Pages

Friday, 14 February 2025

Pattaya → Aranyaprathet, Thailand: menghala ke timur dan cerita tentang 'kawasan kaya'

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

hari berikutnya... bila semua luggage dah dimasukkan ke dalam bas, maka bertolaklah kami ke Sa Kaeo province yang terletak di bahagian timur Thailand. jarak perjalanan ni lebih kurang 250KM++ dan mengambil masa 3 jam++.




Alhamdulillah... perjalanan kami smooth dan sama seperti sebelum ni, bas berhenti 2-3 kali kat stesen minyak untuk isi petrol dan ke tandas.

tak ada apa yang menarik sepanjang perjalanan. tapi anies tertarik dengan cerita yang dikongsikan oleh tour guide (TG) kami tentang satu tempat ni yang dipanggil kawasan 'kaya'. TG ada sebut nama tempat tu tapi... biasalah... anies mudah lupa. 😂

kenapa tempat tu 'kaya'? ada lombong emas? ada emas hitam? dua-dua bukan. tempat tu 'kaya' kerana di situlah kawasan penanaman utama pokok papyrus di Thailand. tahu tak apa fungsi pokok papyrus? ya, pokok ni laa yang digunakan untuk hasilkan kertas. TG tak ada sebut sama ada kertas-kertas yang dihasilkan di situ di eksport atau tidak.

ujarnya lagi, ketika Covid-19 melanda dunia, penduduk di situ terutama penanam papyrus tak risau dengan income mereka. ini kerana, pokok papyrus cuma ditanam sekali sahaja. lepas tu mereka akan menuai pokok yang dah matang. kiranya, hari ni tuai kat pokok ni. esok kat pokok lain pula. dan berulang-ulang setiap hari... sampai abang Jamil mamps😂

penanam papypus ni memiliki berpuluh / beratus batang pokok kat ladang mereka. disebabkan tu, TG sanggup menyelinap dari Pattani ke tempat ni ketika Covid-19 semata-mata nak belajar tentang penanaman pokok papyrus.

dalam foto-foto di bawah anies tak pasti yang mana satu pokok papyrus. sebabnya setiap kali TG cakap, hah... tu laa kawasan pokok papyrus! bila nak snap tak sempat pula sebab bas laju sangat masa tu😂 (my seat tak ada tingkap. so kena tumpang seat orang lain untuk snap foto)


sebelum check out, semua ahli rombongan diberi sarapan nasi khomok. sedap nasi ni! makan panas-panas lepas subuh + teh tarik (bawa sendiri) memang mengenyangkan!

ternampak kedai 7E yang berbumbungkan kapal dan hanya 'wujud' di Pattaya / Thailand sahaja😁

jalan raya yang lurus... kalau tak silap, kena bayar tol cuma sekali je kot? masa kami keluar dari Pattaya...



jangan ditanya mana pokok papyrus... 😂😂😂

short video - jalan raya yang lurus menuju ke timur...


well... tu je laa perkongsian untuk hari ni. cerita kat Aranyaprathet akan anies sambung minggu depan.
thanks for reading...
daaa

25 comments:

  1. Produksi Papirusnya tinggi ya Cik sehingga masyarakat setempat menjadi kaya dan sejahtera

    ReplyDelete
  2. terus teringat cerita tahiland yang tengah hot skang.. "the empress of ayodhaya"... tapi linda tak tengok pun...satu episod je..lepas tu jemu.. hahha

    ReplyDelete
  3. terasa nak g cari jugak je tempat penanaman pokok kertas tu.. dulu baca dalam buku geografi jerk.. skrg baca di blog anies plak :D :D :D

    ReplyDelete
  4. Terus akak buat carian pokok Papyrus. Kecik je rupanya, bukan pokok berbatang besar.

    ReplyDelete
  5. Saya tunggu-tunggu.. Manalah tanaman papyrus itu , mana tau bisa tanam juga di sini dan jadi orang kaya 😆

    ReplyDelete
  6. waduhhhhh nasi khomok tu menggodanyaaaaa!

    ReplyDelete
  7. Menarik pokok untuk kertas, kalau bisnes laku tuu hehe

    ReplyDelete
  8. Masuk thailand mesti akan ter foto 4x4 kan?

    ReplyDelete
  9. Es un lindo lugar, me dio ganas de la comida. Te mando un beso y feliz día de San valentin.

    ReplyDelete
  10. *Utusan Diraja*

    Kehadapan tuan hamba,
    Beta , Permaisuri Cuya Wal Kelapa menjemput tuan hamba untuk
    hadirkan diri ke majlis giveaway beta yang sedang berlangsung.
    Kedatangan tuan hamba sangatlah beta nantikan. Ayuh, ke teratak beta.
    Beta menanti!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2025/02/giveaway-kerajaan-kelapa.html

    ReplyDelete
  11. Ada pokok papyrus rupanya di sana. Ingatkan di Mesir saja ada pokok tu...hihihihiii!

    ReplyDelete
  12. Nasi khomok tu kita pernah try tapi sebab terlalu kering jadi mcm tak best tapi kalau ada pare dgn kuah atau sup mesti sdp hihii..

    ReplyDelete
  13. 3jam perjalanan okla tak la jauh dan lama mana sgt.. plus ada 7 eleven kapal tu.. hihii

    ReplyDelete
  14. Senang ya pokok papyrus ni hidup. Tanam kat rumah pun senang, cantik jugak pokoknya. Nasi khomok tak pernah makan, macam ada nampak orang jual di tempat kita kan.

    ReplyDelete
  15. Bas bersih oklah nak ambil gambar, saya baru ni naik bas tak bercuci tingkapnya. Nak ambil gambar pun tak syok. Saya ingat tanam pokok ganja paling kaya, rupanya papirus lebih kaya.

    ReplyDelete
  16. menarik eh yg penduduk setempat tanam papyrus tu. confirm ada eksport ni, tu pasal diorang tak terjejas masa covid :D
    okay, jom kita tanam pokok papyrus blakang rumah!

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆