkok tahun lepas.
ReplyDeleteBest juga eh jalan ramai-ramai ni. Akak dah lama tak follow trip naik bas. Lebih kurang je yer rasa makanannya.
ReplyDeletelicin nasi sepinggan sedap tu
ReplyDeleteRamadhan is coming , wishing all the best ...
ReplyDeletePandai kecek kelate tu senang la nak beurusan kan.
ReplyDeletevery beautiful post, have a nice weekend
ReplyDeleteMe alegra que lo pasaras bien a pesar de todo. Te mando un beso.
ReplyDeletehehehe.. lepas hbs makan baru ingt nk snap tu serupa lady :P.. hehehe... xpe, aslkan kenangan tu ade...
ReplyDeletePas baca namanya saya macam familier. Trus ingat ini dekat birder Cambodia kan ya? Kalo betul saya dah pernah kesini berarti. Saat ke Siam rep , saya naik kereta api dari Thailand. Kalo tak salah chop pasport di aranyaphratet ini.
ReplyDeletePanasnya tak usah sebut lah 🤣🤣. Ntah kenapa waktu itu saya terpikir pula nak ke Siam rep pakai kereta api ekonomi 😂😂. Sekali dan terakhir itu . Tak nak lagi 🤣
Rindu nak makan-makan di Thailand.
ReplyDeleteThailand memang terkenal makanannya sedap2!
ReplyDeletetudiaaa kecek klate terus! agak ramai juga jumlah 5k utk komuniti muslim di kawasan tu. lagi2 tempat yg majoritinya bukan beragama islam
ReplyDeleteMakanan thai majoriti sedap
ReplyDeleteKalau berada di tempat begini...makanan sedap sudah menjadi perkara kedua..yang pertama halal dan bersih
ReplyDeleteSenang lah macam ni kalau nak makan.
ReplyDeletenampak cam biasa jew kan ... harap menu dia menyelerakan ;)
ReplyDeleteMakanan Thai ni sedap. Nak cari makanan halal pun mudah juga.
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆