#SoloTravel #Bangkok - DMK + SRT Red Line

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

sebaik sahaja kapal terbang selamat mendarat kat Don Mueang Inter. Airport (DMK), perasaan ni jadi bercampur-baur. gembira pun ya. berdebar pun ya. gembira sebab dah selamat tiba. berdebar sebab lepas ni, segalanya kena buat sendiri. kena hadap sendiri.

masa tu juga teringat blogger mummy ayu / MA. mungkin tu yang blogger MA rasa dulu. tapi... barangkali lebih berdebar, kan blogger MA? sebab blogger MA datang ke Bangkok untuk bekerja. anies pula datang untuk jalan-jalan je.


dub dab dub dab menuju ke kaunter imigresen...


back to the title, sebaik keluar dari flight, anies ikut je pergerakan orang ramai sampailah ke kaunter imigresen untuk cop passport. walaupun masih pagi (8.00AM++ waktu Bangkok) tapi, orang sangat ramai. lebih setengah jam jugalah anies beratur sampai tiba giliran. 


flight kami...


bila semakin hampir dengan kaunter, anies pasang telinga. pegawai imigresen tu ajukan soalan yang sama kepada setiap orang. jadi, tanpa berlengah anies terus keluarkan hard copy tiket balik dan hotel reservation sebelum diselitkan bersama passport.

Alhamdulillah, tiba giliran anies pegawai tu tak tanya apa-apa pun sebab kita dah bagi bukti lengkap. lepas dapat cop, terus turun dan cari signage SRT Red Line.


are you ready?

SRT Red Line

korang nak tahu tak... dalam banyak-banyak perkara, SRT Red Line ni laa hal paling anies risau sebelum bertolak. why? segalanya berpunca lepas beli tiket flight. ada terbaca info dari mana ntah... katanya SRT ni belum beroperasi sepenuhnya. 

tapi bila check official website, page itu page ini... semuanya inform SRT ni dah lama beroperasi sejak lepas Covid-19. tapi hati ni tetap juga risau dan fikir macam-macam.


nak cari signage SRT, korang mesti menghala ke Domestic Terminal...

dah jumpa signage SRT, jalan lagi!


but once ternampak signage SRT (dalam DMK), rasa lega sangat-sangat. jadi, anies pun ikut je arah yang ditunjukkan. bila rasa macam nak tersesat, cepat-cepat tanya polis bantuan yang ada.


korang mesti jumpa kedai 7E then turn left untuk ke stesen SRT...


kalau korang nak tahu, laluan pejalan kaki ke stesen SRT Don Mueang dari DMK ni kemainnnn jauh! walaupun masih dalam bangunan, tapi lenguh jugalah nak menapak. pun begitu, anies rasa happy laa juga sebab dapat belajar benda baharu pada hari tu.


nampak dah stesen SRT...

DMK... snap dari laluan pejalan kaki ke stesen SRT...


setiba di stesen, terus cari mesin tiket dan beli tiket ke Krung Thep Aphiwat Central Terminal a.k.a Bang Sue Grand Station. harga tambang sehala cuma 20 Bath je. alahaiiii murah betul!


concourse level...

token berwarna hitam. kalau tak ada duit kecil, boleh beli tiket kat kaunter.


lepas beli tiket, terus menghala ke gate. anies sempat tanya polis bantuan yang ada kat situ, ke mana hala untuk ke Bang Sue. tak semena-mena dia beri salam: "Assalamualaikum!" kaget sekejap!😂

secara otomatik anies tahu dia tu Muslim Thai dari selatan. then dia sambung, "nanti akak naik eskalator sebelah kiri." anies mengangguk dan ucapkan terima kasih. masa tu, rasa sangat-sangat lega.


train SRT 'parking' kat platform...

DMK dari jauh...

platform stesen Don Mueang...


tiba kat platform, nampak train baru je berlepas. that's okay sebab kekerapan SRT ni antara 15-20 minit. sebelum train sampai... moh ler snap foto sekejap!

bila train sampai, baru anies perasan, ramai juga yang naik kat situ. dalam gerabak, air cond agak sejuk dan train pun bergerak sederhana laju dan berhenti di beberapa stesen sebelum tiba di Bang Sue. perjalanan ni mengambil masa 42 minit.


dalam gerabak...


Alhamdulillah... segalanya berjalan lancar hingga tiba di Bang Sue. perut dah mula lapar. tapi... ada 2 perkara anies kena settle kan dulu sebelum pergi cari makanan. 


bawa pakaian + barang yang perlu je + selipar yang selesa sebab kat sini kena banyak berjalan. tapi kan... lepas tu rasa menyesal bawa bagpack... haihhh...


well, apa cerita seterusnya di #Bangkok ? kenapa anies pilih #Bangkok sebagai destinasi untuk #SoloTravel ni?

insya Allah nanti anies cerita dalam entry akan datang. thanks for reading....

daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆