June for blogger fanny_dcatqueen and MRENEYOO

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Untuk bulan lepas, sengaja anies buat sedikit kelainan dengan memilih dua blogger sekaligus untuk mengisi 'segmen blogger pilihan'.

untuk ketahui nama-nama yang 'pernah naik carta' sebelum ni, jemputlah klik link di bawah, ya!

👉Mac
👉April
👉Mei

apa-apa pun anies ingin ucapkan jutaan terima kasih buat mereka ni sebab rajin bertandang dan menyapa kat blog. walaupun ada perbezaan bahasa, namun tu bukan penghalang untuk kita jalinkan ukhwah. haa gitu...

kalau korang belum pernah follow kedua-dua blogger asal Indonesia ni, jom kita mulakan sesi taaruf ringkas!




rasanya ramai dah kenal kot dengan fanny ni, kan? yang dah jumpa F2F pun ramai juga. ibu kepada 2 cahaya mata ni baru je balik bercuti dari KL dan Penang.

fanny bersama ahli keluarganya datang jalan-jalan ke KL dan lepas tu mereka ke Penang sebab ayahnya ada appointment dengan doktor. pada masa sama, fanny 'balik kampung' dia juga tu... haa jangan tak tahu, fanny ni pernah study kat Penang ya! 

tapi kalau tanya nasi kandar mana paling surrr... yang tu korang kena tanya fanny or follow je blog dia kat SINI ya!




yang ni pun rasanya ramai dah kenal. walaupun tak pernah jumpa F2F tapi blogger yang menetap di Lampung ni rajin balas kunjungan atau nama glamour nya 'blogwalking'.

mreneyoo atau mbak Heni ni, selalunya akan berkongsi cerita peribadi, resepi-resepi mantap dan tak lupa juga cerita jalan-jalannya ke tempat-tempat menarik di Indonesia seperti Lombok dan Yogja. hmm... agak-agaknya bila laa mreneyoo nak sampai KL, kan? tertunggu-tunggu juga ni...

tapi kalau tak sampai KL pun pastikan korang sampai ke 'rumah mreneyoo' kat SINI ya esp mereka yang belum follow lagi blog mbak Heni tu.

last but not least, as usual... ada sedikit saguhati untuk mereka ni. untuk fanny, anies dah serahkan tempoh hari. untuk mreneyoo, nanti tunggu fanny post parcel tu ya!

okey tu je laa perkongsian untuk hari ni. 
thanks for reading...
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

28 Words of Lo♥e

  1. tahniah fanny dan mreneyoo.. (eh, dah banyak kali sebut perkataan "mreneyoo" , baru hari nie dapat tangkap maksudnya apa dalam bahasa melayu).. hahaha...

    jauh merentas lautan parcelnya...

    owh.. mreneyoo = datang sini ye.. dalam bahasa jawa..kalau salah ampun ya... kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai meneka😀
      alang2 fanny ke sini sy tumpang kirim sekali

      Delete
    2. Nah..betul tuh.mreneyoo itu dari bahasa Jawa artinya mampir atau datang ke sini 😁

      Delete
  2. Dua2 saya follow skrg ni..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniah kepada blogger terpilih...

    ReplyDelete
  4. Waah....ternyata saya dapet kesempatan lagi terpilih jadi komentator di blog ini, alhamdullilah mudah"an bisa terus terjalin...🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mreneyoo sebab selalu singgah sini... harap2 nya parcel sampai ke tangan dgn selamat...

      Delete
  5. waahhhhhhh fanny balik kampung di Penang ye?

    ReplyDelete
  6. tahniah buat 2 sahabat cantik ni. mereka rajin menziarah juga ke blog LM

    ReplyDelete
  7. seronok berkawan di alam maya ni kan. boleh direalisasi kan. ehhhh. kita ni bila.?? hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... tunggu kak yan tak busy je ni. ke nak tggu LRT shah alam buka baru kita bleh jumpa?😁

      Delete
  8. Thank youuuu sangat hadiahnya kak. Dan betul lah, beeeeest sangat rasa wafel cookies tuh 😍😍😍😍😍. Sayang saya tak ketemu saat di Penang. Tapiiiii yg berryls dengan popping candy tuh saya jumpa di Penang plaza 😄😄😄. Langsung beli laah 😍😂. Rasa mint dan cola sekaligus 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤣🤣🤣 habis laaa
      lepas ni datang 🇲🇾 beli waffle cookies dgn popping candy je. buat penuhkan luggage🤣

      sama sama🫰

      Delete
  9. Es un genial blog. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  10. Tahniah Fanny & Heni.
    Selamat berblogging. Moga erat ukhuwah bloggers antara dua negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah mudahan... tp kite bla lg kak amie?😁

      Delete
  11. Tahniah buat kedua-duanya. Nanti update cerita jumpa Fanny pula ya…

    ReplyDelete
  12. Blogger Mreneyoo dgn Fanny mmg peramah sangat... Tak tau mcm mana diorang spend time nak balas setiap kunjungan dgn comment yg cukup details hahaha...

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆