Selamat pengantin baru Aiman + Izzati dan Huda + Asyraf

10:06 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sebenarnya Aiman dah bernikah lepas hari raya tempoh hari kat Johor dan pada pagi Sabtu lepas, adiknya pula; Huda disatukan di sebuah majlis nikah ringkas di masjid. 

untuk itu, family kakak decide nak buat majlis serentak bagi meraikan anak-anaknya.

majlis ni berlangsung kat rumah kakak. tapi untuk uruskan majlis, pihak catering yang buat. 

BTW, foto tak banyak. even gambar pengantin pun tak ada sebab anies malas nak pergi snap kat depan pelamin. boleh tak macam tu?😂



lain daripada yang lain flower arch ni...



khemah untuk tetamu👆👇 total ada 5 khemah untuk menampung kira-kira 800++ tetamu... ni adalah majlis kahwin pertama dalam family kakak. so dia memang jemput ramai...



kambing masak gulai merah. ni bukan lauk kenduri. tapi lauk majlis akikah anak kepada adik bongsu anies merangkap cucu mama yang ke 43😁

antara lauk kenduri: ayam masak merah, gulai kari daging, nanas masak lemak, sambal belacan dan ulam-ulaman. side dish lain terdiri daripada pelbagai jenis kuih-muih termasuklah apam balik crispy.

mine. dah makan separuh baru teringat nak snap. gulai kari daging ni memang terbaik. nasi minyak pun sedap👍👍👍

aiskrim Malaysia yang jadi rebutan. ada macam-macam perisa. kami siap ambil beberapa batang dan bawa balik KL😁


well tu je laa perkongsian untuk hari ni. thanks for reading
daa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

3 Words of Lo♥e

  1. waaahh cucu ke 43! meriahhhhh rumah bila balik serentak! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang dpt jumpa serentak kec majlis mcm ni... sbb masing2 dok jauh..

      Delete
  2. Selamat Pengantin Baru buat mempelai!

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆