Saint Catherine, Mesir: patung lembu Samiri, Megalo Manna Garden + makam Nabi Harun AS

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

'kru Jejak Rasul' menyambung perjalanan dari makam Nabi Soleh AS.

keadaan sekeliling lebih kurang sama. bukit-bukau batu, kawasan berpasir dan lapang serta tiada penempatan khusus.

beginilah keadaan bentuk muka bumi di kebanyakan kawasan di Semenanjung Sinai (eh, ayat dah macam dalam text book Geografi laa pula!😂)


setengah jam kemudian kami pun tiba. sebaik enjin dimatikan, kelihatan beberapa kanak-kanak menghampiri van kami. kata ustaz, ni anak-anak Arab Badwi. diorang bukan nak minta sedekah. sebaliknya diorang tunggu / mengekor je kami sampailah kami hulurkan sesuatu.

kami pula tak bawa sebarang makanan. semuanya dah ditinggalkan kat Kaherah. so yang ada duit jelah. tu pun kena hati-hati sebelum beri. takut nanti bila bagi kat seorang dua, tiba-tiba muncul segerombolan yang lain. ahhh sudah...

okey, berbalik kepada tajuk. pada awalnya anies nak buat 3 entry berasingan. tapi lepas belek semula foto-foto yang ada, rupanya tak banyak foto anies snap. serasa anies, sepanjang berada kat sini anies lebih banyak meluangkan masa untuk menikmati kawasan sekeliling. 

dalam hati cakap, kalau betullah tempat / kawasan ni merupakan sebahagian daripada (yang pernah disebut dalam al-Quran) wahyu... hmm... entahlah... tiba-tiba rasa sebak pula...

kalau korang ingat-ingat lupa atau belum maklum tentang tempt yang anies lawati ni, here ringkasan cerita berkaitan patung lembu Samiri, Megalo Menna Garden dan makam Nabi Harun AS: 
setelah berjaya merentasi Laut Merah, Nabi Musa AS bersama para pengikutnya tiba di Semenanjung Sinai. keadaan di situ sangat panas dan mereka hampir kehabisan bekalan makanan. Bani Israel menyuruh Nabi Musa AS agar meminta makanan daripada Allah SWT. Lalu Allah SWT menurunkan 'Manna' dan 'Salwa' (berserta nikmat-nikmat-Nya yang lain).

kemudian, Nabi Musa AS diperintahkan Allah SWT untuk berpuasa selama 30 hari (sebelum diberi kitab Taurat). jadi sebelum bertolak ke Bukit Thur Sina, Nabi Musa AS menyuruh abangnya, Nabi Harun AS untuk memimpin Bani Israel sepanjang ketiadaannya. 

ketika bermunajat, Nabi Musa AS tak sengaja telah mencuci (bersugi) giginya. perbuatan itu ditegur malaikat. akibatnya Nabi Musa AS diminta untuk berpuasa 10 hari tambahan dan menjadikan perintah itu kepada 40 hari.

apabila Nabi Musa AS tak muncul selepas 30 hari, Bani Israel mula resah. lalu ahli sihir bernama Samiri mengambil kesempatan itu untuk membina sebuah patung lembu betina daripada emas. patung yang boleh bersuara itu telah disembah Bani Israel.

sekembali Nabi Musa AS, baginda sangat marah dan kecewa melihat keadaan itu. Nabi Harun AS turut ditegur kerana gagal menghalang perbuatan syirik Bani Israel. kemudian patung tersebut dihancurkan dan Samiri diusir. mengikut riwayat selepas peristiwa itu Nabi Musa AS meninggalkan Semenanjung Sinai dan menuju ke Palestin bersama Bani Israel. wallahu a'lam.

PATUNG LEMBU SAMIRI

Dia (Musa) berkata, “Apakah yang mendorongmu (berbuat demikian) wahai Samiri?” Dia (Samiri) menjawab, “Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak ketahui, jadi aku ambil segenggam (tanah dari) jejak malaikat lalu aku lemparkan (ke dalam api), demikianlah nafsu memujukku.” (Taha: 95 & 96)

Dan (ingatlah) ketika Kami janjikan kepada Musa empat puluh malam, kemudian kamu (Bani Israel) jadikan (patung) lembu (sebagai sembahan) setelah (pemergiannya), dan kamu (menjadi) orang yang zalim. (al-Baqarah: 52)

ni laa tempatnya. dalam al-Quran ada mengatakan bahawa Nabi Musa AS telah hapuskan patung lembu tu. tapi kemudian ada pihak lain cuba memahat patung lembu kat kaki bukit ni (sebagai simbolik kepada patung lembu Samiri). maka terhasillah imej patung lembu. ada persoalan, adakah patung lembu sebenar dibina Samiri kat sini? wallahu a'lam. kami tak tahu. tapi andai kata benar, maka benarlah. kalau salah, Dia lebih mengetahui. 


boleh nampak tak imej patung lembu tu? acu tengok betul-betul...

ni laa imej lembu Samiri tu. anies ada tanya kat ustaz (our tour guide), "kenapa lembu? kenapa bukan unta, ayam dan haiwan lain? adakah sebab pada masa tu (zaman nabi), lembu dianggap haiwan yang rare, sukar ditemui atau mahal harganya berbanding unta?" ustaz jawab, "ada kemungkinan juga."


kak ngah, Chia dengan Will try panjat bukit ni sampai ke kaki imej patung lembu. tapi anies just tengok je dari bawah. 

memang ralit dengan pemandangan kat sini walaupun tak ada apa-apa tarikan. pasir berdebu, bukit batu. tapi tu laa... sangat memukau

short video


MEGALO MANNA GARDEN 

“Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu 'manna' dan 'salwa'. Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami beri kepadamu; dan tidaklah mereka menganiaya Kami; akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” (al-Baqarah: 57)

ni laa 'taman'nya. berada kat kaki bukit bawah imej patung lembu. sama ada benar ini tempatnya wahyu 'Manna was Salwa' ketika diturunkan atau sebaliknya, wallahu a'lam. kalau benar ni tempatnya, kami cuma mampu ucapkan Alhamdulillah... 

tempat wahyu diturunkan adalah suatu tempat yang istimewa dan sebagai Muslim, sedikit sebanyak kita pasti akan rasa bangga dan dalam masa sama terasa sangat kerdil dengan wahyu Allah ini.


macam yang anies katakan tadi, gambar kat sini tak banyak. so, maaf laa ya atas kekhilafan ni...🙏🙏
jalan raya depan Megalo Manna Garden / kaki bukit imej lembu Samiri termasuklah foto di bawah👇


MAKAM NABI HARUN AS

Kata Nabi Musa AS: "Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih daripadaku.” (al-Qasas: 34)

rasanya semua tahu yang Nabi Musa AS tak berseorangan dalam melaksanakan dakwah. Allah SWT melantik abangnya, Nabi Harun AS sebagai nabi dan memuliakan baginda meskipun baginda tak dikurniakan mukjizat seperti Nabi Musa AS.

dalam entry sebelum ni anies ada sebut yang makam mempunyai 3 maksud. jadi makam Nabi Harun AS ni berkemungkinan pernah menjadi tempat singgahan nabi atau perkampungan nabi atau Nabi Harun AS pernah lalu kat kawasan ni. kalau makam yang ada jasad di dalamnya seperti makam Rasulullah SAW kat Masjid Nabawi, Madinah tu, ia dipanggil dhorih.

laluan untuk ke makam Nabi Harun AS. 

 binaan warna putih atas bukit tu laa makam Nabi Harun AS. kalau lutut kuat, silalah daki untuk ziarah makam.

memandangkan hari hampir menjelang petang. perut pun dah lapar dan kami pun belum solat lagi, jadi kami tak dapat nak panjat bukit untuk ziarah makam Nabi Harun AS. cuma tengok dari jauh je. tu pun dah cukup syukur dapat jejak ke sini.


short video.

nak pahat nama kat batu macam imej patung lembu tu sah-sah tak boleh. so kita pahat memori je laa kat sini sebagai kenangan.


last but not least, kalau ada apa-apa kesilapan info dalam entry ni anies mohon maaf dan minta diperbetulkan.

mudah-mudahan suatu hari nanti ada rezeki korang untuk sampai ke sini. aminnnn

'kru Jejak Rasul' berhenti di sini dulu dalam memburu jejak wahyu di bumi Sinai😂 so that's all for today. thanks for reading.
daaaaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

46 Words of Lo♥e

  1. Lain macam bentuk batu di bukit patung lembu tu. Birunya langit. Takde awan pun, yek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... pengukir batu buat keje x abis kot😁

      bla musim sejuk kat mesir mmg jarang ada awan

      Delete
  2. Bila anies pegi ni. ya allah. tak terbaca lah n3 yg lalu2 tu. akak ada plan nak ke sini. nnt kalau jadi i will ask your tips.

    ReplyDelete
  3. So impressive place, thanks for your sharing..

    ReplyDelete
  4. Merinding baca cerita Anies tentang perjalanan semenanjung Sinai,walaupun itu terjadi beribu abad yg lalu, ttg patung lembu.dan makam Nabi Harun..juga Wahyu yg diturunkan..serasa teramat keciiiil ..aah beruntung nya Anies sudah pernah kesana

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mreneyoo... saya kongsikan apa yang ustaz beritahu... moga ada rezeki mreneyoo sampai ke sini kelak. aminnn

      Delete
  5. N3 MEMORI TERBAIK NANTI SAMBUNG BACA LAGI

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah kak tp dah msk tmpt.lain pula

      Delete
  6. Tekun saya baca kisah kembara Anies. Nak sampai ke sana tak tau bila 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah 1 hari nnt pasti akan smpi sini. aminnn

      Delete
  7. Genial lugar. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih sudah diingatkan kembali tentang kisah Nabi Musa dan Nabi Harun ini, kak. Seperti menengok ke masa sekolah dulu dengan pelajaran sirah nabawiyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama. sesekali kita mengimbas kembali sejarah nabi nabi

      Delete
  9. Itu gambar lembu, terawat dengan baik sekali ya
    saya takjub, kapan bisa wisata kesana ya
    pengen ke makam nabi harun juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah semoga ada rezeki mas berkunjung ke sini aminnn

      Delete
  10. antara kisah perjalanan yang boleh meningkatkan iman...alhamdulillah....beruntung dapat pergi dan ia merupakan pengalaman yang sangat mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...mudah2an 1 hari nnt pun en hanafi dpt hadir ke sini

      Delete
  11. Masya Allah, dari tulisan bahasanya dari Malaysia ya kak.. salam kenal ya, saya dari Indonesia 😇

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. saya dari malaysia. salam kenal

      Delete
  12. Saya suka sekali membaca perjalanan Mbak berkunjung ke makam para Nabi.
    Membaca ini ternyata patung lembu Samiri masih ada disana. Secara visual nya saya jadi ingat film lama "The Ten Commandments" (1956) yang menunjukkan adegan patung tersebut terbuat dari emas.

    Btw, maaf baru sempat berkunjung kembali Mbak. Ada satu dan lain hal yang membuat saya break dulu dari blog. Juga saya memindahkan blog saya dari wordpress ke blogspot.

    Salam persahabatan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima.kasih
      ya masih ada sebagai simbolik sahaja.
      thats okay mas. take your time

      Delete
  13. Seronoknya pergi tempat jarang orang dapat pergi. Apapun sambil iktibar daripada kisah Bani Israel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... sayu pengalaman yg menyeronokkan

      Delete
  14. tq for sharing..dpt baca & tgk pic pun dah..alhamdulillah...
    what a journey...

    ReplyDelete
  15. Saya baca cerita ini justru menetes air mata tanpa sadar, mungkin karena mendalami kisah tentang nabi, bisa juga terharu karena ini latar belakang mesir dan ada sejarah terkait nabi. Masya allah sekali bisa berkunjung ke sini. Saya selalu suka cerita Kak Anies, selalu berhasil membuat hati terasa bergetar. Tapi sejauh ini, kisah ini paling mengharukan bagi saya walaupun bukan kisah sedih hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana menghayati penulisan saya...👍😀

      Delete
  16. Selalu cerita dgn en suami pasal blog anies... pasal cerita anies pegi melancong sana-sini sbb en suami mmg suka tempat² bersejarah mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke? terima kasih... mana tau kan 1 hari nnt ada rezeki kak mim sekeluarga ke sini aminnn

      Delete
  17. Kemarin tuh ada paket trip jejak rosul ditawarkan Ama travel yg sering Fanny pakai kak. Tapi waktunya tak pas, karena itu tak Fanny ambil. Teringin sangat bisa kesana juga. Melihat tempat2 yg pernah jadi sejarah para rasul begini. Pengen juga liat makam nabi Harun dari dekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa. nanti ada rezeki tu sampai laa... pergi hujung tahun tau. cuaca beat👍

      Delete
  18. Aku rasa pernah komen di sini karna ada email masuk terus. Tapi komenku gak ada hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya belum kunjung balas jadi komen belum sy publish kan

      Delete
    2. Hehe macem itu. Saya kira karena komenan saya kurang sopan Hehehehe

      Delete
    3. kalau tak sopan saya akan terus delete 😀

      Delete
  19. kat padang pasir mungkin lebih byk unta dari lembu. tu yg rare tu kot

    ReplyDelete
  20. Baca sampai habis.. Terasa solah-olah bersama Anies.. Semoga diberikan kesempatan juga buat Sha untuk jejak di sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sha

      insya allah mudah mudahan ada rezeki sha ke sini 1 hari nanti

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆